Nusa Penida Dan Flores Di Indonesia Kombinasi Terbaik Untuk Yang Sukakan Alam Semulajadi

Nusa Penida Dan Flores Di Indonesia Kombinasi Terbaik Untuk Yang Sukakan Alam Semulajadi 1

Indonesia memang terkenal sebagai destinasi percutian terutamanya kepada rakyat Malaysia yang mencari percutian kos rendah. Jika anda bernasib baik dan pandai merancang, kemungkinan kos ke Indonesia seperti Bali, Jogjakarta atau Lombok tak lebih daripada RM700 seorang. Jika nak dibandingkan dengan bercuti ke Eropah, dengan RM700 tiket pun belum tentu dapat.

Selain daripada kos yang murah, Indonesia sememangnya mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Anda boleh pilih destinasi mengikut mood percutian anda. Adakah anda suka membeli belah? mendaki? sukakan pantai? pilih sahaja, pasti ada sahaja tempatnya.

Jika anda pernah ke Bali dan Nusa Penida, pasti anda ialah seorang yang sukakan permandangan alam semula jadi. Bentuk muka bumi berbukit bukau dan tebing tepi pantai yang cantik serta lautnya yang biru memang memberi kepuasan hati.

Tapi sebenarnya belum lengkap jika anda tidak lebarkan destinasi anda ke kepulauan Flores. Flores sebenarnya sebuah kumpulan kepulauan timur Nusa Tenggara Indonesia. Pulau Komodo dan Pulau Padar juga termasuk didalam daerah ini. Untuk ke sini anda perlu menaiki penerbangan ke Labuan Bajo kemudian menaiki bot atau kapal layar untuk ke pulau-pulau sekitarnya.

Apa yang paling menarik yang boleh anda lakukan di Flores ialah berlayar. Seorang gadis bernama Nur Aina berkongsi itinerari beliau dan rakannya ke Bali, Nusa Penida dan Flores di Facebook beliau. Aktiviti di Flores sangat menarik dan jika anda inginkan kelainan dalam percutian anda, anda patut ke Flores. Jom baca itinerari beliau di bawah.

Nusa Penida Dan Flores Di Indonesia Kombinasi Terbaik Untuk Yang Sukakan Alam Semulajadi 2
Kredit Foto: Facebook Nur Aina

Trip 9D8N Bali – Flores, 9-17 April 2019

Kami di Bali hanya 3 hari 2 malam sahaja. Lepas tu berlayar selama 3 hari 2 malam di Flores dan 2 hari 1 malam di Waerebo Village. Tour guide di Bali Mamad Syukrin service bagus. Cakap sahaja nak ke mana dia akan bawa. Sangat peramah orangnya. Hotel dan makan terbaik. Servis supir termasuk ambik kami dekat airport semasa balik dari Flores dengan percuma.

Flores sangat cantik, rasa tak puas sailing. Air dia memang cantik dan sangat jernih. Boleh nampak coral walaipun pada laut dalam. Sailing memang terbaik. Saya ikut open trip dan nasib kami baik sebab ade 8 org je dalam 1 boat. Bilik selesa dan berhawa dingin. Makan minum cukup dan sedap. Guide di Flores, Imam Rahman memang terbaik. Servicenya sangat bagus. Suka buat lawak dan bila malam suka ajak main kad truth or dare. Nasib tak dpt yang kena cium ketiak member. Rajin ambilkan gambar dan video kitorang dengan drone. Krew-krew boat pun sangat baik dan menjaga kami semasa snorkeling. Trip yang sangat relaks dan santai. Sila pakai sunblock, kalau tak rentung la jawabnya sebab kat sana sangat panas.

ITINERARI

Day 1 : Bali

  • Flight KL – Bali
  • Sunset at Uluwatu Temple
  • Kecak Dance
  • Dinner at Jimbaran

Day 2 : Bali

  • Pura lempuyang
  • Tirta gangga (water palace)
  • Tukad cepung waterfall
  • Desa wisata penglipuran
  • Monumen Bajra Sandhi
  • Sunset at Kuta beach

Day 3 : Nusa Penida (Half day)

  • Angel billabong
  • Broken beach
  • Kelingking beach
  • Paluang cliff
  • Crystal bay
Nusa Penida Dan Flores Di Indonesia Kombinasi Terbaik Untuk Yang Sukakan Alam Semulajadi 3
Kredit Foto: Facebook Nur Aina
Nusa Penida Dan Flores Di Indonesia Kombinasi Terbaik Untuk Yang Sukakan Alam Semulajadi 4
Kredit Foto: Facebook Nur Aina

Day 4 : Flores

  • Flight Bali – Labuan Bajo
  • Start sailing 3 hari 2 malam
  • Kelor Island
  • Menjerite Island
  • Sunset at Kalong Island

Day 5 : Flores

  • Padar Island
  • Pink Beach
  • Komodo National Park
  • Manta point
  • Taka Makassar

Day 6 : Flores

  • Sebayur Island
  • Kanawa Island
  • Back to Labuan Bajo
Nusa Penida Dan Flores Di Indonesia Kombinasi Terbaik Untuk Yang Sukakan Alam Semulajadi 5
Kredit Foto: Facebook Nur Aina
Nusa Penida Dan Flores Di Indonesia Kombinasi Terbaik Untuk Yang Sukakan Alam Semulajadi 6
Kredit Foto: Facebook Nur Aina
Nusa Penida Dan Flores Di Indonesia Kombinasi Terbaik Untuk Yang Sukakan Alam Semulajadi 7
Kredit Foto: Facebook Nur Aina

Day 7 – 8 : Labuan Bajo

  • Waerebo Village.

    Nak ke sini perlu memandu ke Denge Village selama 6 – 7 jam dari Labuan Bajo. Jalan berliku-liku macam ular, jalan kecil dan sempit, naik turun bukit dan jalan ada yang tak rata. Tapi view sepanjang jalan cantik, padi, bukit bukau dan laut. Sampai Denge Village perlu naik ojek dalam 10 minit untuk sampai ke tempat trekking.

    Trekking 2 jam untuk sampai ke Waerebo Village. Trekking tak susah sangat cuma trek banyak naik bukit. Kacang je bagi org yang suka hiking.. Bagi yang tak fit macam saya ni semput juga la bila naik.

    Bermalam di rumah orang tempatan. Esok pagi lepas breakfast start trekking turun dan balik ke Labuan Bajo.

Day 9

  • Flight Labuan bajo – Bali
  • Shopping souvenir
  • Flight Bali – KL
Nusa Penida Dan Flores Di Indonesia Kombinasi Terbaik Untuk Yang Sukakan Alam Semulajadi 8
Kredit Foto: Facebook Nur Aina
Nusa Penida Dan Flores Di Indonesia Kombinasi Terbaik Untuk Yang Sukakan Alam Semulajadi 9
Kredit Foto: Facebook Nur Aina

TIPS

1. Sila beli tiket penerbangan ke Labuan Bajo awal kerana tiket domestic memang mahal. Jika boleh beli tiket syarikat penerbangan Nam Air, Sriwijaya atau Garuda Air sebab ada bagasi percuma. Wings Air tak sediakan bagasi percuma dan harga bagasi lagi mahal daripada Air Asia.
2. Selfie stick TIDAK dibenarkan hand carry ya di Bali dan Labuan Bajo. Perlu check in luggage.

Sumber: Facebook Nur Aina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *