Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini!

Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 1

Bila sebut bercuti mesti ramai orang fikirkan tentang bajet. Bila ingat bajet teringat pula negara-negara yang boleh bercuti dengan kos yang tidak terlalu mahal. Antaranya negara yang paling popular semestinya Indonesia. Kalau nak dibandingkan dengan Eropah memang mahal.

Indonesia sememangnya banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Dan rata-rata kos untuk bercuti ke negara ini pula tidak terlalu mahal. Jadi tidak hairanlah memang ramai rakyat Malaysia memilih Indonesia sebagai destinasi bajet.

Selain tempat terkenal seperti Bali, Lombok dan Jogjakarta, destinasi yang menarik dan juga menjadi pilihan ramai adalah Surabaya. Tempat menarik di Surabaya agak extreme dan banyak fokus kepada alam semulajadinya. Jika anda pencinta alam semulajadi, Surabaya mesti menjadi salah satu ‘bucket list’ anda.

Jadi apa sebenarnya tempat yang menarik yang boleh dikunjungi dalam 3 hari di Surabaya? Menerusi group Facebook BBM, seorang gadis bernama Amirah Tunku berkongsi percutian beliau dan rakannya ke Surabaya selama 5 hari 4 malam termasuk 2 hari perjalanan. Nak tahu ke mana beliau pergi ketika di Surabaya? Jom teruskan membaca.

Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 2
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku

ITINERARI

Day 1 :

1700: Sampai Airport Surabaya, driver pickup terus ke Probolinggo perjalanan dlm 5jam ,stop di kedai makan malam & sambung perjalanan.
2200: Check in Saputra View Bromo Guest House

Day 2 : BROMO

0230: Naik jeep untuk ke Bromo

  • penanjakan view bromo
  • kawah bromo
  • bukit teletubies
  • pasir berbisik
    *Ke kawah bromo boleh naik kuda dari parking jeep then parking kuda naik tangga kawah bromo. (Harga 150k)

Gerak ke hotel mandi & Lunch

Checkout ke Banyuwangi (Perjalanan 7jam)

Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 3
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku
Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 4
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku
Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 5
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku

Day 3 : KAWAH IJEN BLUE FIRE

02.30: Start hiking , panjang track dalam 3km
05.00: Sampai ke puncak. Untuk tengok blue fire kena turun 700m ke kawah . Tapi kami tak turun just tunggu dekat puncak nak tengok sunrise.

*Hiking take time around 2 jam lebih, bergantung kepada fitness masing masing dan track dia mencabar. Mental kena kuat hike dengan cuaca sejuk lagi.

08.00: Back to parking area and directly to the Tumpak Sewu. Ijen ke Tumpak Sewu mengambil masa selama 7 ke 8 jam.

Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 6
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku
Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 7
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku
Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 8
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku

Day 4 : TUMPAK SEWU WATERFALL

06.00: Start trekking dan visit Tumpak Sewu.
09.00: Back to homestay
11.30: Checkout dan gerak ke Malang
14.00: Ke Kampung Warna Warni Jodipan
15.30: Gerak ke Batu & Dinner
21.30: Checkin Capital O 892 Grand Pujon View Hotel & Resort

Day 5

06.30: Checkout ke Sawah Pujon Kidul & Rumah kayu
13.00: Sampai airport surabaya

BYE BYE SURABAYA

Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 9
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku
Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 10
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku
Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 11
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku

KOS

Ticket flight AA KUL- Surabaya – KUL
RM197.00 (return)
Rate 1juta Rm297
Tukar 2juta Rm594

TOTAL SEMUA : BELOW RM1300
Pakage termasuk transportations,supir, guider,jeep, entrance ticket
For inquiry boleh ws Mas Lutfi Hendra
+62 815-1598-8585

TIPS KE BROMO

  1. kalau nak hiking, better pergi bromo dulu baru ijen. Ijen lagi extreme.
  2. Suhu masa saya pergi tu bawah 10 degree, memang sejuk sangat Kena pakai baju tebal sikit.
  3. Dekat ijen, make sure korang sentiasa pakai mask, sebab ada asap sulfur.
  4. Harga pakej boleh dapat lagi murah kalau team korang ramai.
Rugi Kalau Tak Habiskan 5H4M Anda Di Surabaya Ke Tempat Menarik Ini! 12
Kredit Foto: Facebook Amirah Tunku

Sumber: Facebook Amirah Tunku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *