fbpx

9 Tempat Menarik Di Morocco Mesti Anda Lawati

Ahmad Suhael

Selalu dengar bercuti ke Asia dan Eropah je. Sekali sekala apa kata cuba terokai Morocco. Jika anda seorang pengembara pasti negara seperti Morocco menjadi salah satu destinasi yang mesti di tuju. Sebabnya di Morocco banyak budaya dan sejarah yang boleh dipelajari.

Jika anda bercadang untuk ke Morocco, kami senaraikan beberapa tempat yang anda boleh lawati. Pasti tak bosan dan sangat berbaloi!

1 – RABAT

Rabat terbahagi kepada dua daerah iaitu bandar lama dan bandar baru. Bandar baru lebih moden dan di sini terletaknya pusat membeli belah, kafe terbuka di sekitar bandar dan lain-lain lagi. Manakala di bandar lama lebih banyak peninggalan sejarah Morocco. Di sini terdapat bazar-bazar untuk anda membeli belah. Jika anda seorang yang suka menikmati suasana dan budaya tempatan. Kami sarankan anda kunjung ke bandar lama.

9 Tempat Menarik Di Morocco Mesti Anda Lawati 1
Kredit Foto: The Peak Magazine

2 – MARRAKECH

Marrakech juga merupakan antara bandar terpenting di Morocco. Dari segi geografinya, Marrakech merupakan bandar ke empat terbesar di Morroco. Antara lokasi menarik dan aktivti yang menarik ialah Jemaa el-Fnaa, Saadian wall, persembahan muzik dan tarian di Jemaa el-Fnaa, melawat kedai handicraft, Bab Agnaou, El-Badi Palace, Bahia Palace dan Masjid Koutoubia.

Sama seperti di Rabat, kawasan bandar lama lebih meriah dan sibuk dengan aktiviti harian penduduk tempatan. Suasana bising dan sangat meriah, berwarna-warni, dan bau rempah-ratus serta makanan pastinya tidak akan dapat dielakkan. Jika anda bercadang untuk membeli belah boleh singgah ke bazar.

9 Tempat Menarik Di Morocco Mesti Anda Lawati 2
Kredit Foto: The Telegraph

3 – TOUBKAL NATIONAL PARK & JEBEL TOUBKAL

Bila dah travel ke luar negara, rugi sangat kalau tak explore hidden gems di Morroco ni. Taman negara Toubkal adalah tempatnya. Di sini anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi yang pasti tidak dapat dilihat di negara Malaysia. Pasti anda akan terkesima dengan kecantikannya.

Jika anda seorang pendaki, jangan lepaskan peluang untuk mendaki ke puncak Jebel Toubkal. Walaupun sukar diperjalanan pasti berbaloi dengan permandangan yang dihidangkan sepanjang perjalanan ke puncak.

9 Tempat Menarik Di Morocco Mesti Anda Lawati 3
Kredit Foto: This Fab Trek

4 – ASILAH

Asilah ni bukan nama orang ye tapi nama tempat. Di Asilah banyak aktiviti yang anda boleh lakukan sebabnya Asilah merupakan sebuah bandar pelancongan yang sangat popular dalam kalangan warga Morocco sendiri.

Bangunan-nagunan di sini ada yang berwarna putih dan ada juga mural-mural berwarna-warni yang menghiasi dinding. Jika anda meminati seni lukis di dinding ini jangan lupa abadikna ia di dalam gambar sebagai kenang kenangan.

Selain itu di sini juga terdapat pantai yang cantik yang dipanggil Paradise Beach Kaf Lahmam. Jadi petang-petang boleh layan angin laut selepas penat teroka bandar Asilah.

9 Tempat Menarik Di Morocco Mesti Anda Lawati 4
Kredit Foto: Rove

5 – CHEFCHAOUEN

Chefchaouren terletak di pergunungan Rif yang merupakan bandar kecil di Morocco jauh dari bandar. Jika di Santorini kebanyakan bangunan di cat putih, di Chefchaoeun pula lain ceritanya. Bandar ini mendapat panggilan bandar biru disebabkan oleh kebanyakan bangunan terutamanya rumah-rumah penduduk tempatan di sini berwarna biru.

9 Tempat Menarik Di Morocco Mesti Anda Lawati 5
Kredi Foto: Civitatis

6 – MEKNES

Di Meknes terdapat banyak bangunan lama dan bersejarah di sini. Ini kerana pada abad ke-17, Meknes pernah menjadi kota empayar ketika pemerintahan Sultan Moulay. Muzium dan makam Sultan Moulay masih lagi ada di sini dan menjadi salah satu tarikan utama di bandar ini pada hari ini.

Selain itu, tempat-tempat lain yang anda boleh lawati ialah Muzium Dar Jamai, Lahdim Square, Royal Stables dan Heri es Souani. Paling menarik di Meknes terdapat runtuhan Volubilis yang merupakan sebuah tapak warisan dunia UNESCO.

9 Tempat Menarik Di Morocco Mesti Anda Lawati 6
Kredit Foto: Lonely Planet

7 – ESSAOUIRA

Essaouira merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di tepi pantai. Kawasan pantainya juga antara paling disukai oleh pelancong. Apa yang menarik di Essaouira ialah bandar ini dihiasi banyak hiasan yang berwarna-warni. Pintu bangunan di cat berwarna warni. Malah cenderamata yang dijual jugak berwarna warni menjadikan lorong-lorong di sekitar bandar ini cantik dan nampak meriah.

9 Tempat Menarik Di Morocco Mesti Anda Lawati 7
Kredit Foto: Heart My Backpack

8 – MERZOUGA

Merzouga adalah sebuah kampung kecil terletak di timur Morocco. Apa yang paling menarik dan unik di sini ialah sebuah kawasan gurun atau padang pasir iaitu di Erg Chebbi. Anda boleh merasai tinggal di padang pasir dan merasai sendiri kehidupan seharian orang tempatan di situ.

Nak rasai pengalaman menunggang unta di padang pasir juga boleh. Anda boleh memilih pakej tour jika anda mahu. Pastinya akan menjadi pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan di Morocco!

9 Tempat Menarik Di Morocco Mesti Anda Lawati 8
Kredit Foto: Friendly Morocco

Sumber: TMPL Backpackers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ingin Memandu Di Australia? Baca Tips Ini

Bila travel ke negara-negara seperti Eropah, Australia dan New Zealand, apa yang paling menarik ialah meneroka dengan menaiki kenderaan. Sebabnya permandangan sepanjang perjalanan ke sesebuah kawasan ke kawasan lain sangatlah cantik. Sangat memukau saujana mata memandang. Selain menggunakan kereta api, apa yang paling seronok ialah dengan memandu sendiri. Sebabnya anda […]
9 Tempat Menarik Di Morocco Mesti Anda Lawati 10