Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah

Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 1

Pastinya ramai orang yang teruja bila dapat bercuti ke Eropah. Umum ketahui yang Eropah mempunyai banyak tempat yang cantik dari segi keindahan alam mahupun keunikan bangunannya. Memang tak sah kalau nak bercuti, benua Eropah menjadi salah satu ‘wishlist’ untuk setiap pengembara.

Namun begitu tidak semua orang mampu untuk menjejakkan kaki ke Eropah dek kerana kosnya yang agak mahal bagi sesetengah orang. Jadi, pada mereka ini Asia mungkin tempat yang menjadi pilihan berbanding Eropah.

Walaubagaimanapun, Asia sebenarnya mempunyai tempat-tempat yang seakan Eropah terutamanya dari segi rekabentuk bangunannya. Jadi kami nak kongsikan kepada anda 7 lokasi Asia yang akan membuatkan anda seperti di Eropah.

1 – Ba Na Hills, Da Nang, Vietnam

Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 2
Kredit Foto: Just Gola
Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 3
Kredit Foto: Taxi Danang Airport

Ba Na Hills adalah kompleks peranginan yang terletak di puncak gunung. Reka bentuknya pula seakan bangunan lama yang diinspirasikan dari Perancis. Bangunan-bangunan ini terdiri daripada penginapan moden dan mewah, restoran kelas dunia dan Fantasy Park yang sangat menarik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah kereta kabel, berjalan di sekitar French village, melawat Wax Museum dan juga menaiki Alpine Coaster.

2 – Berjaya Hills, Pahang, Malaysia

Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 4
Kredit Foto: Berjaya Hills
Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 5
Kredit Foto: Zed Photography Zone

Bagi rakyat Malaysia, Bukit Tinggi Bentong, Pahang antara tempat paling popular di Malaysia jika ingin merasai seakan berada di Perancis. Terletak di atas bukit yang tinggi membuatkan suasana dan cuaca sejuk seperti di Eropah. Bangunan yang direka di sini mengambil inspirasi daripada Colmare di Perancis. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah melawati Japanese Village, Animal Park, Horse trails dan Botanical Gardens. Selain tu, ada flying fox terpanjang di Asia Tenggara. Waktu malam pula ada persembahan tarian dan alat muzik dari budaya Perancis. Menarik sangat!

3 – Santorini Park, Hua Hin,Thailand

Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 6
Kredit Foto: Bangkok
Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 7
Kredit Foto: Bangkok

Bila lihat pada reka bentuk dan warna bangunannya sudah tidak asing lagi ianya diinspirasi dari tempat popular Santorini di Greece. Warna putih dan biru dipadankan pada beberapa bangunan di sini memang hampir serupa seperti di Santorini. Bezanya cuma tiada permandangan laut sahaja. Antara aktiviti yang boleh dibuat di sini ialah menaiki ferris wheel, bergambar di bangunan ikonik dan bermacam lagi.

4 – Petite France, Gyeonggi, South Korea

Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 8
Kredit Foto: Will Fly For Food
Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 9
Kredit Foto: KKday

Perkampungan di Korea ini mengambil inspirasi daripada daerah Petite di Perancis. Perkampungan ini berfungsi sebagai kampung kebudayaan Perancis dan kemudahan latihan belia Goseong. Terdapat 16 bangunan di sini di cat berwarna warni seperti di Petite, Perancis. Selain bangunan yang cantik, anda boleh menggayakan pakaian tradisional Perancis dan merasai budayanya di sini.

5 – Venetian Macao, Macau, China

Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 10
Kredit Foto: Culture Trip
Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 11
Kredit Foto: Culture Trip

Venetion Macao diinspirasikan daripada kecantikan bandar Venice di Itali. Sudah tentu tarikan yang paling popular ialah menaiki gondola dan menyusuri bandar-bandar yang cantik di sekelilingnya. Selain itu, tempat ini juga menempatkan resort hotel mewah, pusat beli-belah, restoran mewah dan teater. Siapa yang nak merasai suasana di Venice, Itali tapi belum mampu boleh la ke sini dahulu.

6 – Huis Ten Bosch, Nagasaki, Japan

Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 12
Kredit Foto: Realestate.co.jp
Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 13
Kredit Foto: Japan Hub

Huis Ten Bosch adalah taman tema di Sasebo, Nagasaki, Jepun yang diinspirasikan dari bangunan lama dari Belanda. Selain itu, terdapat juga terusan, kincir angin dan taman bunga mencantikkan lagi taman ini. Ia dinamakan sempena Huis ten Bosch di The Hague, Belanda yang merupakan salah satu daripada tiga kediaman rasmi Keluarga Diraja Belanda. Taman tema ini mempunyai banyak kemudahan seperti hotel, villa, teater, muzium, kedai dan restoran.

7 – Hallstatt, Guangdong, China

Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 14
Kredit Foto: Momondo
Inilah 7 Lokasi Di Asia Yang Buatkan Anda Seakan Di Eropah 15
Kredit Foto: Frantfurter Allgemeine

Hallstatt, Austria yang sebenar merupakan tempat yang diwartakan UNESCO antara warisan dunia. Dek kerana kecantikan bandar tersebut. Bangunan-bangunan di Hallstatt dijadikan rujukan untuk pembangunan perumahan di Luoyang, Boluo County, China. Reka bentuk ditiru sama seperti perkampungan asal Hallstatt di Austria. Antara replika yang ditiru ialah gereja Parish, air pancut dan pelbagai objek lain dari pusat bandar Hallstatt yang asal.

Apa pendapat anda tentang bandar-bandar di atas? berbaloi untuk dijejaki atau tidak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *