Apa Yang Ada Di Batam, Indonesia? Perkongsian Gadis Ini Pasti Merubah Tanggapan Anda

Apa Yang Ada Di Batam, Indonesia? Perkongsian Gadis Ini Pasti Merubah Tanggapan Anda 1

Siapa pernah ke Batam, Indonesia? atau pun pernahkah anda dengar cerita tak menarik di Batam? Antaranya ialah ramai orang hendak ke Batam hanya untuk melempias nafsu kerana di sana dianggap tempat paling selamat untuk melakukan perkara terbabit.

Sebenarnya, di mana jua anda pergi ianya bergantung pada niat. Jika niat memang berhajat nak melempias nafsu, tak perlu nak ke sana. Mungkin ada yang takut kantoi sebab itu ke sana. Tetapi mesti ingat, jika anda seorang muslim, Allah itu maha melihat setiap perbuatan hambanya.

Walaupun bila sebut nak ke Batam, ramai orang fikir tempat negatif. Tetapi sebenarnya apa yang ada di Batam adalah sangat menarik dan ianya mempunyai tarikan pelancongnya yang tersendiri. Seperti juga tempat -tempat popular di Indonesia lain contohnya di Bali, Jogjakarta dan Flores, Batam adalah salah satu tempat ‘food hunting’.

Jadi kali ini kami nak kongsikan trip 2 hari 1 malam ke Batam dan itinerari oleh seorang gadis bernama Norshafiza Edora di Facebook beliau kepada anda semua.

Apa Yang Ada Di Batam, Indonesia? Perkongsian Gadis Ini Pasti Merubah Tanggapan Anda 2
Kredit Foto: Facebook Norshafiza Edora

KOS

2pax – 2 hari 1 malam (Total Budget RM500)

  • Parking fees di port RM6/Day
  • Ticket Ferry Return RM105 (Pelabuhan Pasir Gudang,Johor to Ferry Batam Centre)
  • Tips: Malaysian please use fast lane..sekejap je dalam imegresen..
  • Hotel 1 night RM113.45 include breakfast – booking.com (payment di hotel by RP 390,000 + RP100,000 Deposit) – SAHID BATAM CENTRE (Bilik tiptop + sarapan sedap)
  • SIMKAD RP100,000 6GB (sangat recommended share 2 orang)

ITINERARI

Day 1

  • Ferry paling awal jam 8:30am..so perjalanan ambil masa 2 jam untuk sampai ke Batam Centre Ferry Terminal.
  • Alun Alun Batam Centre.
  • Great Mosque Batam (Masjid Raya).
  • Welcome to monument.
    (So dari batam ferry to kami jalan kaki je, then from batam monument ke sahid hotel kami naik grab RP14,000.
  • Check in Hotel.
  • Lunch Saung Sunda Sawargi (terletak di depan hotel) ambil grab ke Tebing Langit RP62,000.
  • Tebing Langit Bukit Dangas,Sekupang (tempat ala-ala di Jogjakarta) (hiking naik atas bukit)
    Fees : RP10,000.
  • Kalau nak ambil gambar cantik2..kat atas ada photographer..gambar boleh siap cuci..tapi kami just ambil gambar sendiri je pakai handphone. if nak naik tikar terbang RP20,000 or sewa topi ala-ala org dayak kene bayar RP5,000.
  • Then ambil grab RP55,000. Nagoya City Walk (kami salah route..salah pergi shopping mall..dalam ni tak best pun), then ambil grab RP13,000 tapi terpaksa bayar extra RP1,000 sebab driver grab takde duit baki..anggap je la sedekah).
  • Nagoya Hill Shopping Mall (syurga shopping sebb semuanya murah2..banyak berhabis duit kat sini).

    Siapa yang minat bag longchamp seriusly sangat murah..harga ikut saiz starting from RP160,000 ke atas..(kedai berhadapan fipper). Nak beli souvernir pun ada seperti fridge magnet Rp15,000 je, Coklat 3 pack RP100,000, baju 5 helai RP100,000 dan macam-macam lagi ada dijual.

    Dalam Nagoya Hill ada 1 tempat makan besar NAGOYA FOOD STREET..so kalau korang nak makan local food semua ada jual kat sini..tapi kami tak makan kat sana sebb kami nampak restaurant A&W.
  • Lepas makan terus ambil grab balik hotel RP27,000.
Apa Yang Ada Di Batam, Indonesia? Perkongsian Gadis Ini Pasti Merubah Tanggapan Anda 3
Kredit Foto: Facebook Norshafiza Edora
Apa Yang Ada Di Batam, Indonesia? Perkongsian Gadis Ini Pasti Merubah Tanggapan Anda 4
Kredit Foto: Facebook Norshafiza Edora

Day 2

  • Breakfast (serius sedap and banyak pilihan + mandi kolam, tapi kolamnya kecil ye)
  • Pergi SPA depan hotel..Urut tradisional RP150,000, tambah Aroma therapy RP170,000 murah.
  • Mandi-mandi dan siap untuk check out, ambil grab RP13,000.
  • DIana Cake Layer House (Driver grab offer kami RP5,000 so dia akan tunggu and bawa kami ke masjid jabal arafah..tanpa menggunakan grab apps..so kat sini kami rugi sekitar RP2,000..so please nak kemana-mana pakai apps.
  • Masjid Jabal Arafah (masjid and ada 1 tower yg boleh nampak pemandangan Batam termasuk view from singapore (Marina Bay) memang cantik. Fees masuk :RP10,000. Sebelum masuk Boleh letak luggage and bagpack dekat ruangnan khas..ada penjaga..
  • Then ambil grab RP13,000, kami lunch di AYAM BAKAR TALIWANG PELITA.
  • Kat sini super duper sedap makanannya..ayam ni pedas sangat..so sesuai bagi sesiapa yg kuat pedas macam saya. Ada kelapa fresh lagi. Highly recommended la.
    (Ayam bakar taliwang+pelicing kangkung+air kelapa RP80,000)
  • After lunch direct ambil grab ke ferry RP30,000
  • So sampai je terminal ferry korang kena ke kaunter ticket..untuk tebus ticket and bayar cukai port sekitar RP70,000.
  • And kalau ada duit lebih..korang boleh la beli makanan ringan di tingkat atas batam ferry centre.
Apa Yang Ada Di Batam, Indonesia? Perkongsian Gadis Ini Pasti Merubah Tanggapan Anda 5
Kredit Foto: Facebook Norshafiza Edora
Apa Yang Ada Di Batam, Indonesia? Perkongsian Gadis Ini Pasti Merubah Tanggapan Anda 6
Kredit Foto: Facebook Norshafiza Edora

TIPS

  1. Kos rupiah di atas adalah untuk 2 orang ye..share..sangat jimat.
  2. Grab adalah pengangkutan paling mudah,murah dan alhamdulillah selamat.
  3. Jangan pelik kalau korang berhenti kat traffic light ada kanak-kanak jual surat khabar.
  4. Bila jalan kaki hati-hati..sebab banyak OJEK/gojek yang akan offer korang..kalau berani okay je korang nak naik.
  5. Elakkan dari terima sebarang offer orang nak ambilkan gambar.
  6. Jangan lupa ke simbolik BATAM (JAMBATAN BARELANG). Kami terpaksa cancel sebab macet(traffic jam) berikutan lawatan president.

Sekian saja perkongsian trip kali ini…korang juga boleh refer ke posting atau blog-blog yang lain. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami tidak berkesempatan untuk pergi.

Apa Yang Ada Di Batam, Indonesia? Perkongsian Gadis Ini Pasti Merubah Tanggapan Anda 7
Kredit Foto: Facebook Norshafiza Edora

Sumber: Facebook Norshafiza Edora

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *