PDRM Kongsi 6 Panduan Elak Kecurian Di Dalam Kapal Terbang

PDRM Kongsi 6 Panduan Elak Kecurian Di Dalam Kapal Terbang 1

Kes kecurian di dalam kapal terbang semakin berleluasa. Kes terbaru berlaku di Malaysia di mana seorang penumpang bernama Faiz Mokhtar bersama rakannya beraya mencekup seorang lelaki ketika sedang mencuri di dalam kapal terbang.

Kes yang berlaku pada penerbangan MH071 di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam itu bagaimanapun dapat dihidu akibat daripada perbuatan yang mencurigakan oleh pencuri itu.

Pencuri terbabit dikatakan mencuri barang peribadi milik penumpang lain itu apabila sedang mengambil begnya yang disimpan di ruang atas tempat duduk.

Perbuatan lelaki itu akhirnya dimaklumkan kepada kru penerbangan yang kemudian membuat panggilan bantuan kepada pihak keselamatan lapangan terbang dan polis Vietnam.

Malaysia Airlines (MAS) yang mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kru penerbangan pesawat berkenaan turut membuat laporan polis kepada pihak berkuasa Vietnam.

PDRM Kongsi 6 Panduan Elak Kecurian Di Dalam Kapal Terbang 2
Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: New Straights Times

Pencuri Adalah Sindiket Yang Beroperasi Di China, Hong Kong Dan Vietnam

Berkongsi di Facebook, PDRM menyatakan bahawa kes kecurian ini dipercayai dilakukan oleh sindiket yang beroperasi di China, Hong Kong dan Vietnam. Ramai penumpang melaporkan kehilangan barang peribadi yang diletakkan di tempat simpanan bagasi kabin ketika penerbangan.

Dilihat ahli sindiket ini menyasarkan penumpang yang leka atau sedang tidur sebelum mengambil beg yang disimpan di ruang atas tempat duduk mangsa ke tempat mereka.

Rentatan daripada kes ini, pihak polis berkongsi 6 panduan elak kecurian di dalam kapal terbang.

6 Panduan Elak Kecurian Di Dalam Kapal Terbang

1 – Simpan Barangan Berharga Di Ruang Hadapan Kerusi

Penumpang disarankan menyimpan barangan berharga di ruang hadapan kerusi supaya lebih selamat dan sentiasa dalam perhatian anda.

2 – Peka Dengan Keadaan Sekeliling

Jangan terlalu ambil mudah dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Ambil kisah jika anda mengesyaksi sesuati yang mencurigakan.

3 – Pastikan Bagasi Dalam Keadaan Berkunci

Pastikan beg yang dibawa berkunci dan memiliki ciri yang mudah dikenal pasti seperti warna, bentuk dan tag nama.

4 – Simpan Wang & Kad Kredit Di Dalam Beg Berasingan

Penumpang disarankan menyimpan wang dan kredit kad yang dibawa di dalam beg yang berasingan. Ini kerana wang adalah sasaran mereka.

5 – Simpan Bagasi Bertentangan Dengan Tempat Duduk

Jika menyimpan bagasi anda diruang atas tempat duduk, letakkan secara bertentangan atau dihadapan anda agar mudah diperhati.

6 – Laporkan Sebarang Aktiviti Mencurigakan Kepada Kru Pesawat

Jika anda terlihat sesuatu yang mencurigakan atau mengesyaki individu seperti kes di atas, laporkan kepada kru pesawat supaya kru pesawat dapat membuat pemantauan dan memastikan adakah ianya betul kes kecurian atas tidak.

PDRM Kongsi 6 Panduan Elak Kecurian Di Dalam Kapal Terbang 3
Gambar sekadar hiasan. Kredit Foto: Fajar

Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *