Terpaksa Melepaskan ‘Hajat’ Kerana Di Halang Guna Tandas Dalam Pesawat

Terpaksa Melepaskan 'Hajat' Kerana Di Halang Guna Tandas Dalam Pesawat 1

Macam-macam kes dalam pesawat. Jika sebelum ini pesawat terpaksa melencong ke lapangan terbang berdekatan akibat penumpang nak beranak. Ini pula lain kesnya.

Seorang wanita di halang guna tandas dalam pesawat ketika dalam penerbangan. Akibatnya, wanita terbabit terpaksa duduk beralaskan air kencing sendiri selama 7 jam sehingga sampai ke destinasi.

“Saya bertanya sebanyak empat kali dalam tempoh dua jam sama ada boleh menggunakan tandas atau tidak.

Wanita berusia 26 tahun, mangsa keadaan

Wanita berusia 26 tahun itu mendakwa diperlakukan sedemikian dalam penerbangan Air Canada dari Bogota, Colombia ke Dublin, Republik Ireland.

Terpaksa Melepaskan 'Hajat' Kerana Di Halang Guna Tandas Dalam Pesawat 2
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: iamlejen

“Saya sudah tidak dapat bertahan lagi, kemungkinan besar berlaku ‘kemalangan’ jika mereka tidak benarkan saya gunakan tandas. Saya bertegas namun diarah kembali ke tempat duduk, dan akhirnya berlakulah ‘kemalangan’ itu

Wanita berusia 26 tahun, mangsa keadaan

Wanita terbabit berasa sangat malu dan kecewa dengan kru pesawat kerana mengabaikan permintaan untuk ke tandas.

Wanita terbabit juga telah pun membuat aduan kepada syarikat penerbangan berkenaan. Syarikat penerbangan terbabit bagaimanapun telah menawarkan baucar bernilai kira-kira RM1,600 untuk penerbangan seterusnya sebagai tanda mohon maaf tetapi ditolak oleh wanita terbabit.

Disebabkan ‘kemalangan’ tersebut, dia terpaksa menyewa bilik hotel di bandar Kanada untuk mandi dan menyalin pakaian.

Jika perkara ini terjadi kepada anda. Apakah tindakan anda? Kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *