Penumpang Nak Bersalin Pesawat Air Asia Terpaksa Mendarat

Penumpang Nak Bersalin Pesawat Air Asia Terpaksa Mendarat 1

Walaupun terpaksa melencong ke Miri, seorang penumpang yang sarat mengandung yang di dalam sebuah pesawat domestik AirAsia dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah selamat melahirkan anak.

Pesawat AK5194 yang membawa 130 penumpang dan enam anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Miri dan penumpang yang sarat mengandung itu terus di hantar ke Hospital Miri oleh pengurusan Lapangan Terbang Miri.

“Pesakit dihantar ke hospital dan selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 5.58 petang. Ketika kejadian, pesakit yang berasal dari Sandakan dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur,”

Zainal Abidin Harun

Pada hari yang sama, kapal terbang terbabit meneruskan perjalanan dari Miri ke Sandakan.

Penumpang Nak Bersalin Pesawat Air Asia Terpaksa Mendarat 2
Kredit Foto: The Point Guy

Bagi kaum wanita yang ingin meneruskan perjalanan menggunakan kapal terbang untuk ke sesuatu tempat, anda disarankan untuk mendapakan kebenaran doktor untuk mengelakkan dari terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini seperti di atas.

Tambahan, ada sesetengah syarikat penerbangan tidak membolehkan anda menaiki pesawat tanpa surat doktor. Kebanyakan kes, tempoh 2 bulan sebelum tarikh ‘due’ adalah dilarang untuk menaiki pesawat untuk mengelakkan kes sebegini.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *