fbpx
Tips Solo Backpacker Trans Siberian Railway 1

Tips Solo Backpacker Trans Siberian Railway

Selain road trip di Australia, Eropah dan Kanada, pasti ramai yang teringin dan sangat teruja untuk melakukan percutian secara backpack Trans-Siberian Railway kan? Sebelum ini kami ada kongsikan kisah seorang rakyat Malaysia yang pernah melakukan trip Trans Siberian secara solo dengan kos hanya RM7522.

Tapi bukan lah itinerari atau kos yang untuk dibincangkan. Kali ini kami ini kongsikan kepada anda bagaimana mana persediaan dan tips untuk anda melakukan backpack Trans Siberian Railway ini. Sebelum itu, bagi yang belum mengetahui tentang Trans Siberian Railway ini biar kami cerita kan sedikit tentangnya.

Lebih dikenali oleh dikalangan pengembara sebagai Trans Siberian Railway atau dalam bahasa Melayu nya dipanggil Rangkaian Kereta Api Trans-Siberia. Rangkaian kereta api ini adalah paling yang paling panjang di dunia! Ianya bermula dari Beijing, China sehingga ke Moscow, Rusia!

Memandangkan ianya rangkaian kereta api terpanjang di dunia pasti ianya memakan masa yang lama dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dan pastinya kos untuk melakukan trip sebegini tidak lah semurah trip bajet ke Singpura dan tidaklah pula semahal trip ke Eropah. Tetapi tentang kos ianya bergantung kepada individu terbabit.

Jika anda sudah biasa mengembara lama di sesuatu tempat, anda pasti tahu persediaan yang rapi dan teliti sangat lah perlu untuk mengelakkan sebarang masalah ketika di perjalanan kelak. Kajian tentang perjalanan yang bakal anda tempuh sangat penting untuk mengetahui info terperinci, kos perbelanjaan dan sumber makanan dan lain-lain lagi.

Untuk anda yang bercadang untuk melakukan trip secara backpack Trans Siberian Railway ini kami kongsikan tips persediaan untuk menghadapi pengembaraan mencabar ini. Tips ini sangat berbeza dengan tips pada yang biasa mengembara menaiki kapal terbang. Jadi teruskan membaca.

Tips Solo Backpacker Trans Siberian Railway 2
Kredit Foto: Mir Corp

1 – Lakukan Kajian

Sudah tentu setiap pengembaraan memerlukan kajian. Lagi terperinci lagi bagus. Tidak lain tidak bukan adalah untuk memudahkan anda dan rujukan anda ketika dalam perjalanan. Paling penting adalah tentang kos, route kereta api, kemudahan di dalam kereta api, nombor penting untuk dihubungi, “Do and Don’t” dan banyak lagi.

2 – Persediaan Makanan

Anda digalakkan membawa banyak snek dan makanan sendiri dan pastikan cukup. Ini kerana makanan yang disediakan di dalam kereta api adalah mahal, sama seperti di dalam kapal terbang. Malah bukan senang untuk pastikan makanan yang disediakan sama ada halal ataupun tidak.

Antara makanan yang sesuai dibawa untuk tempoh yang lama ialah tuna tin, makanan segera seperti maggi ataupun travel food seperti Brahims, Nasgera dan banyak lagi jenama lain. Untuk snek pula, biskut, jem dan roti dan buah buahan sangat sesuai. Anda boleh dapatkannya di kiosk makanan hampir di setiap stesen.

Air panas disediakan untuk anda membuat kopi, teh atau untuk menyediakan apa-apa makanan segera yang anda bawa. Selain itu bawalah juga coklat bars, snek-snek ringan untuk santapan anda semasa diperjalanan. Pasti muak kalau setiap hari makan makanan yang sama, jadi lebih banyak menu lagi menarik!

Lain-lain peralatan makanan seperti sudu, garfu dan bekas makanan bertutup untuk memudahkan memasak makanan segera.

Tips Solo Backpacker Trans Siberian Railway 3
Antara hentian Trans Siberian Railway. Kredit Foto: Penguin Travel

3 – Jangan Bergerak Jauh Daripada Kereta Api Ketika Di Hentian

Untuk pengetahuan anda, kereta api akan berhenti lebih kurang 5 hingga 20 minit di setiap hentian. Kebiasaannya tiada amaran yang menunjukkan kereta api bakal bergerak meninggalkan stesen. Jadi pastikan anda jaga masa anda dan tidak bergerak jauh dari kereta api.

Andai kata tidak sempat untuk menaiki kereta api anda ketika di hentian, anda ada dua pilihan. Pertaman anda boleh meminta bantuan pekerja yang bertugas untuk menghubungi pekerja di kereta api untuk mengeluarkan barang anda dan di simpan di stesen berikutnya. Kemudian anda boleh menaiki kereta api seterusnya untuk dapatkan barang anda yang di simpan di stesen yang ditinggalkan.

Kedua, jika anda rasa jarak kereta api lebih panjang berbanding jalan raya, anda boleh mengambil servis teksi untuk ke stesen berikutnya dan anda perlu sampai lebih awal daripada kereta api untuk pastikan anda sempat menaiki kereta api yang tertinggal tadi.

4 – Tisu Basah & Toiletries

Pastikan anda sediakan tisu basah dan toiletries secukupnya kerana ianya sangatlah berguna semasa berada di dalam kereta api ini memandang anda perlu berada di dalam kereta api selama beberapa hari. Tisu basah ini boleh digunakan untuk lap tempat duduk tandas ataupun untuk segarkan muka dan untuk kebersihan badan.

Bergantung kepada kelas tempat duduk anda, jika tempat duduk anda kelas pertama bilik mandi tersedia. Jika bukan kelas pertama, terpaksalah anda biasakan dengan keadaan tidak mandi untuk beberapa hari.

Tips Solo Backpacker Trans Siberian Railway 4
Tempat duduk kelas ketiga. Kredit Foto: Prince of Travel

5 – Ubat -Ubatan

Ini paling penting! Sediakan ubat-ubatan yang perlu seperti panadol, ubat demam dan selesema, minyak angin dan apa sahaja yang penting bagi anda. Perjalanan anda di dalam kereta api mengambil masa yang lama jadi sekiranya anda sakit ringan mungkin ubat-ubat ini dapat membantu anda untuk kekal sihat. Jadi perjalanan anda tidak terganggu dan anda boleh nikmati perjalanan dengan selasa.

6 – Hiburan

Memandangkan perjalanan anda mengambil masa yang lama, pasti kadang kala anda terasa bosan jika tidak disajikan dengan permandangan yang indah. Antaranya anda boleh lakukan ialah sediakan gajet seperti laptop, tablet ataupun telefon bimbit anda untuk menonton video, mendengar musik atau pun bermain game.

Selain itu, membaca juga boleh dijadikan hiburan untuk anda. Bawalah buku-buku faveret anda bersama sekali jadi boleh dihabiskan ketika di dalam perjalanan. Buku-buku seperti buku berkaitan Trip Trans-Siberian seperti dari Lonely Planet atau Trans-Siberian Handbook dari Trailblazer, digalakkan beli supaya anda boleh merancang ke mana anda hendak pergi sebelum tiba di hentian seterusnya.

Tips Solo Backpacker Trans Siberian Railway 5
Kredit Foto: Top Vietnam Travel

7 – Bersosial Dengan Penumpang Lain

Nama pun mengembara, tujuan mengembara nak belajar dan memahami budaya orang luar dan berkongsi pengalaman. Jadi jangan lah jadi anti-sosial asyik melayan gajet sahaja. Cubalah bertegur sapa dengan warga asing di sana. Berkenalan, bertukar-tukar cerita, berkongsi pengalaman. Mana tahu tanpa disangka anda mungkin berjumpa lagi mereka di trip anda yang akan datang, jadi mudahlah anda meminta bantuan jika perlu!

8 – Rekod Pengalaman Dan Kenangan

Pengalaman mengembara adalah kenangan yang paling indah jika nak dibandingkan dengan cenderamata yang dibawa pulang. Jadi rajinkan diri anda untuk mencatatkan nota-nota penting dan pengalaman yang menarik yang anda alami sendiri ataupun daripada pengalaman pengembara yang anda kenali di dalam kereta api yang sama. Nanti nak cerita pada kawan tidaklah lupa isi penting!

Jika anda seorang jurufoto, pastikan memori dibawa cukup untuk merakam pelbagai foto sebagai kenangan pengalaman menaiki kereta api melakukan Trans Siberian Railway. Banyakkan tangkap foto permandangan, suasana dalam kereta api, budaya orang asing, aktiviti yang menarik yang jarang anda lihat, dan jangan lupa bergambar dengan warga asing di dalam kereta api!

Tips Solo Backpacker Trans Siberian Railway 6
Kredit Foto: Escape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *