Tak Singgah Tempat Ini Di Pakistan Anda Memang Rugi!

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang ada kempen yang dibuat oleh rakyat India untuk tidak melancong ke Malaysia. Malah ada juga netizen dari Malaysia yang menyarankan untuk tidak ke India sebagai balasan kepada kempen itu.

Jadi apa alternatif anda jika tidak ke India? Anda boleh ke Pakistan. Memandang Pakistan adalah sempadan India, jadi tempat menarik di Pakistan pon bakal menyajikan anda dengan permandangan yang cantik seperti di India.

Jadi apa apa yang menarik sebenarnya di Pakistan? Jom baca itinerari seorang gadis bernama Nadirah Johar ketika pengembaraan beliau ke Pakistan. Untuk pengetahuan anda, salah satu jalan untuk ke Pakistan adalah melalui India. Jadi Jangan pelik jika pengembaraan beliau bermula dari India.

Sumber foto: Facebook Nadirah Johar

KOS

Flight AirAsia X
KUL – ATQ (Amritsar) – KUL : MYR 563 termasuk 20kg Return

VISA
Visa India : MYR 462.56 (Multiple Entry)
Visa Pakistan : FREE (Walkin ke Kedutaan Pakistan di Jalan Ampang)

Atau

E-Visa ( http://visa.nadra.gov.pk/ ) : USD 8.18

Insuran
Insurans Etiqa India / Pakistan : MYR 90.88

Duit belanja : PKR 10,000

Ground : PKR 60,000

*Untuk makluman saya menggunakan ‘Visa Tampal’ dan merasa saat di temuduga di Kedutaan Pakistan. Urusan sangat dipermudahkan dan dalam 3 hari bekerja dan boleh ambil semula passport. Haaaa time ni dah boleh la berlagak sebab dapat Visa Tampal. Yang orang cakap RARE tu, LOL.

Dokumen untuk Visa Pakistan :-

  1. Borang yang lengkap diisi
  2. Gambar 2 keping
  3. Passport
  4. Salinan passport
  5. Salinan kad pengenalan
  6. Tiket pergi pulang
  7. LOI + Dokumen sokongan
  8. Itinerary lengkap
  9. Statement bank
  10. Surat kenenaran Ayah/Ibu/Suami bagi wanita. Serta ‘Statuary Declaration’ yang dicop oleh Lawyer.

ITINERARI

29/8 – Day 1

(19.20pm) Berlepas dari KLIA 2 ke Amritsar perjalanan mengambil masa selama 6jam.

(22.30pm) Waktu India tibalah saya dengan selamat di Sri Guru Ram Das Jee Airport, Amritsar.

Selepas urusan di Airport selesai saya bergegas keluar untuk mencari teksi untuk ke hotel kerana telah lewat malam dan badan yang penat untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan pada keesokkan harinya.

Hotel : Oyo 15208 Hotel Unique MYR 80/Malam
Teksi : INR 700/5 badak (INR 140)
Dinner : Sponser by Geng Badak

Imegresen cek di sempadan India – Pakistan. Sumber foto: Facebook Nadirah Johar

30/8 – Day 2

(8.00am) Seawal pagi dah siap untuk meneruskan perjalanan untuk ‘Cross Border’ dari India ke Pakistan.

(9.00am) Saya menaiki ‘Auto-Rickshaw’ bersama geng badak dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit – 1jam untuk sampai ke Attari Border.

Setibanya di border ada beberapa Security Post perlu berhenti dan membuat semakan dokumen. Selepas dari itu bermulalah kisah menapak ketibas, semak dokumen serta geledah bag.

Dikaunter Imigresen India saya disoal beberapa soalan seperti :-

  1. Kenapa ke Pakistan melalui India?
  2. Berapa ramai pergi?
  3. Kerja apa?
  4. Berapa lama di Pakistan?

Selesai urusan di sebelah India akan ada bas disediakan di luar bangunan untuk ke Imigresen Pakistan pula. Setibanya bas tiba di Gate BSF akan ada pegawai yang akan semak sekali lagi dokumen. Alhamdulillah selesai sebelah India dan mari bergambar sepuas hati sebelum melepasi gate untuk ke Pakistan.

Sesampai di Imigresen Pakistan cuma 2 orang yang sedang beratur dan hanya 1 kaunter yang dibuka. Alhamdulillah urusan dipermudahkan dengan menggunakan ‘Visa Tampal’ dan beg tidak di scan mahupun digeledah. Sesambil tunggu yang lain sempat berbual dengan Pegawai yang semak LOI.

Diluar bangunan Imigresen Pakistan terdapar ‘Tram’ yang akan bawa ke separuh jalan sebelum parking dimana Guide Pakistan sedang menanti. Walaubagaimanapun terlalu lama menunggu jadi pilihan berjalan bersama geng badak dan rakan lain ke Parking kereta. Maka berjalanlah kami sejauh lebih kurang 2km jerrrr dengan membawa muatan berat depan dan belakang.

Selesai segala urusan di kedua Imigresen sehingga ke Parking Lot lebih kurang 1petang waktu Pakistan. Yeayyyyyy segala penat lelah carut ketibas bagai mari kita mulakan perjalanan dan aktiviti yang dinantikan.

Selepas rehat secukupnya kami keluar untuk ke beberapa destinasi seperti :-

  1. Lahore Fort
  2. Minar E-Pakistan
  3. Badshashi Mosque

Hotel : Lawrence Lahore
Badshahi Moque : PKR 500
Rickshaw : INR 600/5 badak (INR 120)

31/8 – Day 3

(7.30am) Selepas siap sarapan pagi bermula lah perjalanan kami dari Lahore ke Naran. Perjalanan lebih kurang 14 jam termasuk berhenti makan dan solat.

Makan tidur makan tidur makan tidur bangun baru sampai.

Sampai di Naran lebih kurang pukul 10malam

Lunch : Sponser by Geng Badak
Dinner : Sponser bg Geng Badak
Hotel : Cloud Way Hotel Naran

Di hadapan Mirror Lake. Sumber foto: Facebook Nadirah Johar
Beyal Camp. Sumber foto: Facebook Nadirah Johar

1/9 – Day 4

(7.30am) Bergerak dari Naran ke Raikot Bridge perjalanan mengambil masa lebih kurang 8jam sambil dibentangkan lukisan alam.

Lebih kurang 3 petang kami sampai di Raikot Bridge dimana bermulanya perjalanan menaiki jeep ke Tattu Village untuk ke Fairy Meadow.

Perjalanan dari Raikot Bridge to Tattu Village mengambil masa selama 1.5jam – 2jam. Dan bermula hiking dari Tattu Village ke Fairy Meadow ikut kemampuan kaki kita semua. Masa ni boleh la decide nak kuda atau hiking. Hiking mengambil masa lebih kurang 4jam, ehh tapi tengok pada masing2 juga. Kalau naik kuda laju sikit.

Setibanya di Fairy Meadow Cottage kami dihidangkan ‘Mountain Tea’ ouhh please without sugar for me as usual. Letak barang di bilik, makan malam dan tidur sebab pagi esok nak ke Beyal Camp – View Point 1 – View Point 2 – Nanga Prabat Basecamp.

Hotel : Fairy Meadow Cottage (Ambil Hall sebab ade pemanas tengah kalau bilik non ado apa)
Dinner : Sponser by Geng Badak
Kuda : 2k PKR sehala / 3k PKR return

2/9 – Day 5

(7.30am) Free time untuk explore Beyal Camp – Nanga Prabat Basecamp

Lebih kurang jam 5petang sampai ke bilik dan berehat. Waktu ni boleh pergi ke Mirror Lake.

Malam aktiviti BBQ dan bonfire dengan group dan local. Lepak sampai lewat tidur luar beralaskan selimut berbungkuskan sleeping bag semata try and error milky way. Bangun bangun tengkk view osemmmnya. So tak nyesal tidur luar.

Hotel : Fairy Meadow Cottage
Breakfast at Cottage : PKR 400
Lunch at Beyal Camp : PKR 300
Dinner : Sponser by Geng Badak

3/9 – Day 6

(10.00am) Santai santai sarapan kemas dan bergambar apa semua kami turun semula ke Tattu Village sebelum ke Raikot Bridge dan teruskan perjalanan ke Hunza.

Dari Raikot Bridge ke Hunza mengambil masa lebih kurang 4jam perjalanan. Sepanjang perjalanan dibentangkan lukisan alam yang sangat cantik dan akan berhenti di Rakaposhi View Point.

Sampai di Hotel kami berehat untuk aktiviti keesokkan harinya

Hotel : Hunza Hidden Palace
Dinner : Sponser by Geng Badak

4/9 – Day 7

(8.00am) Site seeing day

  • Altit Fort (PKR 1000)
  • Baltit Fort (PKR 800)
  • Attabad Lake (PKR 3000/Boat)
  • Aliabad Bazaar
  • Karimabad Bazaar
  • Duiker (Eagle Nest)

Hotel : Hunza Hidden Palace
Dinner : Sponser by Geng Badak

Attabad Lake. Sumber foto: Facebook Nadirah Johar
Passu Cones. Sumber foto: Facebook Nadirah Johar
Dalam perjalanan ke Khunjerab Pass. Sumber foto: Facebook Nadirah Johar

5/9 – Day 8

(8.00am) Dari hotel ke Khunjerab Pass (PAK – CHINA BORDER) sebelum tu kami berhenti di Passu Cones. Sebelum pulang ke Hotel kami ke Hussaini Suspension Bridge.

Hotel : Hunza Hidden Palace
Dinner : Sponser by Geng Badak

6/9 – Day 9

Dari Hunza kami bertolak pulang ke Naran. Sepanjang perjalanan macam biasa dibentangkan lukisan alam. Dan akan berhenti di Babusar Top dan Lalusar Lake

Hotel : Cloud Way Hotel, Naran
Dinner : Sponser by Geng Badak

7/9 – Day 10

Huwaaaaaa dah hampir ke pengujung cuti. Kalau boleh nak duduk sebulan manfaatkan Visa ni. Tapi apakan daya kerja atas meja dah menunggu oi.

Ok mari lah pulang semula ke Lahore dari Naran perjalanan kali ni sama je sepatutnya tapi terlaju sikit sampai lah awal.

Hotel : Lawrence Hotel Lahore
Dinner : Sponser by Geng Badak

8/9 – Day 11

Hari dan saat akan berpisah dengan Pakistan Di Hati.

Dari Hotel kami bergerak ke Border untuk cross balik ke India dengan rasa sayu di hati. Ahhhtiberrrr.

Rezeki kami tiba je dekat parking dapat masuk coaster ke tempat dimana tram tunggu jadi bila kami sampai je tak lama lepas tu tram pun sampai dan bergerak ke Imigresen Pakistan. Setibanya di Imigresen komputer pun belum buka gais. Lepas tu 1 kaunter je dia buka.

Kami cross ke India dengan rasa sedih dihati, erm tak habis habis sedih. Sampai je dekat India datang seekor anjing hidu beg kami. Alhamdulillah barang larangan telah pun buang semasa di parking (Sibuk nak tau apa).

Masa ni kena decide sama ada nak pergi SHOPPING atau CEREMONY. Datang jauh jauh tapi last pergi shopping kat Malaysia pun ada jual kain baju sari punjab tu. So Geng Badak pilih untuk pergi Ceremony.

Closing Ceremony India Pakistan. Sumber foto: Facebook Nadirah Johar

Beg kami simpan di locker depan pintu di border dan terus bergerak ke Golden Triangle saja jalan buang masa dekat pukul 3 pusing balik ke Border nak pergi tengok Ceremony tu. Ok di ingatkan beg besar tidak dibenarkan bawa masuk ya. Jadi barang dalam beg kami simpan dalam locker lain dekat dengan tempat ceremony. Dan tempat duduk Tourist berbeza dengan local. Lepas tu tengok lah sampai habis. PUAS!

Habis ceremony kami bergegas ambil beg dan cari Rickshaw yang dah di bayar untuk hantar ke border serta ke Airport untuk penerbangan pulang.

Rickshaw Border – ATQ Railway : INR 700/5 Badak
Lunch : Sponser by Geng Badak
Locker : INR 100/Bag
Richshaw ATQ Railway – Border – Airport : INR 1000/5 Badak

(22.30pm) ATQ – KUL

9/9 – Day 12
Hello Malaysia! I rindu youuuu

Terima kasih kepada Geng Badak serta Strangers :
Faris, Asif, Asfarina,Syafiq,Baba,Opi,Athirah, Fadzillah,Shahdatul,Linda,Pija,Nisa,yaya dan Aisyah + Umamah (From SG)

Thank you to Osama Shahid Bangash / Globetrotters Pakistan. See you next 2 month.

Terima kasih juga Bangah sebab banyak membantu. Bagi sokongan mental dari sebelum trip. #JanganLupaClaimKambing

Follow Instagram Nadirah Johar untuk ketahui lebih lanjut tentang perjalanan beliau ke Pakistan.

Friends and stranger. Sumber foto: Facebook Nadirah Johar

Sumber: Facebook Nadirah Johar

This website uses cookies.