Ingin Memandu Di Australia? Baca Tips Ini

Ingin Memandu Di Australia? Baca Tips Ini 1

Bila travel ke negara-negara seperti Eropah, Australia dan New Zealand, apa yang paling menarik ialah meneroka dengan menaiki kenderaan. Sebabnya permandangan sepanjang perjalanan ke sesebuah kawasan ke kawasan lain sangatlah cantik. Sangat memukau saujana mata memandang.

Selain menggunakan kereta api, apa yang paling seronok ialah dengan memandu sendiri. Sebabnya anda dapat berhenti di setiap hentian yang anda rasa anda perlu berhenti untuk menikmati keindahan alam semula jadi yang disajikan sepanjang perjalanan.

Jadi apabila perjalanan jauh, pemilihan kenderaan juga penting, ada yang hanya memilih untuk menyewa kereta, ataupun caravan. Jika anda menyewa caravan, jadi tidak perlu untuk menyewa hostel atau hotel untuk berehat kerana caravan itu sendiri sudah dilengkapi kemudahan untuk bermalam dan memasak.

Tapi ramai yang ambil ringan tentang keselamatan dan undang-undang ketika memandu di jalan raya di luar negara. Sebagai contoh di Australia, undang-undang memakai tali pinggang sangat dititikberatkan dan tindakan yang berat akan di ambil jika tidak mematuhi ini.

Menurut pemilik Facebook bernama Khairul Anuar, kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar bagi penumpang belakang ialah sebanyak AUD500. Manakala pemandu boleh disaman sebanyak AUD500 jika tidak mengingatkan penumpang untuk memakai tali pinggang.

Beliau yang juga pemandu pelancong di Australia menceritakan pernah satu keluarga di saman akibat tidak mematuhi undang-undang ini. Dan jumlah saman yang perlu dibayar adalah sebanyak AUD1100 bersamaan RM3144!

Bayangkan anda perlu membayar sebanyak RM3144 untuk saman sahaja sedangkan niat ke luar negara untuk berseronok dan bergembira bersama keluarga. Pasti ‘mood’ untuk bercuti hilang sama sekali.

Khairul Anuar juga berkongsi beberapa tips jika anda ingin memandu ke luar negara khususnya di Australia.

Ingin Memandu Di Australia? Baca Tips Ini 2
Kredit Foto: Faredare

1 – Jika sewa kereta, hanya penama pemandu sahaja boleh memandu. Nama selain pemandu dilarang memandu walaupun atas alasan pemandu penama penat atau mengantuk. Jika berlaku apa-apa kemalangan, insuran tidak akan tanggung kecuali ada ditambah penama kedua. Untuk menambah penama kedua akan dicaj.

2 – Anda tidak digalakkan memandu terus ke destinasi sebaik tibanya di lapangan terbang. Badan anda penat dan perlukan rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduangan. Jika tidak risiko kemalangan amat tinggi.

3 – Pastikan semua penumpang dan pemandu memakai tali pinggang sebelum memulakan perjalanan. Pemandu perlu mengingatkan penumpang supaya memakai tali pinggang keledar.

4 – Bagi penumpang berumur 8 tahun dan ke bawah, wajib diletakkan diatas tempat duduk kanak-kanak ataupun ‘carseat’.

5 – Sama juga seperti di Malaysia, semasa memandu pastikan mematuhi had kelajuan yang ditetapkan.

6 – Lampu oren adalah bersedia untuk berhenti!

Ingin Memandu Di Australia? Baca Tips Ini 3
Kredit Foto: Tankard’s Law

7 – Beri laluan kepada pejalan kaki ketika mereka melintas jalan.

8 – Jangan memandu sambil bermain telefon bimbit. Ini akan menggangu fokus anda ketika memandu.

9 – Memberi lampu ‘signal’ ketika membelok ke kiri atau ke kanan.

10 – Jika anda bayar parkir menggunakan waktu. Pastikan ikut waktu yang diberi untuk mengelakkan anda disaman akibat melebihi waktu yang ditetapkan.

11 – Parkir ditempat yang dibenarkan sahaja. Jika tidak tahu, jangan malu untuk bertanya untuk mengelakkan anda disaman.

12 – Pastikan parkir mengikut arus laluan kereta dan jangan bertentangan untuk mengelakkan disaman.

Ingin Memandu Di Australia? Baca Tips Ini 4
Kredit Foto: The Telegraph

13 – Elakkan memandu di waktu malam di kawasan luar dari bandar. Risiko langgar haiwan liar melintas.

14 – Kalau berhenti tepi jalan, pastikan guna “hazard lights” (double blinker).

15 – Jika memandu bertepian dengan “Indian Ocean” pastikan stereng di genggam kemas. Angin lintang yang kuat boleh mengakibatkan kenderaan anda terbabas.

16 – Kalau mengantuk, beli kopi “Dare” atau “Barista”, boleh bantu anda hilangkan rasa mengantuk.

17 – Kalau semua di atas tu anda rasa leceh dan tak confident, boleh hubungi Khairul Anuar (0122482053) untuk memandu bagi pihak anda di sana. Jadi anda boleh menikmati permandangan tanpa risaukan perjalanan anda.

Ingin Memandu Di Australia? Baca Tips Ini 5
Kredit Foto: Facebook Khairul Anuar

Sumber: Facebook Khairul Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *