Lokasi, Makanan Dan Ole-Ole Di Cameron Highlands Yang Menarik. Terbaik Dari Ladang!

Cameron Highlands sememangnya menjadi tarikan disebabkan cuacanya yang dingin dan damai. Kawasan berkabus terutamanya di waktu pagi membuatkan sesiapa yang mengujungi Cameron Highlands seakan-akan berada di Eropah.

Bila sebut Cameron Highlands mesti ingai kebun teh dan buah strawberi kan? Keduanya ini memang sinonim sebagai tarikan bila sesuatu kawasan tersebut berada di tempat tinggi dan dingin. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang menarik untuk terokai di Cameron Highlands.

Seorang lelaki bernama Syafiq Syakir berkongsi di Facebook beliau lokasi, makanan dan ole-ole di Cameron Highlands yang menarik. Tempat-tempat yang dikongsi beliau mungkin masih ramai yang belum tahu. Jadi untuk sesiapa yang bercadang untuk ke Cameron Highlands boleh lah tempat di bawab ini.

Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri

Tempat Tarikan Utama : Ladang Teh

Semestinya tempat paling popular ialah ladang teh. Tak ke Cameron Highlands lah kalau tidak singgah di ladang teh. Ada empat tempat yang anda boleh singgah seperti di bawah.

  1. Bharat Valley Tea House
  2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
  3. Ladang Teh Boh Sungai Palas
  4. Boh Tea Garden
    – Masuk Percuma
    – Buka 9.00am- 4.30pm
    – Nikmati tea, cake dan desert
Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri
Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri
Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri

Tempat Tarikan PERCUMA

Siapa tak suka sesuatu benda yang percuma kan? Di Cameron Highlands banyak lokasi percuma yang boleh anda singgah. Dah alang-alang ke Cameron Highlands tu, jangan lupa singgah ke sini. Percuma sahaja.

1 – YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
Waktu operasi (8.30 pagi – 6 ptg)

2 – KHM Strawberry and Jem
Waktu operasi (8.30 pagi – 6 ptg)

3 – Cactus point
Waktu operasi (9 pagi – 6 ptg)

4 – Big Red Strawberry Farm
Waktu operasi (8 pagi – 6 ptg)

5 – Ladang Lebah
Waktu operasi (8 pagi – 7 mlm)

6 – Ladang Anggur Bertam Valley
Waktu operasi (9 pagi – 5 ptg)

7 – Kea Farm
Waktu operasi (8.30 pagi – 6 ptg)

8 – Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
Waktu operasi (4 ptg sehingga tutup)

Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri
Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri

Tempat Tarikan BERBAYAR

Selain tempat percuma di atas, ada juga beberapa tempat yang berbayar. Dan pastinya berbaloi untuk singgah walaupun berbayar.

1.Taman Agroteknologi MARDI
Caj: Dewasa RM5, Kids RM3
Waktu operasi (8.45 pagi – 5 ptg)

2. Lavender Garden
Caj: Dewasa RM10, Kids RM7
Waktu operasi (9 pagi – 6 ptg)

3. Butterfly Garden
Caj: Dewasa RM7, Kids RM5
Waktu operasi (9 pagi – 6 ptg)

4. Orkid and Rose Garden
Caj: Dewasa RM8, Kids RM6
Waktu operasi (9 pagi – 6 ptg)

Makanan Yang Korang Kena Cuba!

  1. Aiskrim Malaysia Strawberry
  2. Aiskrim Strawberry
  3. Scone
  4. Strawberry coklat
  5. Nasi Lemak Sambal strawberry
  6. Sayuran goreng
  7. Steamboat cheese highlands
  8. Jagung mutiara rebus
  9. Ubi rebus
Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri
Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri
Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri

Restoran Steamboat. Kena Singgah Sini!

1.Highland Steamboat Cheese
dewasa-RM 35
kanak2- RM 20
(5 ptg – 12 mlm)

2. The Stone Valley Steamboat
dewasa – RM 35
kanak2- RM 18
(5 ptg – 12 mlm)

Ole-Ole Sebagai Kenangan

  1. Strawberry
  2. Jambu epal (merah dan hijau)
  3. Sayuran segar (10 sayur RM10)
  4. Buah-buahan Kering
  5. Coklat buah-buahan
  6. Kordial buah-buahan
Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri
Kredit Foto: Facebook Syafiq Syakri

Kredit : Facebook Syafiq Syakri

This website uses cookies.