12 Tempat Menarik Di Dalat Vietnam. Peminat ‘Nature’ Pasti Suka Ini!

Terletak di selatan Vietnam, Dalat yang juga dikenali sebagai Bandar Musim Bunga Abadi ataupun “The City of Eternal Spring”. Kawasan-kawasan di Dalat terkenal dengan tasik yang cantik, taman bunga, hutan yang subur dan bandar bukit yang terkenal, jadi jika anda suka trekking, ini juga boleh dijadikan lokasi percutian anda.

Disebabkan kedudukan bandarnya di atas bukit yang dulunya pernah menjadi stesen utama semasa zaman kolonial Perancis, menjadikan lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai untuk datang ke sini mencari cuaca sejuk. Kesannya terlihat daripada senibina Perancis di seluruh bandar di Dalat.

Pembukaan Laluan Penerbangan Baru Ke Dalat Oleh AirAsia

Pasti ramai yang sudah mendengar berita akan pembukaan laluan baru ke satu lagi daerah di Vietnam iaitu Dalat dari Kuala Lumpur. Laluan baru ini bakal bermula pada 20 Disember 2019 dan laluan akan dibuka empat kali seminggu.

Sempena pembukaan laluan baru ini, AirAsia menawarkan promosi serendah RM99 (semua tambang adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja) bermula sekarang sehingga 29 September 2019 untuk perjalanan dari 20 Disember , 2019, hingga 27 Mac, 2020.

Semestinya laluan ini membantu pelancong terutamanya dari Malaysia kerana tidak perlu lagi memandu tiga jam dari Nha Trang atau lima jam dari Ho Chi Minh City untuk sampai ke bandar ini.

Musim Sesuai Untuk Lawat Dalat

Musim sejuk (Oktober – Disember)
Cuaca sejuk dan kering, dan taman-taman bunga penuh sesak pada masa ini tahun ini. Jalan gunung ke Dalat akan ditutup dengan bunga matahari kuning.

Spring (Januari – Mac)
Suhu boleh menjadi agak sejuk, terutamanya pada Januari. Semua bunga, termasuk bunga ceri, akan menjadi mekar penuh.

Musim panas (April – Jun)
Cuaca lebih panas, hujan berlaku sangat jarang sekali.

Musim luruh (Julai – September)
Ini adalah masa yang paling lembab, dengan musim hujan membawa hujan lebat dan hujan yang lama boleh berlaku.

Jadi apa yang menariknya sehinggakan AirAsia membuka laluan baru ke Dalat ini?

12 Tempat Menarik Di Dalat, Vietnam

1 – Datanla Waterfalls

Air Terjun Datanla adalah salah satu air terjun yang terkenal di Dalat. Selain daripada berjalan di sebelah sepanjang air terjun sambil menikmati suasana dingin di sini, anda juga boleh mencuba satu aktiviti yang eksrem yang ada di sini iaitu sebuah roller coaster kecil yang akan membawa anda dari puncak jatuh ke kolam yang bersih di bawah.

Kredit Foto: Justgola
Kredit Foto: Dalat Private Tour

2 – Ho Than Tho

Dikenali juga sebagai Lake of Sights, ia dinamakan sempena beberapa kisah sedih disebalik tasik ini. Ia pada asalnya merupakan tasik semula jadi tetapi diperbesar oleh Perancis sebagai empangan. Lake of Sighs merupakan destinasi popular untuk orang Vietnam, terutama pasangan muda mudi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah berkayak dan berkayuh bot angsa. Terdapat kuda dan kereta kuda yang disewa juga.

Kredit Foto: Vietnam Travel

3 – Dalat Flowers Garden

Dalat Flower Gardens merangkumi sekitar 7,000 meter persegi dan mempunyai lebih daripada 300 jenis bunga yang dipamerkan. Antara tanaman yang popular ialah kaktus gergasi, orkid, bunga mawar, mimosa, dan hidrangea. Jika anda mahu melihat taman-taman ini berbunga dan mekar cantik, cuba melawat pada musim panas.

Kredit Foto: Dalat Day Tour

4 – Crazy House

Salah satu tarikan yang paling menarik di Dalat ialah Crazy House. Nama sebenar rumah ini ialah Hang Nga Guest House dan Galeri Seni. Ianya dikenali sebagai Crazy House disebabkan oleh reka bentuknya menyerupai pokok. Ianya dibina pada tahun 1990 oleh Dang Viet Nga yang merupakan arkitek terkenal Vietnam. Bilik-bilik di dalamnya semuanya dibina dengan tema yang berbeza. Anda boleh bergambar dengan bangunan ini walaupun anda tidak menginap di sini.

Kredit Foto: Rakesh Kesha

5 – Elephant Falls

Elephant Falls sebenarnya mempunyai nama lain iaitu Air Terjun Lieng Rewoa. Lieng Rewoa sebenarnya bermaksud Gajah Falls dalam bahasa etnik K’ho setempat. Jika anda seorang peminat aktiviti ‘jungle trekking’, ini adalah destinasi yang perlu anda terokai.

Kredit Foto: See Outside

6 – Pongour Falls

Pongour Falls merupakan air terjun berketinggian 20 meter dan 100 meter lebar pada musim hujan. Bentuk batuan yang terjadi daripada air terjun ini sangat unik dan kepuasan pasti terpancar semasa tiba di air terjun ini setelah meredah hutan.

Kredit Foto: Vietnam Travel

7 – Valley of Love

Valley is Love merupakan sebuah taman tema yang sering dikunjungi oleh pasangan kekasih di Vietnam. Taman ini terletak di tengah-tengah bukit dan belakangi tasik. Antara aktiviti yang boleh dibuat disini ialah berpakaian seperti koboi dan anda juga boleh menunggang kuda dan menaiki bot pedal berbentuk angsa di tasik.

Kredit Foto: Day Trip Vietnam

8 – Prenn Falls

Air terjun Prenn adalah salah satu tempat tarikan premium di Dalat. Air terjun ini berketinggian 10 meter. Untuk ke air terjun ini ada boleh berjalan kaki di belakang air terju atau menggunakan kereta kabel. Jika anda bercadang untuk ke sini, pastikan anda merancang dahulu kerana kawasan ini sangat sibuk terutamanya ketika hujung minggu dan cuti umum.

Kredit Foto: Trip Tour VIetnam

9 – Dalat Market

Jika anda mencari makanan tempatan yang murah dan meriah pada waktu siang, anda boleh pergi ke Cho Dalat. Dibina pada tahun 1960, ia terdiri daripada lebih daripada 1,000 kedai di beberapa bangunan berbilang tingkat. Anda boleh membeli belah di sini atau pun di jalan Nguyen Thi Minh Khai Street. Selain daripada membeli belah, anda boleh bersarapan makanan menu tempatan di gerai-gerai yang dibuka disini di waktu pagi. Pada belah malam pula, anda boleh membeli belah di Dalat Night Market.

Kredit Foto: Stephen J Mason

10 – Muzium Lam Dong

Anda peminat sejarah dan sukakan info dan fakta? inilah lokasi untuk anda. Di Muzium Lam Dong ini anda boleh pelajari sejarah alam semula jadi dan pelbagai jenis binatang ternakan seperti kucing liar serta gambar-gambar orang asli dari kawasan ini. Anda akan menemui galeri yang didedikasikan untuk orang Ma, Churu dan K’Ho dan boleh menikmati koleksi pakaian tradisional, alat muzik dan kepingan upacara. Mereka juga mempunyai barangan antik tandatangan seperti gambang batu yang diperbuat daripada batu yang dikatakan berusia 3,000 tahun.

Kredit Foto: Dalat Day Tours

11 – Xuan Huong Lake

Tasik Xuan Hong merupakan tasik buatan manusia. Tasik ini mempunyai banyak tumbuhan dan pokok berbunga yang cantik. Di sepanjang tepi tasik terdapat restoran, kafe, kedai, rumah penginapan dan pelbagai lagi. Antara aktiviti yang boleh dibuat di sini ialah berkelah, berbasikal dan berjoging, menaiki kereta kuda dan berkayak.

Kredit Foto: Dalat Day Tours

12 – Bidoup Niu Ba National Park

Taman Negara Bidoup Niu Ba adalah sebahagian daripada kawasan hutan yang tinggi di dataran tinggi di atas Dalat. Dikatakan ketinggian kawasan ini ialah sekitar 650 hingga 2,288 meter. Taman ini dipenuhi dengan kebun buluh. Masyarakat tempatan di sini menyediakan servis membawa pelancong berjalan sekitar hutan melihat flora dan fauna kawasan ini. Anda boleh berkhemah di sini jika berhasrat. Selain itu anda boleh mempelajari sejarah dan budaya kaum K’Ho Hill.

Kredit Foto: Me Trip

This website uses cookies.