Ikon Patung Merlion Di Singapura Bakal Dirobohkan

Ikon Patung Merlion Di Singapura Bakal Dirobohkan 1

Berita ini mungkin mengejutkan kepada ramai orang kerana mungkin ada yang menganggap patung Merlion adalah satu nostalgia bagi mereka. Tetapi itu lah hakikatnya di mana ikon patung Merlion di Singapura bakal dirobohkan tak lama lagi.

Sentosa Merlion merupakan salah satu tempat tarikan pelancong. Rata-rata pelancong terutamanya daripada luar negara yang melancong ke Singapura akan melawati tempat ini dan bergambar bersama patung Merlion sebagai tanda kenangan dan bukti telah menjejaki Singapura.

Menerusi akhbar yang disiarkan pada Jumaat (20 Sept) juga mengumumkan penutup tersebut sebelum operasi terakhir Sentosa Merlion adalah pada 20 Oktober ini dan akan digantikan projek yang lebih mewah dan moden.

Ikon Patung Merlion Di Singapura Bakal Dirobohkan 2
Kredit Foto: Secret Flying

Dikatakan projek Sentosa Sensoryscape yang bernilai 90 juta dollar Singapura bertapak di atas kawasan tersebut. Projek ini adalah salah satu daripada perancangan untuk membangunkan semula industri pelancongan Singapura.

Projek berkenaan akan bermula pada suku keempat tahun ini menurut Sentosa Development Corporation melalui emelnya kepada Business Insider. Namun belum ada rancangan muktamad tentang aktiviti merobohkan Patung Merlion buat masa ini.

Sempena mengingati Patung Merlion yang bakal dirobohkan ini, One Faber menawarkan tiket pada harga promosi kepada pelancong bermula daripada 21 September sehingga ianya ditutup.

Warga warga emas berumur 60 tahun ke atas boleh masuk secara percuma. Kepada yang berminat untuk menempah tiket, anda perlu menempah tiket anda di laman web rasmi.

Selain itu, Sentosa Merlion juga akan menganjurkan edisi khas Sentosa Merlion Magic Lights yang dimainkan empat kali setiap malam iaitu pada pukul 7.45 malam, 8.20 malam, 8.55 malam, dan 9.30 malam.

Terdapat juga aktiviti menarik seperti permainan interaktif, Instagrammable foto spot dan banyak lagi aktiviti bermula dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang bulan.

Sejarah Patung Merlion Bernilai S$ 8 juta

Menurut artikel Sunday Times pada patung Merlion yang terdapat di Singapura, versi makhluk mitos Sentosa dibuat pada tahun 1996 oleh artis Australia, James Martin.

Dengan rekaan 320 skala, jumlah keseluruhan kos pembuatan patung ini bernilai S$ 8 juta. Menariknya jika hari cerah, patung ini boleh kelihatan dari Indonesia menunjuk betapa besarnya rekaan ini.

Patung Merlion ini juga telah terbina dengan 16,000 lampu optik gentian, hidungnya pula boleh mengeluarkan asap. Selain itu, patung ini juga mampu mengeluarkan bunyi yang menderu dan sinar laser dari matanya.

Ikon Patung Merlion Di Singapura Bakal Dirobohkan 3
Kredit Foto: Sara Tickets Tours

Sumber: Business Insider

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *