Gadis Melayu Kena Ngorat Dan Diajak Kahwin Oleh ‘Mat Saleh’ Ketika Travel. Romantik Betul!

Gadis Melayu Kena Ngorat Dan Diajak Kahwin Oleh 'Mat Saleh' Ketika Travel. Romantik Betul! 1

Bila travel ke luar negara apa yang difikirkan di otak anda mesti nak berseronok menikmati budaya dan alam semula jadi di tempat orang kan. Setiap hari pastikan sudah ada perancangan masing-masing destinasi ke mana hendak dituju.

Tak semua perancangan menjadi betul? Ada kes yang sedang bercuti tiba-tiba dirompak, ada yang jatuh sakit, ada yang hilang barang dan macam-macam lagi. Semua itu adalah dugaan ketika bercuti.

Tapi kes kali ini sangat jarang berlaku. Apa yang jarangnya? pernah tak anda dingorat ketika sedang bercuti? ini bukan mengorat untuk ambil kesempatan. Tapi nampak nya gadis ini di ngorat dan di ajak kahwin.

Fuh bukan biasa-biasa bila niat nak travel nak berseronok bertukar jadi kisah romantik pula. Gadis bernama Alya Alyani ini kongsikan pengalaman di ngorat dan di ajak kahwin ketika bercuti di Jerman, Eropah. Romantik betul ‘mat saleh’ ni.

Gadis Melayu Kena Ngorat Dan Diajak Kahwin Oleh 'Mat Saleh' Ketika Travel. Romantik Betul! 2
Kredit Foto: Facebook Alya Alyani

Here my story:-

When I plan to visit Munich during my Solo Europe Trip last year, since memang tak ada itinerary bagai, I memang have zero knowledge on this city (semua negara aku singgah pun aku tak baca ape actually. Hahaha) sebab dasar pemalas nak google or making any preparation. Maka, bila singgah Munich tak plan dan tak baca or even persediaan apa-apa, sampai sahaja, tengok-tengok time tu depa punya pre-spring festival (ala-ala pre october fest la – mid/end of April kalau tak silap time tu). So, hostel, hotel semua harga mencanak and full (aku sampai malam minggu). Festival tu berlangsung 2 minggu dan sabtu atau ahad tu kira 2nd day dia rasanya.

Patut la pelik sebab ramai gila orang dekat bus station pakai baju traditional semua. Sebab blur and penat nak mati taking flix bus after 7 to 8 hours dari Frankfurt, ingat nak stay bus station atau train station je mlm tu tapi time tu tanya local semua tak galakkan sebab safety punya reason, depa suh tido kat Airport lagi better.

Maka berkelana la heret beg 17kg atas belakang & 7kg pikul depan pergi airport. Sumpah emosi fizikal rabak dengan penat letih tak mandi bagai tapi Alhamdulillah, sampai Munich Airport check tanya ada surau. Lepak tido sana dalam 2 ke 3jam dan pagi tu pukul 7am heading to city back nak carik hostel kosong or murah.

Tengah tingtong (dengan tak cukup tido, penat, tak mandi semua) masa nak naik train, duk fikir tiket train kena validate before naik ke tak, sebab sebelum ni pernah almost kena saman kat polis depa tak validate tiket sebab tak tahu ( kahkah..jangan tiru weh perangai ni, sumpah cuak gila nasib baik lepas sebab beritahu first timer dan tak tahu, kalau tak tak fasal €60 melayang). Tengah pinga-pinga tu, terbuat eye contact dengan sorang mamat ni, pastu elok dia nk tolong, kita ni macam mengantuk disorong bantal la kan, lagi-lagi tak paham haram jadah tiket bahasa jerman. So, mintak tolong dia, cakap thank you dan masuk train,duduk.

Elok train nak gerak dan kita regangkan tali beg yang dipikul, tiba-tiba that mamat datang depan, sapa. Dan mintak permission if he can seat in front of me (train macam ERL, ada kerusi yang menghadap), tak kan nak cakap no kan sebab bukan kereta api aku pun, so, senyum je dan angguk. Elok nak layan blues sorang-sorang, dia ajak borak dan tanya dari mana semua. Selepas itu sebabkan dia tak kenal malaysia., konon la cheq ni nak jadi friendly, explain la sikit sebanyak sebagai duta kecil negara.

Masa sampai stesen aku nak kena turun, dia mintak no hp. Since aku pakai no UK time tu, sebab tengah tour europe (Germany negara ke 5) So, bagilah, konon aku balik Malaysia yahoo dah tak perlu fikir. Haha.. ingat habis dah cerita dia.

Alkisah a day after that day.. nak keluar dari hostel, dia call tanya kat mana, so, mention la heading to city. Dia cakap boleh tak nak meet up n had breakfast together. aku pulak time tu memang tak ada plan sebab ingat nak jalan-jalan dekat city je So, I said why not. Innocent lagi time ni. Yela kan, orang offer hospitality elok, kita layan elok la. Courtesy orang panggil. Tanya la dia nak meet up dekat mana since aku still depan hostel.

Pastu tiba-tiba tak sampai 2 minit dia muncul depan hostel. So, I was like, okay..satu perangai aku kalau solo ni, selagi hati tak rasa pelik dan bukan-bukan, I always believe I will be okay. Sebab aku ni jenis ada penyakit pengsan merata, so, kalau instinct cakap jangan, I better not. Tapi selagi instinct tak bagi hint tak sedap hati ke apa, tak rasa berdebar pelik ke apa memang aku akan follow my instinct lah. So, I cakap, okaylah, can. Tapi by noon, i nak balik ke city. So, dia setuju. Then, we heading to castle yang I nak pergi..then tiba-tiba dia tanya, boleh tak dia nak singgah rumah abang dia. I was like… why?

Dia cakap ada hal jap.

Masa tu dah rasa tak sedap hati tapi instinct tak kuat mana on negative vibe, so tawakal dulu. Tapi otak drama la juga, terfikir kalau kena kidnap ni, perlu ke aku mati kat German, mesti payah nak bawa balik mayat la apa la. Kesian weh mak aku kena bayar banyak weh… Yeah.. drama queen is normal la kan. Hahahahha

Sampai rumah abg dia, aku stay dalam keta. Dia tanya tak nak turun ke? I was like.. *Dalam hati why the hell I need to turun pulak* dalam hati kutuk diri sendiri sebab berani terima offer orang tak kenal kan. Tak tau why Allah gerakkan hati nak ikut je dia. Nak kata kena manderem ke apa, mmg tak la, dah baca doa semua.

Skali dia ajak pergi belakang courtyard…

Then..

2minit lepas tu…

Hulurkan aku bungaaaaaaa …

Yang dia petik!!!!

And I was…

Kedip kedip mata… sebab fikir apa yang terjadi sebenarnya…hahhahahahahha

Ya ampun…

Oh Em ji…

Yeah, I used to get flowers, on my birthday and graduation tapi basically of course la dari family dan close friends je…

Ni pula tiba-tiba….

Pastu dapat plak confession:

“I like you Alya, it’s kinda a love at a first sight… “

Krik… krik… krik..

Rules No 1.
I’m not a Romantic Person. So, memang jenis tak reti nak response kalau event mengejut macam ni. Pernah 2 kali kena confess before, Tapi I tau rules, jangan tolak secara kasar dan stuff, sbb lelaki kan ada ego dia tang tu. Plus, again, I’m also not even a hopeless romantic Haha. I only tell i love you to my family members and close friends. Dekat stranger normally hanya i like u je lah tu pun atas dasar friendship.

Rules No 2.
I don;t do Couple or Cheesy friendship. Sumpah aku tak boleh nak macam-macam ini. Perut rasa geli macam nak muntah, jari rasa cringe pastu feeling nk sepak terajang orang.. I bukan ayu.. I juga tak sopan santun, tapi mungkin lebih pada sopan setan. haha

Rules No 3.
I don’t flirt when I say hi to stranger. No, it is not. It’s mean I’m being friendly and I normally turn out so talkative with strangers. Tapi kalau siapa yang kenal aku, memang aku ada masa jenis observant and cakap bila perlu je. Kate mudah, I’m bukan a seducer.

Rules No 4.
I try to be honest and try not hurting people’s heart. Ini memang tak boleh elak, sebab to me, u need to treat people good for the first time impression. Cannot be rude, be polite, ask nicely.. that kind of style my late Ayahanda ajar. Jangan buat orang regardless orang buat kita… itu pesan arwah. Sebab dia selalu sebut bila kita mati, langit ke 7 adalah habluminnas- hubungan manusia dan manusia. Jaga hubungan dengan manusia sebab dia effect juga bila u nak masuk syurga. So, I memang akan polite especially orang yang tak kenal kita. Bukan trying to be hipocrit… tapi I was teach that way.

Rules No 5.
I don’t believe in love at a first sight. Sebab to me, orang yang tengak sekali dan terus jatuh cinta ni, actually dia nampak the outer layer je.. yakni appearance. So, automatik boleh kata, sebab dia rasa kau cun ke handsome ke apa ke, walhal tak kenal lagi perangai kau macam mana, bagaimana nak sayang…dan ingat, sayang ni kena pupuk dan letak baja. Dari both parties… bukan hidup makan puji rupa kau je tau!

Nak undur masa time tu dah tak boleh, so awkwardly I was like..

“owh Thank you for telling me…and express your feeling….”

Krik krik krik lagi sekali dan letak bunga atas dashboard. hhahahahhahaa.

Ya Allah sumpah… time tu rasa nak bertukar jadi semut.

Dia tanya: “u don’t like flower? “

I was like: “oh just okay with it, I love purple, but yeahhh ( tak tau bunga ape dia bagi tapi warna purple and purple is one of my favourite colour, so, aci lah 10 point given sebab teka dia betul) I like chocolate more”. Haaaa, gitchew.

Kita jawab slow-slow… sambil senyum skit.

Tak menjawab pun lagi dia express feeling sebab tunggu nk susun ayat. Haha..

Sbb satu rules I pegang bila I kawan ngan lelaki (I have bff laki kawan lebih dr 15 tahun) .Never ever forever, cepat PERASAN depa SUKA u bila depa puji or offer u anything. Kata kunci kawan dengan boys atau guys: JANGAN PERASAN. Itu je nasihat aku. Aku boleh cakap berdasarkan pengalaman 33 tahun aku ni hidup kat dunia ni plus sebab ada adik adik kembar lelaki. 

Lagi satu,kena clear. Lelaki ni dia tak perlu nak cakap berkias, kalau kau nak kat dia, kau cakap kau nak, kalau kau tak nak, kau cakap tak nak. Macam gitchew. Senang. Cakap berbelit-belit.. bukan ke mana pun. I pula jenis realistik. Betul, boleh je try and overcome all the obstacles cinta antara benua semua, Tapi bab nikah kahwin ni to me, amanah Allah beri bawah maksud nikah kahwin ni berat. Even ada garis panduan kalau kita ni perempuan dan bakal suami mualaf, kena tengok betul-betul sebab dari segi islamnya banyak perspective kita kena check dari segi ilmu, dari segi kekuatan kita nak ajar dia bab islam…banyak la. Sama je kot kalau vise versa. Tapi aku ingat aku ada baca somewhere.

Tapi penting kita cakap elok-elok la, tak boleh kasar-kasar. Nak tolak orang ni kena cakap elok-elok… berhikmah kata orang. tapi ada je manusia jenis cakap elok elok pun dia balas buruk dekat kau.. Tapi aku selalu pegang cakap Ayahanda aku, orang baling taik dekat kita, kita bagi dia bunga, sebab dekat situ Allah nak ajar kita maksud sabar & sabar itu maksud dia Redha dari kemarahan. So, yeahhh…

Then kami sambung journey nak pergi castle tu, aku dah awkward kan, so, terus jadi pendiam. Hahaha.

Tiba-tiba dia mention, boleh tak nanti breakfast makan makanan dia bawa je dalam backpack dia…

Again, I was like what!…

Okay okay.. orang italy, orang italy.. aku faham, sebab aku banyak baca novel orang putih, mereka memang macam tu, romantik dan anything sewaktu dengannya. Tak boleh nak pertikai sebab itu culture dia. Tak boleh mock around juga sebab memang gens mereka macam tu kan..Romantik.

Tapi to me that day…

Oh my goodness! Ya Allah, aku salah apa tiba-tiba kena handle orang romantik macam tu… bagi ular ke, lipan ke, labah-labah ke, better lah dari kena hadap orang romantik macam ni sebab I just cannot. Rasa nak menangis je kena hadap….

Macam blur 2 minit setengah lepas tu macam tanya, why? We can just have a breakkie in McD and heading to the castle and u can send me to the city after. Dan dia ckp,

“u gonna fly to Slovenia tomorrow right? So, why don’t u eat breakfast that I bring. We can have a picnic at the castle’s park and later let me buy u, a lunch.”

“I dunno u gonna fly out tomorrow, if not we can have a breakfast in Rome and strolling the city and had lunch or later at night come back to Munich …”

I was like..

What!

Ya Allah, too much geli geli overload, mayday-mayday… I need oxygen I need to breath!!!

Time tu rasa nak nangis dah aku ni… apa dosa ni kena azab macam ni punya skali… Rasa macam mesti aku ada buat mak aku kecil hati sebab tu Allah uji macam tu…

Then cakap dengan dia elok-elok, Thank you semua tu, lepas tu explain satu satu, aku macam mana, tak suka romantik-romantik ni, lepas tu cakap I come here alone, so, I wanna travel solo tu pun dia tanya lagi boleh ke dia ikut pergi Solvenia, time tu rasa macam bagai jatuh ditimpa tangga lepas tu tergolek lepas tu glepar dode dode masuk lumpur lepas tu tersembam dalam longkang lagi… masyaAllah sistur…ya ampun…

Nak distract diri, I tanya dia free sangat kenapa, so, dia mention dia profesional painter (pelukis) and company ke apa entah dan ada beberapa buah airBnB di beberapa buah negara, ( i don’t even check his name. Hahahaha) takut punya fasal… so, flexible hour lah kerja dia.. maknanya dia ada masa la nak bawak aku jalan-jalan…

Ok fine. I met a millionaire ke Billionnaire ke… I dunno for sure. Dia asal Italy tapi menginap di Munich dah few years. Lepas tu otak terus jammed weh. Mesti aku ada buat mak aku kecil hati aku kena azab macam tu…

Lepas lama aku duduk terkedu tu, Kinda a bit shocked pun ye, I cakap.

Macam ni, I don’t do relationship, I’m currently happy being like this. Okay. Later after, u nak belanja lunch, I said ok tapi syarat dia lepas tu promise hantar I balik city kalau tak I memang nekad took a train or bus or hitch hiking whatever lah asal i sampai balik city.

Nasib jenis tak paksa and gentleman, so, we had our lunch… nearby a seaport restaurant tu ada cruise yang bawa orang round or can dining atas kapal la konon-konon…and dia tanya tak nak naik cruise ke?…

Hahahhahahahha…

Hadoiiiiii….

I salute la dia punya usaha.. kira bukan tawakal semata.. Bagus ni macam ni.. kadang kadang experience macam ni kita boleh belajar dan praktis dalam situasi berbeza.. ye dak?

Lepas tolak lagi, masa di restaurant (kami makan di restorant tepi laut tu sebab aku tolak dining dekat atas cruise) pun semua orang dah pandang semacam, pelik kot sebab apa benda minah muslim pakai tudung ni dduuk lunch date dengan orang putih. hahahaha.. ya Allah, time tu memang otak tak tau fikir apa.. makan.. pastu slow-slow kita balik.

Cakap la aku sombong ke apa.. I just cannot. I travel to know myself better. Not trying to find any soulmate ke partner ke apa. Taste still orang melayu bai… kalau kata rezeki foreigner, itu jodoh Allah kasik.. hhahahahahahha. Kita terima jelah..

Lepas habis makan, dia lengah-lengahkan, bawa kereta slow nak mati sampai city dah petang… ciss sungguh tapi at least dia hantar ke city kan, singgah kedai belikan aku choclate. Baik weh mamat ni. Tapi aku just tak boleh…too cheezy cause me brain damaged. Dapat chocolate sebab tadi kan aku cakap better chocolate dari bunga.. haha. Lepas tu rasa nak hilang terus je lepas turun kereta tu. Sampai city, aku warning jangan ikut dan suruh dia balik… sebab dia parking kotak parking dan nak turun skali, aku siap ugut jangan turun, jangan hantar aku… ahahhahah … adoiyaaaa… Turun kereta, I ‘m feel guilty tapi aku tak pusing babai ke apa sebab memang aku cuak nak mati..

Orang cakap, if u meet your soulmate your heart will be flutter tapi dalam dunia aku, to meet your soulmate, your heart need to feel calm and peacefull. Bukan berdebar-debar cuak ke apa. Hahahaha.. kalau berdebar tu bukan maksud kita takut ke apa ke? Sebab selalu aku kalau jumpa hantu, macam tu la aku rasa.haha.

Sekian cerita tak tau lucu ke sadis ke ketika travel…

Apa pendapat anda? Lelaki yang mengorat tu jujur atau ingin mengambil kesempatan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *