Tips & Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu

Tips & Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu 1

Umum ketahui, Gunung Kinabalu bukan sahaja popular dikalangan rakyat Malaysia bahkan juga pelancong dari luar negara. Mana tidaknya, puncak Gunung Kinabalu jika diabadikan di atas duit kertas seringgit Malaysia.

Bagi pendaki terutamanya di Malaysia, mendaki Gunung Kinabali semestinya menjadi salah satu ‘bucket list’ anda kan? Selepas melengkapkan gunung-gunung G7 di semenanjung, berbagai versi G7 pasti tak lengkap rasa hidup sebagai pendaki jika tidak berada di puncak Gunung Kinabalu.

Sesiapa yang pernah ke sana pasti tahu laluan denai Gunung Kinabalu memang padat dan sibuk dengan pendaki dan malim gunung ulang alik menghala ke puncak dan ke kaki gunung. Bagi yang belum mendaki, pasti berbagai jenis cerita tentang pendakian ke puncak Gunung Kinabalu ini.

Jadi yang belum pernah dan berhajat untuk mendaki, apa yang perlu anda persediakan? Adakah ura-ura yang mengatakan mendaki Gunung Kinabalu ini lebih mudah dari Gunung Tahan di semenanjung? Jom baca perkongsian dari Facebook seorang pendaki bernama Judah Iskariah tentang tip dan persendiaan mendaki Gunung Kinabalu.

Tips & Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu 2
Kredit Foto: Facebook Judah Iskariah

1) Jangan bawa banyak barang. Untuk pakaian, cukuplah sekadar bawa satu wind breaker, satu dry fit shirt, satu tracksuit, satu beanie, satu headlight, sepasang stoking tebal & glove tebal. Semua ni untuk kegunaan mendaki puncak dari Laban Rata.

2) Makanan pula bawa yang ringan tapi manis seperti chocolate cadbury & snickers. Untuk air, bawalah 100plus 1.5ml (disarankan air 100 PLUS ACTIV yang tak carbonated untuk hindarkan bloating stomach) & air kosong 1.5ml (MINERAL bukan RO). Air kosong tu campur ORS awal-awal di Timpohon Gate. Berapa banyak perlu di bawa? Ikut nafsu sendiri. Minimum satu 100plus dan satu mineral water. Di Laban Rata boleh refill air masak. Ada cerek elektrik disediakan di asrama. Tapi kena tunggu giliran.

3) Jangan lupa ubat-ubatan. Tablet Stemetil bagi mengurangkan loya disebabkan altitude sickness, tablet Paracetamol untuk melegakan sakit otot. Bancuhan ORS sangat penting bagi mengembalikan elektrolit badan.

4) Ingatkan kumpulan masing-masing untuk berkumpul awal di Kinabalu Park. Sebab banyak perkara perlu diuruskan. Pendaftaran, taklimat ringkas dan lain-lain. Supaya kamu tidak kehilangan banyak masa. Perjalanan dari kaunter Kinabalu Park ke Timpohon mengambil masa dalam 30 minit guna van yg disediakan. Mulakan pendakian seawal yang mungkin supaya pendaki yang jenis lambat tidak tergopoh gapah & terkejar masa.

5) Pakaian semasa mendaki dari Timpohon saya syorkan seluar pendek & baju dry fit sahaja kerana suhu tidak berapa sejuk dan kamu mudah bergerak serta tidak berat. Kasut yang sesuai asalkan tapak kuat cengkam serta selesa dipakai. Penggunaan tongkatdigalakkan untuk kemudahan dan menjadi “kaki ketiga”. Boleh di sewa jika tiada.

6) Semasa mendaki dari Timpohon, salah satu petua dari guide adalah “Kecilkan langkah. Apabila menaiki tangga, naik perlahan-lahan. Pijak batu-batu kecil di antara jarak satu tangga sebab jurang antara tangga ada yang besar. Jadi cari batu kecil di pertengahan untuk memudahkan dan mengecilkan langkah.” Bagi laluan dengan malim gunung, kasian durang angkat barang berat2.

7 ) Setiap satu kilometer ada perhentian (“hut”). Pastikan berkumpul dalam kumpulan masing-masing. Makanlah snacks yang dibawa dan minum sedikit. Jangan minum terlalu banyak, kemungkinan boleh terkena cramp. Hanya untuk membasah tekak sahaja. Bagi yang merokok, kurangkan merokok. Ini sangat penting untuk beri paru-paru anda oksigen yang secukupnya.

8) Bermula dari layang-layang hut, iklim sudah mula berubah. Ada yg akan merasa pening & loya disebabkan altitude sickness. Petua boleh diamalkan, “TARIK NAFAS PERLAHAN TAPI DALAM”. Kawalan pernafasan sangat penting masa ini. Muka bumi yang mulai mencuram, kelicinan disebabkan embun & perubahan suhu akan merumitkan lagi pendakian apatah lagi kalau waktu hujan. Masa ni bibir serta hujung jari akan pucat dan membiru.

9) Sampai sahaja di Laban Rata, tolong laporkan diri di kaunter. Anda akan ditempatkan bersama ahli kumpulan sendiri mengikut warna tag nama.

Tips & Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu 3
Kredit Foto: Facebook Judah Iskariah

10) Perjalanan dari Timpohon mengambil masa dalam 6-8 jam. Bagi pendaki ‘pace’ biasa, akan ambil masa lebih kurang 8 jam. Jadi sampai di Laban Rata dalam pukul 4-5pm jika bertolak pagi. Sampai di bilik, kemaskan tempat tidur. Pastikan barangan berharga selamat dan disimpan rapi. Suhu di Laban Rata sangat sejuk. jadi terpulang jika anda ingin mandi atau tidak. Jika tidak,hanya salin baju dan pakai baju itu sampai ke puncak esok pagi. Jangan risau, peluh akan mengering kena kesejukkan di Laban Rata.

11) Selepas kemas barang, get ready for some MAJESTIC VIEW! Jangan lupa masa dinner di restoran. Dinner akan bermula dari jam 6-8pm.

12) Masa makan, ambilah jumlah yang berpatutan. Anda baru sahaja berada di Laban Rata, belum lagi puncak. Jadi JANGAN OVERSTUFFED! Sangat disyorkan untuk cuba signature dish di Laban Rata, Black Pepper Beef/Lamb. SEDAP & boleh memanaskan badan yang tengah sejuk. Tidak digalakkan memakan makanan pedas untuk mengelakkan sakit perut dan menggangu pendakian anda keesokannya untuk ke puncak. Selepas makan, jangan lepaskan peluang melihat permandangan indah di koridor restoran! CANTIK!!

13) Selesai dinner, balik ke bilik masing-masing, tidur dan berehat secukupnya untuk mengelakkan kepenatan keesokan harinya Tapi sebelum tidur paling penting sediakan peralatan untuk mendaki puncak esok! Air digalakkan bawa tetapi hanya air mineral 1.5ml+ORS saja supaya beg tidak berat.

14) Pendakian puncak akan bermula 2am. Tetapi sebelum mendaki anda akan makan satu kali lagi iaitu “supper” jam 12am atau 1am. Jadi pastikan anda tidur secukupnya dan sempat bangun untuk makan dan bekalkan tenaga tenaga untku naik ke puncak. Untuk “supper”, pilihlah makanan yang berkarbohidrat kompleks dengan jumlah yang berpatutan untuk mengelakkan overstuffed. Suhu yang sejuk akan membuatkan perut cepat rasa lapar. Lepas makan, selesaikan urusan lain atau ke tandas jika perlu.

Tips & Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu 4
Kredit Foto: Facebook Judah Iskariah

15) Pintu masuk akan dibuka tepat 2am & pendakian dimulakan. Teknik pernafasan sangat penting. sama petua seperti di atas “NAFAS PERLAHAN TAPI DALAM.” Di sini WAJIB menggunakan headlight. Suhu sangat ekstrim SEJUK! Perlahan-lahan naik supaya tidak tergelincir.

16) Di kawasan yang sudah mula bertali, pastikan berpegang teguh dan kuat pada tali. Walaupun tangan dan kaki terasa kebas kerana suhu sejuk, jangan sesekali terlepas pegang! Suasana yang gelap, licin & sejuk akan membuatkan anda sukar mendaki. Teguhkan azam dan semangat! Jangan hilang lokasi atau tinggal jauh dari kumpulan.

17) Pastikan anda tidak kerap berhenti & berhenti terlalu lama di sepanjang pendakian ke puncak. Kena ingat,anda wajib melapor diri di Sayat-sayat Hut sebelum 5am! JIka lambat, anda tidak dibenarkan masuk disebabkan anda sudah ketinggalan jauh. Jaid untuk yang sempat sampai di Sayat-sayat Hut sahaja akan dapat sijil Hitam Putih.

Bagi yang berjaya melepasi Sayat-sayat Hut sebelum 5am, TAHNIAH! Kamu suda melepasi halangan terakhir ke puncak dan sijil kamurang berwarna! Teruskan usaha! Matahari akan terbit pada 6am. Jadi pastikan anda sempat sampai ke puncak untuk melihat matahari terbit. Lebih awal sampai di puncak lebih lama masa untuk menikmati permandangan puncak Kinabalu, tetapi lebih lama juga anda akan kesejukan di atas.

Masa yang diberikan kepada pendaki untuk menikmati permandangan puncak Kinabalu sambil berselfie, bergroupfie, berwefie adalah 1-2 jam saja. Semua akan diarahkan untuk mulakan penurunan pada jam 7-8am. Ini kerana cuaca di puncak ridak menentu. Pusaran angin kuat yang akan merumitkan penurunan. Turun mengikut waktu yang disuruh supaya kamurang tidak lambat sampai Laban Rata seterusnya ke Timpohon. Jadi jangan leka bermain handphone dan peka arahan guide!

AMARAN KERAS JANGAN BUAT BENDA PELIK-PELIK DI GUNUNG KINABALU! Anda kini berada di tempat paling suci bagi masyarakat KDMR!

Tips & Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu 5
Kredit Foto: Facebook Judah Iskariah

18) Kalau mendaki ke atas terasa mencabar, menurun lebih berlipat kali ganda cabarannya. Kawasan bertali yang anda daki sewaktu gelap tadi rupanya curam dan GAUNG yang DALAM! Inilah sebabnya kenapa anda perlu mendaki seawal pagi. Selain mahu melihat matahari terbit di puncak, ia juga bagi menghilangkan ketakutan kepada pendaki. Walau apa pun, turun dengan perlahan-lahan dan ikut giliran. Oh ya! Jangan lupa ambil gambar di South Peak atau puncak duit seringgit!

19) Sampai di Laban Rata, balik bilik masing-masing, kemaskan barangan anda. Lepas kemas, anda akan dihidangkan dengan sajian terakhir di restoran iaitu sarapan pagi. Bolehlah makan sepuasnya kerana tiada lagi mendaki selepas ini dan hanya menurun.

20) Lepas sarapan, bersiap untuk mulakan penurunan. Turun perlahan-lahan dan mengikut giliran sampai ke Timpohon. Semasa turun anda boleh guna semula baju dan seluar yang anda guna masa mendaki dari Timpohon semalam atau guna sahaja pakaian yang anda guna untuk turun dari puncak.

SELAMAT MAJU JAYA!

Tips & Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu 6
Kredit Foto: Facebook Judah Iskariah

DAKI GUNUNG KINABALU, ESOKNYA BOLEH KERJA MACAM BIASA!

Jujur saya cakap, dari segi bentuk muka bumi, Kinabalu tidaklah sesusah mana. Saya boleh balik memandu terus ke Lawas selepas turun dari puncak dan keesokkan harinya bekerja macam biasa tanpa ambil cuti sakit. Bagi yang pernah atau selalu naik Gunung Santubong, well Kinabalu is just a playground for you. Saya sudah 4 kali naik Santubong, so I didn’t expect the worse. Cuma iklim ekstrim saja menjadi cabaran yg paling hebat!

LATIHAN PERNAFASAN SANGAT PENTING!

Untuk mendaki Gunung Kinabalu, saya syorkan anda banyakkan latihan pernafasan semasa anda berlatih hiking. Jika anda pandai kawal pernafasan, sijil berwarna sudah pasti dalam genggaman!

SUHU SEJUK BOLEH MENCECAH -1 DARJAH CELCIUS!

Suhu di Laban Rata dalam lingkungan 3 ke 4 darjah celcius waktu petang. Kalau malam dalam 1 ke 2 darjah celcius. Di puncak pula, mungkin dalam -3 ke -1 darjah celcius waktu subuh masa mendaki.

Dulu masa saya naik Bulan Februari 2018, ada untung dan rugi nya. Untungnya kami naik sebelum gempa bumi berskala kecil melanda daerah Ranau beberapa minggu selepas pendakian kami. Tapi yang ruginya selepas beberapa minggu gempa bumi tersebut, ada group pendaki yang seterusnya beritahu mereka terjumpa ketulan ais di atas puncak. Apa pun itu adalah rezeki masing-masing. Paling penting doa serta azam supaya dipermudahkan pendakian.

GUNUNG KINABALU SANGAT LAWA!

Maaf kalau posting ni terlampau panjang. Semua tips tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya. Lain orang, lain pula caranya. Bagi saya, saya seorang average, tidak fit dan tidak juga tidak fit. Yang sedang-sedang sahaja. Kalau setakat Bukit Perahu tu saya boleh naik dalam 45 minit ja. Kalau Bukit Botak dalam 1 jam.

Satu saya mahu katakan, KINABALU SANGAT LAWA!!!! Dari kecil saya selalu tengok di buku teks sekolah. Bila akhirnya saya berjaya menawan puncak, saya menangis! Betul-betul saya menangis arr! Malu-malu saya lap air mata depan pendaki lain. Sampai guide saya tegur “ko okay kaini?”. Dream do really come true! There’s a will, there’s a way!

Tips & Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu 7
Kredit Foto: Facebook Judah Iskariah

Sumber: Facebook Judah Iskariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *