Ucapan Yang Mengundang “Boikot Malaysia”

Ucapan Yang Mengundang "Boikot Malaysia" 1

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang India memboikot Malaysia. Di Twitter pula #BoycottMalaysia menjadi trending. Bukan itu sahaja, perbalahan dan berbalas komen antara rakyat Malaysia dan India membanjiri laman sosial.

Bagi yang belum tahu, perkara ini terjadi selepas ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Beliau telah menyentuh isu yang terjadi di Jammu dan Kashmir. Akibat daripada itu, rakyat India khususnya terus mengecam kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakyat Malaysia terkena tempias.

Memandangkan Kashmir adalah destinasi pilihan rakyat Malaysia jika melancong ke India, rata-rata netizen India melancarkan propaganda untuk mengajak rakyat India untuk tidak melancong ke Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *