Boeing Beri Amaran Risiko Bawa Power Bank Dalam Pesawat

Boeing Beri Amaran Risiko Bawa Power Bank Dalam Pesawat 1

Zaman teknologi dan kemajuan telefon pintar sekarang amatlah pesat. Disebabkan kecanggihan telefon pintar ini, bateri telefon pintar tidak dapat tahan lebih lama berbanding telefon jenis monofonik seperti Nokia 3310 zaman dahulu yang mana mampu bertahan selama 7 hari.

Bagi mengatasi masalah ketahanan bateri, banyak syarikat di dunia telah mencipta ‘power bank’ sebagai pengecas mudah alih yang boleh digunakan dan di bawa ke mana-mana sahaja jika diperlukan.

Namun, sejak akhir-akhir ini syarikat pengeluar kapal terbang BOEING telah memberi amaran tentang risiko membawa muatan kargo berisi bateri ion lithium kepada pesawat penumpang.

Ini kerana telah terdapat bukti kes yang berlaku yang mana bateri ion lithium ini dapat menyebabkan letupan dan kebakaran yang mampu memusnahkan pesawat.

Boeing Beri Amaran Risiko Bawa Power Bank Dalam Pesawat 2
Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: Voa News

Amaran yang dikeluarkan oleh BOEING kepada semua syarikat penerbangan mengenai masalah ini dipersetujui oleh pakar dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Angela Stubblefield. Malah amaran ini juga dikeluarkan oleh syarikat Airbus.

Walaubagaimanapun, menurut BOIENG jika kaedah yang lebih selamat untuk membawa bateri ion lithium ini ditemukan, ianya tidak menjadi masalah.

Antara faktor yang boleh diambil kira adalah lokasi muatan, perlindungan kebakaran di kargo, profil penerbangan, tekanan dan juga pemeriksaan keselamatan tentang kualiti bateri itu sendiri.

Mengikut ujian yang dilakukan oleh pihak FAA menunjukkan bateri yang terlebih panas boleh mengeluarkan gas yang boleh menyebakan letupan seterusnya kebakaran. Malah, menurut seorang pakar sains Dr Victor Ettel menyatakan saiz dan kepadatan bateri dalam jumlah tertentu sudah boleh menyebabkan kebakaran kritikal.

Buat masa ini, power bank hanya boleh dibawa ke dalam kabin. Ia tidak dibenarkan untuk dibawa bersama check in bagasi anda. Sekiranya kuasa power bank anda kurang daripada 100Wh dan kapasiti 20,000mAH, ianya boleh dibawa tanpa kebenaran.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *