Malaysia Airlines Bantu Pelanggan Thomas Cook Yang Terkandas Pulang

Malaysia Airlines Bantu Pelanggan Thomas Cook Yang Terkandas Pulang 1

Berita penutup syarikat penerbangan dan pelancongan bukanlah suatu berita yang baru. Walaupun telah beroperasi lama, namun dengan perancangan yang tidak strategik dan tidak mengikut pasaran akan membuatkan syarikat itu jatuh bankrap.

Jika sebelum ini syarikat WOW Air telah pun menutup operasi mereka, situasi ini juga telah berlaku kepada syarikat Thomas Cook. Pada 23 September lalu, rata-rata pelancong dan penumpang pesawat Thomas Cook terkandas di Lapangan Terbang Palma De Mallorca, Sepanyol selepas syarikat itu mengisytiharkan muflis.

Ada juga pelancong tiba terpaksa membayar penginapan dengan wang sendiri selepas dikatakan tempahan yang ditempah melalui Thomas Cook tidak sah.

Malaysia Airlines Bantu Pelanggan Thomas Cook Yang Terkandas Pulang 2
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Biz News

Seorang pesara berumur 70 tahun bernama Marianne Strenger telah datang ke Sepanyol dari Berlin, Jerman bersama anak perempuannya untuk bercuti selama seminggu terpaksa membayar kos penginapan dengan wang sendiri kerana dikatakan tempahannya sebelum ini tiada rekod.

Ada juga yang terpaksa membayar berkali ganda akibat daripada pengisytiharan muflis ini.

“Kami terpaksa membayar harga dua kali ganda untuk menginap di hotel,”

Nils Lichte, 30, yang berasal dari Colngne, Jerman.

Usaha Pulih Gagal

Syarikat Thomas Cook yang diasaskan pada tahun 1841 itu telah beroperasi selama 178 tahun namun gagal mencari jalan penyelesaian untuk menyelamatkannya daripada bankrap.

Dikata sebanyak RM1.04 billion peruntukan diperlukan untuk mengelakkannya daripada bankrap. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan, rundingan yang dibuat antara pemegang kepentingan syarikat dengan pelabur tidak membuahkan hasil.

“Lembaga pengarah merumuskan bahawa ia tidak mempunyai pilihan melainkan mengambil langkah melaksanakan pencairan mandatori berkuat kuasa serta-merta,”

Thomas Cook

Kerajaan Britain Sewa Pesawat Bantu 150,000 Terkandas

Penutupan syarikat Thomas Cook ini sekali gus memerlukan usaha penghantaran pulang terbesar warga Britain ke negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Kerajaan Britain menyatakan telah menyewa sejumlah pesawat untuk membawa pulang kira-kira 600,000 di seluruh dunia termasuk 150,000 orang memohon bantuan kerajaan untuk pulang ke Britain. Bantuan ini akan dilakukan tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Hilang Pekerjaan

Akibat daripada pengisytiharan bankrap ini, seramai 22,000 kakitangan firma berkenaan di seluruh dunia termasuk 9,000 di Britain telah pun hilang pekerjaan.

Malaysia Airlines Bantu Pelanggan Thomas Cook Yang Terkandas Pulang 3
Sumber foto: Kosmo

Sejarah Kegemilangan

Untuk rekod, syarikat Thomas Cook adalah syarikat yang terawal menyediakan pakej percutian iaitu pada tahun 1841.

Bermula dengan tawaran percutian dengan kereta api dari Leicester ke Loughborough untuk 500 orang pada tahun 1841.

Kemudian pada tahun 1972, syarikat ini telah menawarkan percutian selama 200 hari mengelilingi dunia. Antara destinasi yang popular ialah Maldives, Thailand, China, Eropah dan banyak lagi.

Selain daripada itu, syarikat Thomas Cook juga dikatakan memiliki 200 buah hotel yang dipisahkan kepada beberapa jenama berbeza.

Sewaktu kegemilangannya, syarikat ini pernah menjana hampir RM52.3 billion dalam perolehan tahunannya dan dianggarkan seramai 20 juta pelanggan telah pun menggunakan khidmat Thomas Cook.

Malaysia Airlines Bantu Pelanggan Thomas Cook Yang Terkandas Pulang 4
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: News Channel 21

Kesan Brexit

Akibat daripada Brexit ini telah menjadi punca utama kepada kejatuan syarikat Thomas Cook selain daripada persaingan sengit daripada syarikat yang menyediakan perkhidmatan melalui ‘online’.

Ramai pelanggan telah membatalkan dan menangguhkan pakej percutian yang diambil bersama Thomas Cook disebabkan ketidak tentuan Brexit.

Selain itu, kejatuhan mata wang pound telah mengurangkan daya beli pelancong British dan akhirnya harga saham jatuh yang akhirnya menyebabkan kerugian berlaku di dalam syarikat terbabit.

Malaysia Airlines Bantu Bawa Pulang Pelanggan Terkandas

Malaysia Airlines antara syarikat penerbangan dari Malaysia yang membantu membawa pulang penumpang dari Sepanyol ke Britain selepas Thomas Cook menghentikan operasi pada 23 September lalu.

Malaysia Airlines menjalankan operasi bagi pihak berkuasa Penerbangan Awam Britain dalam proses membawa balik pelanggan yang terkandas dengan menggunakan pesawat airbus 380.

Malaysia Airlines Bantu Pelanggan Thomas Cook Yang Terkandas Pulang 5
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Skift

Bayar balik bonus

Selain Brexit, dikatakan para pengarah di Thomas Cook dituduh menerima agihan bonus sebanyak RM216 juta dalam tempoh 10 tahun lalu.

Ketua eksekutifnya, Peter Fankhauser misalnya telah menerima bayaran sebanyak £8.4 juta (RM38.6 juta) sejak tahun 2014 termasuk bayaran bonus sebanyak £4.6 juta (RM21.1 juta).

Agihan bonus ini dipersoalkan oleh ahli politik di Britain dan mencadangkan para pengarah syarikat itu untuk mengembalikan bonus yang mereka terima.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *