Arab Saudi Benarkan Bukan Mahram Sebilik. Ramai Salah Anggap

Arab Saudi Benarkan Bukan Mahram Sebilik. Ramai Salah Anggap 1

Umum ketahui yang negara Arab Saudi antara negara Islam yang sangat menjaga syariat dan undang-undang Islam di negara terbabit. Apatah lagi membenarkan bukan mahram sebilik.

Beberapa perubahan telah dilakukan untuk meningkatkan ekonomi dalam sektor pelancongan negara terbabit. Selain daripada pengenalan elektronik visa yang memudahkan pelancong tunai umrah, Arab Saudi juga membuat perubahan kepada kaum wanita yang mengembara.

Antaranya ialah wanita termasuk rakyat tempatan dibenarkan menyewa bilik bersendirian. Selain itu, wanita juga boleh menginap di dalam satu bilik yang sama dengan lelaki walaupun mereka adalah bukan pasangan berkahwin.

Tetapi jangan salah anggap. Wanita dan lelaki bukan mahram boleh tinggal di dalam satu bilik yang sama hanya untuk pelancong asing bukan Islam. Rakyat tempatan masih lagi perlu menunjukkan pengenalan diri dan status hubungan apabila mendaftar masuk hotel.

Perkara itu dilaporkan akhbar Okaz semalam dan disahkan Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi.

“Ini bagaimanapun tidak diperlukan untuk pelancong asing. Semua wanita termasuk dari Arab Saudi juga boleh menginap bersendirian asalkan memberikan pengenalan diri ketika mendaftar masuk,”

Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi.
Arab Saudi Benarkan Bukan Mahram Sebilik. Ramai Salah Anggap 2
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Tribun Medan

Pelancong wanita bukan Islam juga turut dikecualikan daripada menutup aurat penuh dan serba hitam, sebaliknya hanya perlu berpakaian sopan. Walaubagaimanapun, Alkohol masih diharamkan.

Apa pendapat anda tentang pembaharuan yang dibuat oleh Arab Saudi ini? Komen dan kongsikan pendapat anda juga.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *