Tunai Umrah Lebih Mudah Dengan E-Visa. Mohon Online Je!

Bagi anda yang bercadang untuk menunaikan umrah ini info terbaru untuk anda. Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan caj tambahan visa sebanyak RM350 akan dikenakan bermula 27 September nanti.

Yuran RM350 itu perlu disertakan dengan tambahan insuran perubatan dengan jumlah yang perlu dibayar oleh setiap pemohon ialah sebanyak RM513 dan sah untuk setahun dari tarikh pengeluaran dan tinggal tidak lebih 180 hari dalam setahun.

Visa akan diperoleh melalui platform elektronik, dalam masa 30 minit, atau melalui proses “visa upon arrival” apabila jemaah tiba di Arab Saudi.

Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan untuk memansuhkan caj mengerjakan ibadah umrah secara berulang setiap tahun iaitu RM2,300 bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikenakan sebelum ini.

Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: Cuti Umrah

Pemohon dikehendaki berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Mereka yang berada di bawah umur yang ditentukan memerlukan teman di atas usia itu untuk menjadi penjaga. Tiket balik atau tempahan hotel tidak diperlukan untuk mendapatkan visa. Dalam kes ini, alamat pelancong hanya mencukupi.

Sumber mengatakan bahawa langkah ini akan membuka jalan bagi dunia untuk melihat keindahan Arab Saudi dan meningkatkan pendapatan bukan minyak. Ia juga selaras dengan aspirasi Wawasan Kerajaan Saudi 2030.

Negara-negara yang mendapat faedah dari visa ini dijangka meningkat pada suku pertama tahun 2020. Buat masa ini beberapa negara yang terlibat adalah Amerika Syarikat, Kanada, Britain, New Zealand, Korea Selatan, Itali, Iceland, Perancis, Norway, Sepanyol, Greece, Belanda, Romania, Croatia dan Sweden, Denmark, Estonia, Finland, Singapura, Malaysia, Kazakhstan, Rusia, Austria, Belgium, Poland, China, Hong Kong, Korea Selatan, dan Bulgaria.

Evisa Saudi belum lagi tersedia untuk warga Amerika Syarikat, semua negara anggota Kawasan Schengen, Australia, Jepun, Korea Selatan, Afrika Selatan, Brunei, Malaysia, Singapura, dan Taiwan. Senarai negara ini belum dimuktamadkan dan kemungkinan lebih banyak negara akan ditambah.

Statistik yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun lalu menunjukkan Malaysia sudah menghantar 274,066 jemaah umrah sejak tahun 2018 hingga kini.

Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: Haramain

Sumber: Berita Harian , Saudi Arabia Visa Online

This website uses cookies.