Tips & Sebab Kenapa Kena Singgah Di Banff National Park Bila Anda Melancong Ke Kanada

Tips & Sebab Kenapa Kena Singgah Di Banff National Park Bila Anda Melancong Ke Kanada 1

Kami percaya setiap orang mempunyai tujuan masing-masing bila mengembara atau bercuti ke tempat orang. Ada yang suka melihat monumen dan bangunan bersejarah atau ikonik di sesebuah negara terbabit, ada yang suka ‘food hunting’, ada yang sukakan road trip atau train trip seperti Trans Siberian Railway dan ada juga yang suka menikmati permandangan indah yang dihidangkan oleh alam semula jadi.

Bila sebut keindahan alam semula jadi, setiap negara ada masing-masing punya kecantikan tersendiri. Dan yang pasti tempat-tempat yang cantik sebegini sukar untuk disentuh atau dijejaki oleh manusia. Ada pula sesetengah tempat yang perlu anda memandu jauh, trekking ataupun mendaki.

Antara tempat-tempat cantik dengan alam semula jadinya yang berada dalam senarai kami ialah Australia, Switzerland, Iceland, India dan Kanada. Sebenarnya ada banyak lagi dan kebanyakkannya adalah negara-negara Eropah. Kenapa Eropah? Mungkin disebabkan oleh kedudukan geografi ianya sendiri.

Terlalu banyak negara untuk kami kongsikan tetapi kali ini kami nak kongsikan satu tempat di Kanada iaitu Banff National Park. Jika anda seorang yang sukakan kecantikan alam semula jadi, tak perlu kami ungkapkan dengan ayat. Cukup sekadar gambar boleh menceritakan keindahannya.

Bagi anda yang berhajat untuk ke sana, tips ke Banff National Park yang dikongsi oleh seorang jurutera bernama Ir Hj Zainuddin Bin Hj Omar di Facebook beliau ini sangat berguna. Beliau yang kini seorang pengembara sepenuhnya masa suka berkongsi tips dan info percuma di Facebook beliau. Anda boleh ikuti juga penulisan beliau di laman sesawang beliau kutuberahak.com. Jom ikuti tips dari beliau ini:

Tips & Sebab Kenapa Kena Singgah Di Banff National Park Bila Anda Melancong Ke Kanada 2
Kredit Foto: Facebook Zainuddin Omar

Banff National Park: Tips For An Enjoyable Stay.

Beberapa tips lawatan ke Banff Alberta dan Jasper British Columbia, Canada.

1. Buat reservation hotel awal kerana kedua tempat ini adalah tumpuan pelancung dari seluruh dunia. Winter rates adalah 50% rendah dari summer rates.

2. Air BnB sangat berkurangan dikedua tempat ini.

3. Kedai halal tiada masalah di Jasper dan Banff.

4. Jika mula perjalanan berkereta dari Vancouver, memang perlu break bermalam dipertengahan jalan dan kami memilih pekan Kamloops. Bila pulang kami bermalam di Kelowna.

5. Perlu dua malam di Jasper dan tiga malam di Banff untuk melawat tempat yang ikonik.

6. Dari Banff boleh singgah di Calgary, 1.5 jam perjalanan berkereta. Calgary bandar Alberta bermulanya prairies hingga ke Saskatchewan dan Manitoba.

7. Ramai menyewa RV dan campervan menjelajah Jasper dan Banff dari Vancouver atau Calgary. Kebanyakkan RV seperti bas dan pastikan anda tahu memandu kenderaan panjang. Apa yang saya perhatikan, tidak banyak campsites yang mempunyai fasiliti seperti di New Zealand.

8. National park Canada adalah bear country. Better be safe than sorry.

9. Cari hotel yang mempunyai kitchenette agar anda boleh masak sendiri untuk kurangkan belanja.

10. Purata harga hotel adalah Rm1k semalam di Jasper dan Banff kerana ramai pengunjung dari serata dunia.

11. Ada pelawat yang memandu kenderaan sendiri dari Quebec City ke Banff selama 4 hari sejauh 4000 km.

12. Banff dan Jasper mempunyai time zone berbeza dengan Vancouver walaupun 1000 km sahaja.

13. Kelebihan travel semasa summer adalah daylight yang panjang kerana subuh masuk jam 3am dan maghrib pada pukul 10:30pm, tetapi kos lodging mahal. Winter mungkin murah tetapi daylight pendek dan suhu terlalu sejuk.

14. Bawa down jacket kerana cuaca boleh menjadi sejuk walaupun summer.

15. Harga petrol adalah $1.24 ~ Rm 4 seliter.

Tips & Sebab Kenapa Kena Singgah Di Banff National Park Bila Anda Melancong Ke Kanada 3
Kredit Foto: Facebook Zainuddin Omar

16. Sebotol air mineral (500ml) di R&R adalah $4.20 ~ Rm 13. Sekali makan di kedai kebab/Shawarma kosnya $15 (Rm 50).

17. Ada fees yang dicaj apabila masuk ke National Park iaitu $10 ~ Rm32 seorang sehari. Kami ambil permit setahun yang lebih murah jika travel beramai.

18. Jangan cuba bergambar dengan baby atau kanak kanak kecil kerana penduduk Canada, seperti US dan UK sangat sensitif masalah pedophile yang berleluasa.

19. Bawa baju hujan kerana kerap hujan pada waktu summer.

20. Memandangkan betapa susahnya mendapat visa Canada dengan harga visa yang tinggi, seeloknya travel 3 minggu di Canada agar berbaloi. Seminggu boleh menjelajah east coast dan 2 minggu di west coast Canada.

Baca sini cara mohon visa Canada.

21. Harga domestik flight Toronto – Vancouver return adalah antara Rm2k hingga Rm2.5k, penerbangan 5 jam.

22. Kastam Canada tidak membenarkan membawa masuk meat products. Lain lain makanan tiada masalah.

23. ’Must see’ di Banff adalah Lake Morraine dan Lake Louise. Di Jasper mesti lalui jalan antara Jasper dan Miette Hot springs.

24. Jangan miss sunrise di Lake Morraine semasa golden hour.

25. Travel minimum bertiga untuk jimat kos kerana banyak hotel menyediakan katil untuk 3/4 orang sebilik.

26. Purata kos sewaan kereta intermediate adalah Rm300 sehari dengan insuran penuh. Kami mengambil SUV disepanjang kembara.

27. Apabila melihat banyak kereta berhenti ditepi jalan, berhenti dan turun dari kereta kerana mereka berkemungkinan besar memerhatikan grizzly bear di pinggiran hutan. Kami pernah nampak grizzly bear yang sedang makan dengan diperhatikan oleh ramai motoris. Ini dinamakan ’bear-jam’.

Untuk coretan East Coast Canada, boleh buat carian dalam FB saya.

Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Sumber: Facebook Zainuddin Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *