Gadis Ini Kongsikan Tips Elak Jadi Zombi Ketika Hiking

Gadis Ini Kongsikan Tips Elak Jadi Zombi Ketika Hiking 1

Walaupun majoriti sukan mendaki seperti ini di sertai oleh kebanyakan lelaki. Tetapi tetap ada wanita yang mempunyai minat yang sama. Malah ada yang boleh tahan hebat sehingga boleh mendaki gunung G7. Siapa pendaki tegar pasti nak menjadi graduan gunung G7 kan?

Siapa yang dah pernah naik gunung G7 ini pasti tahu tahap kesukarannya. Walaubagaimanapun, setiap gunung G7 mempunyai tahap kesukarannya yang beza. Jadi, sebelum nak menaiki Gunung G7 sangat perlu bagi pendaki membuat persediaan fizikal dan mental.

Selain persediaan fizikal dan mental, peralatan mendaki yang yang anda gunakan perlu lah sesuai sebagai contoh kasut dan beg. Memandangkan perjalanan ke puncak sesuatu gunung itu jauh, jadi kasut mestilah tahan lasak dan ada ciri-ciri keselamatan. Manakala pemilihan beg pula sangat penting untuk memastikan badan tidak cepat penat.

Bagi pemilik Facebook bernama Siti Hajar Awang Hassan yang juga merupakan seorang pendaki wanita, beliau juga berkongsi beberapa tips dan pengalaman beliau untuk anda yang bercadang mendaki salah satu gunung G7 iaitu Yong Belar. Antara tips yang dikongsikan beliau:

Gadis Ini Kongsikan Tips Elak Jadi Zombi Ketika Hiking 2
Kredit Foto: Facebook Siti Hajar Awang Hassan

1) MENTAL

Sebetulnya, Gunung Yong Belar adalah trip hardcore walaupun antara Gunung G7 yang paling senang, kata otai. Gunung yang keras. Sebab itu mental juga perlu keras.

2) POWIL

Muqaddimah gunungnya pun dah keras. Makanya bagi sisters, kalau dah naik powil, cari tempat untuk duduk, sebab jalannya nanti berbatu-batu dan terhuyung-hayang semasa lalui kebun. 45 minit bukan masa yang cepat. Sakit tulang-belulang nanti kalau tidak jaga, kang jadinya tenaga dah habis guna kat powil.

3) TANDAS

Jangan risau, tempat drop nanti masa kat kebun ada tandas. Jadi, sebelum naik, buang dulu segala apa hajat. Atas dah tak ada tandas enak, ada tandas alam je.

4) RATION

Jangan lupa makan dulu sebelum naik. Paksa diri makan sebab kita perlu gunakan banyak tenaga. Biasa crew akan passkan breakfast dan lunchpax (bagi trip yang included ration) .Pintu masuk dah memacak oii. Bertabahlah.

5) BAJU SEJUK

wajib bawa baju sejuk. Seriously, cuaca kat sana sangat sejuk bila pagi dan malam. Sedangkan waktu petang pun dah sejuk dari Pelaur ke puncak. Tapi, dari pelaur nak turun kebun semula, waktu tengah hari dah tak sejuk, panas je jika tak hujan.

Gadis Ini Kongsikan Tips Elak Jadi Zombi Ketika Hiking 3
Kredit Foto: Facebook Siti Hajar Awang Hassan

“JADI ZOMBI YONG BELAR”

Nah, sekarang kita selitkan tajuk cerita. “ZOMBI YONG BELAR”.

Trip kali ini kami naik jam 11.00 pagi lebih kurang daripada Kem Pelaur, setelah letak beg camping. Set up fly ground dan khemah crew yang buat. Line up cuma perlu siapkan barang2 untuk shoot ke puncak.

Benda yang WAJIB bawa. Jangan malas dan jangan underestimated.

i) AIR– bawa je dalam 2Liter air. Perlukan air secukupnya jika nak elak penyakit datang. Terutama hypothermia. Cuba berbaik dengan abg sado kalau rasa tak larat nak bawa berat.

ii) MAKANAN – bawalah juga walaupun gula-gula. Cuaca sejuk perut cepat lapar. Siapa yang ada stove bawa. Sebab atas sana sejuk tahap ais batu dalam peti. Ada stove, nanti kat rest station boleh buka dapur haram dulu, masak air panaskan badan. Sebab itu perlu juga bawa air banyak. Crews terutama perlu take note. Kalau nak bagi servis terbaik pada pelanggannya, perlu bawa stove, air, makanan dan ubatan bagi setiap crew yang jaga line up. Terutama, guider /sweeper setiap team (kalau team dibahagikan lah). Seperti trip kali ini, guider bawa banyak makanan dan air untuk line up. Terbaik sangat trip kali ini. Biasanya akan ada team laju dan lambat.

iii) BAJU SEJUK/WIND BREAKER – bawa yang tebal. Serius saya boleh cakap, kalau petang belum sampai puncak, bermaksud akan tiba malam. Dan kesejukan nya seperti dalam peti ais. Saya yang pakai wind breaker + ponco pun tidak dapat menahan sejuk sepenuhnya. Kalau rasa berat, cubalah minta tolong abg sado bawakan. InsyaAllah mereka caring. Jangan pandang ringan guys.

Trip kali ini, sorang line up dah kena hypothermia (sejuk yang melampau) tapi tahap awal. Tangan menggigil. Dan apa yang perlu kita buat bila ada yang terkena hypothermia adalah bagi kepanasan badan kita kat dia. Peluk dia. Dan kita perlu bertindak cepat dengan angkat sauh (bergerak), kerana kalau kita duduk lama-lama, sejuk akan makin sejuk menyerang. Tapi, kalau kita berjalan, badan kita akan mengeluarkan peluh dan lama2 akan panas. Sebab itu, masa rest station nanti, kita perlu makan kerana makanan itu akan terbakar dalam badan kita yang boleh memanaskan badan. Untung siapa yang ada metabolisme tinggi kerana makanannya cepat terbakar dan boleh panaskan badannya dengan cepat pada masa tu.

iv) EMERGENCY BLANKET – yang seperti aluminium tu. Jika tak nak bawa baju sejuk atau windbreaker, boleh bawa aluminium ni. Panas bila pakainya. Siap boleh tidur berdengkur lagi kalau ada ni. Nak guna plastik sampah hitam pun ok. Tapi, aluminium ni lagi ok lah. Line up yang terkena hypothermia tu cakap panas bila pakai aluminium ni. Nampak tak keberkesanan dia kat situ.

v) BAJU SPARE – bagi yang kuat berpeluh, bawalah baju spare satu. Sebab, bila badan dah basah, maka sampai puncak nanti, akan rasa sejuk yang teramat. Dan baju yang basah tu perlu segera tukar supaya tidak terkena penyakit hypothermia. Jangan underestimate guys. Bahaya ni. Seperti biasa, berbaik-baik dengan abang padu. Bagi mereka bawa. Dah padu kan, kena lah saling tolong-menolong.

vi) GUIDER & SWEEPER YANG PENYABAR – trip kami kali ini bawa tema “semua sampai puncak”. Guider kami telah akur dengan pilihan pertama daripada tiga pilihan yang telah dibincangkan. 1) Semua sampai puncak tak kira keluar 2 pagi pun. Bermaksud tiada cut off time dan perjalanan dalam rantaian. (Satu line, tiada yang terpisah). 2) Cut off time – siapa yang lebih masa, tak leh naik puncak, kena mula turun dah. 3) Naik esok pagi.

Gadis Ini Kongsikan Tips Elak Jadi Zombi Ketika Hiking 4
Kredit Foto: Facebook Siti Hajar Awang Hassan

Kesnya jadi ZOMBI adalah… kerana last line up sampai puncak 8.30 malam. Kerana injured, kami terpaksa memperlahankan perjalanan. Dan apabila badan dah penat, ditambah jalan perlahan-lahan, mengantuk akan datang. Itulah jadinya kami macam ZOMBI hidup. Berjalan sambil mata tertutup kerana diserang mengantuk. Ada yang atas trek tertidur sambil menunggu line up belakang. Saya sendiri pun kerana menunggu walaupun 5 minit, telah tertidur dekat trek. Bukan saya seorang sahaja, malah guider sekali terlelap sekejap.

Makanya, guider dan gogo membuat pilihan bijak dengan berhenti rehat di Kem Kasut. Pada Masa tu jam dah 1 malam. Bagi semua tidur dulu sekejap. Paling syoknya bukan sekejap. 1 jam rehat. Ada yang siap bertanding dengkur lagi. Nak katanya pewai dan sangat penat. Guider pun tertidur. Kita semua paham, dia tidur sebab penat. Penat menunggu kami. Teramat penyabar orangnya. Bukan calang-calang guide line up sampai 6.30 pagi. Boleh bagi 5 Bintang kat guider dan sweeper trip ni. Boleh pm tepi kalau nak guna servis dia lagi. Dah biasa guide G7 trip nih.

vi) SETIAKAWAN – amatlah penting setiakawan pada masa ni. Keputusan gogo untuk semua merasai puncak adalah keputusan yang terbaik. Tiada masalah bagi guider dan line up. Pewai2 pun, puncak itu pasti. Trip bukan setiap minggu nih. G7 nih. Kemungkinan sekali seumur hidup je ni.

vii) TIDUR YANG MENCUKUPI – memang amat penting rehat secukupnya jika nak hiking. Balik kerja, jangan buka phone dulu, dapatkan tidur dulu. Set time pukul berapa perlu bangun supaya tak terlepas waktu. Tapi, perlu siapkan berkemas dan setting beg awal2 dah. Sehari/seminggu sebelum dah kena siapkan. Jangan expect dapat tidur dalam kereta. Ada yang tak dapat. Sebab driver dengki. Orang lain dapat tidur, dia kena drive. Kesian lah driver. Sama-sama hiburkan driver.

Bila badan tak cukup tidur, itu yang jadi pewai awal. Nak tertidur semasa berjalan. Sebab badan shock dan terlalu penat. Orang otai panggil, overuse tenaga. Take note guys.

Alhamdulillah, trip kali ini memberi saya satu pengalaman yang tidak pernah saya rasa seumur hidup saya. OT sampai 6.30 pagi.. Dan sedikit ilmu daripada guider setelah dirisik ilmu itu. InsyaAllah ada lagi ilmu, saya akan kongsikan.

Gadis Ini Kongsikan Tips Elak Jadi Zombi Ketika Hiking 5
Kredit Foto: Facebook Siti Hajar Awang Hassan

Sumber: Facebook Siti Hajar Awang Hassan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *