Jika Penerbangan Transit Jeddah, Jangan Lepaskan Peluang Tunai Umrah. Mudahnya!

Jika Penerbangan Transit Jeddah, Jangan Lepaskan Peluang Tunai Umrah. Mudahnya! 1

Rasanya ramai yang tahu akan kemudahan yang terbaru daripada kerajaan Arab Saudi iaitu sistem e-visa. E-visa sebagai pelancong yang diperkenalkan sangat membantu untuk sesiapa yang berhajat untuk menunaikan umrah DIY (do it yourself) iaitu secara sendiri tidak lagi perlu melalui ejen.

Malah pengenalan ini juga banyak memberi kemudahan kepada wanita. Antara ialah tidak memerlukan mahram dan banyak lagi. Untuk melihat lebih lanjut tentang perbezaan antara visa umrah biasa dengan visa pelancong, anda bole lihat pada pautan Twitter di bawah.

Berdasarkan gambar di pautan Twitter di atas, anda sendiri boleh lihat akan kelebihan visa pelancong berbanding visa umrah. Visa pelancong lebih mudah kerana boleh memohon melalui e-visa. Malaysia antara negara yang terawal mendapat kelebihan ini.

Ekoran daripada kelebihan ini, lelaki bernama Abu Zar Abu Bakar mengambil peluang untuk menunaikan umrah ketika penerbangan beliau transit di Jeddah. Jom baca perkongsian yang di buat di Facebook di bawah ini.

Jika Penerbangan Transit Jeddah, Jangan Lepaskan Peluang Tunai Umrah. Mudahnya! 2
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: About Islam

Hari ini alhamdulillah dengan izin Allah sudah selesai umrah masa transit. Saya apply e-visa masa hari pertama di keluarkan 28 sept. Maklumat lanjut cara apply boleh tengok dalam post post orang lain sebelum ini. Masa saya apply, visa approved selepas 1 minit. Kena provide gambar elektronik. Tarikh dirancang untuk tiba dan sebagainya. Bayaran lebih kurang 470 Riyal. Included adalah medical insurance during emergency yang compulsory.

Rancangan awal adalah untuk ke umrah masa december tapi disebabkan ada flight Saudi dari KUL-IST dengan transit di Jeddah, saya dengan sengaja book flight yang ada transit time lama (11 jam 15 minit). Saya buat meningococcal vaccination 4 hari sebelum departure. Sebab musim dah makin sejuk, saya buat juga pneumococcal dan influenza vaccination. Yang wajib untuk jemaah umrah cuma meninggococcal walaupun tidak dinyatakan semasa proses apply visa. Disebabkan saya tak tahu visa ni valid or tidak untuk umrah, transit short period saja dan juga extremely last minute plan, saya open minded je sebab ada risiko imigration officer reject entry.

Semalam, saya depart dgn Saudia KUL ke JED. Business class. Beg luggage saya checked through ke final destination. Saya bawa dokumen visa dan peralatan umrah dalam hand luggage. Kira kira 2 jam sebelum tiba, saya salin pakaian dan pakai baju ihram terus. Niat terus di Miqat. (Kalau ditaqdirkan officer reject entry dan saya terpaksa batalkan ihram, saya sudah plan untuk bayar dam melalui website rasmi di saudi – plan b). Masa tu doa dengan penuh harapan supaya dimudahkan segala urusan dan direzekikan berjaya tunaikan umrah.

Masa arrive, flight tiba jam 2305 malam. Sebaik sahaja pintu kapal dibuka, business class passenger di bawa masuk dulu dalam bas pertama. Perjalanan dari kapal terbang ke arrival terminal lebih kurang 10-15 minit rasanya. Tak timing sangat. Bila sampai di arrival hall, saya nampak pegawai bahagikan orang ke kiri atau kanan. Kalau ke kanan, dia tulis sign board evisa. Disebabkan pegawai tu nampak saya dah pakai ihram, dia tanya nak buat umrah? Saya cakap ya. Dia suruh saya ke kiri. Masa tu saya nampak quite a lot of people yang beratur. Tapi saya nampak ada priority lane untuk business class dan sky priority yang cuma ada 2-3 orang saja. Saya beratur di situ. Secara keseluruhan banyak kaunter imigresen yang dibuka. Maybe 8-10 kaunter. Majoriti adalah pegawai imigresen adalah perempuan.

Masa giliran saya, saya bagi passport, salinan e-visa dan boarding pass saya. Disebabkan saya dalam ihram, dia cakap tengok passport. Dia cakap.. Malaysia right? Coming for Umrah? Saya reply yes. Dia scan passport. Confirmkan nama saya. Probably sistem diorg dpt tag terus evisa saya sebab dia tak buka langsung kertas salinan evisa tu. Buat biometric 10 jari dan gambar foto on the spot. Lepas tu dia terus cop. Dia tak tanya langsung pasal plan di Saudi, accommodation, travel insurance dan financial. Tak mintak jugak copy of flight ticket untuk departure dan tak minta jugak salinan surat vaccine. Proses di imigresen cuma 5 minit saja. Tapi kalau other lane mungkin ambil masa lebih sikit. Saya estimate lebih kurang 30 minit kot untuk clear. Dia bagi satu kertas resit. Lepas je go through imigresen ada pegawai imigresen lain di pintu ke baggage carousel yang akan check stamp passport dan akan ambil kertas/resit tadi.

Lepas keluar beli simcard. Saya beli mobily. Tak tahu sama ada itu yang terbaik atau tidak sebab tak sempat nak research awal before pergi. Masa tu saya beli pakej 85Riyal. 5Gb data internet + 100 minutes local calls + 5Gb data untuk social media. Masa nak beli tu dia minta passport, dia registerkan, kena ambil biometric fingerprint juga untuk register dan dia key in dalam sistem dia no cop visa yang ada dalam passport. Lepas dah settle dia doakan supaya umrah maqbul dan sempurna.

Dari Jeddah ke Mekah, naik Uber. Uber dpt immediately dan dia ada tempat tunggu khas untuk e-hailing. Tak ingat nama dia. Just keluar dari building airport ke arah area teksi. Lepas keluar je dari building, jalan 10 tapak ke arah kiri. Boleh nampak sign board.

So, dari flight arrival hingga masuk uber ambil masa exactly 1 jam. Luggage tak ada sebab check through terus ke final destination. Cuma hand luggage saja.

Saya actually ada book Hotel Hilton satu malam sebab tak sure imigresen perlu or tak benda tu. So saya suruh Uber ke Hilton paling dekat dgn masjid haram. Menurut Uber driver tu, ada 3 Hilton dekat situ. Rupanya ada Hilton Suites, Hilton Convention Hotel, Conrad. Bila check booking baru realised saya di Hilton Suites. Perjalanan teksi ambil masa 1 jam exactly. Driver dia pecut laju dan menyelit dan menyucuk kereta org lain. Risau sepanjang perjalanan. Uber caj 201 riyal.

Jika Penerbangan Transit Jeddah, Jangan Lepaskan Peluang Tunai Umrah. Mudahnya! 3
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Oh Bulan

Hotel upgrade bilik for free ke Haram View. Harga original bilik 550 Riyal camtu. No breakfast. Letak hand luggage dan duduk kejap rehat 10 minit. Then gerak terus ke masjid solat isyak. Masa tu around 1.45 am. Lepas solat ambil masa google internet revise cara buat umrah. Since last time buat umrah masa 10 tahun lepas via tabung haji punya pakej. Tengok satu persatu map dan detail. Decide untuk tengok juga orang yang tengah tawaf untuk belajar indirectly. Lepas dah yakin semua. Start tawaf dan saie. Disebabkan dah niat dalam kapal terbang, so just nak complete sikit saja lagi untuk settlekan umrah. Tak sure exactly baca dan google berapa lama, maybe 15 minut camtu je kot. Anyhow settle tawaf dan saie pukul 3.20 am. Maybe 1 jam 20 minit rasanya. Since datang dengan hand luggage saja, so tak bawak gunting sebab tak boleh bawa dalam hand luggage. Tak sure jugak kat mana nak tahallul. So last sekali dengan muka kesian pergi join random group kt situ dan mereka happy offer untuk guntingkan rambut. So settle.

Minum air zam zam lepas tu. Happy sgt. Lepas tu aktiviti sendiri je sementara tunggu solat subuh. Alhamdulillah direzekikan dapat duduk facing pintu multazam. Awal awal tu frust jugak sebab banyak kumpulan muslimat take over area tu. Tapi dekat dekat nak subuh tu, datang security guard dan geng arab ostad ostad sheikh halau semua geng muslimat tu sebab rupanya tu kawasan brothers. Settle subuh semua around 6am.

Lepas tu keluar masjid dan beli baskin robbin – 1 large scoop 17 Riyal. Survey area tu dalam 15 minit. Hasil dari survey, hotel yang paling mudah dan dekat dengan masjid adalah Intercontinental yang dekat dengan King Fahd gate. Hotel lain yang dalam clocktower tu maybe grand tapi sebenarnya macam jauh sebab ada mall tu. Alternatif lain adalah hotel Makkah Hotel & Towers (Dulu adalah owned by Hilton). Hotel lain kena jalan dan lintas jalan sikit. Ada juga luggage locker.

Dalam 620 am, balik bilik dan mandi dan repack hand luggage dan kemas peralatan ihram. Pukul 7am keluar ke airport sbb flight kol 10 am (skrg ni masa tengah tulis ni dalam flight). Cadangan awal nak buat tawaf wida tapi risau sangat akan terlepas flight. Since tak tahu imigresen, security dan trafic jam macam mana. Plan naik Uber, tapi tak boleh sbb uber tak boleh pickup dalam kawasan Haram. Cuma boleh drop off saja. So naik teksi biasa. Ambil di area sebelah intercontinental hotel. Semua hotel lain dekat situ macam tak ada teksi. Tak sure tak sempat tanya concierge dan orang lain. Tapi setiap kali tanya org bell boy tu mesti dia suruh pergi area ni.

Bertolak naik teksi 0706 dan smpai pukul 0810. Teksi caj 200 riyal. Sebab dah agreed masa awal although meter teksi tu baru around 185 riyal macam tu. Rupanya imigresen sangat kosong. Security pun sangat kosong waktu siang. Dapat masuk immediately. Sebab naik Saudia, so turun di terminal south. Ada company yang jual air zam zam dekat sebelah tu dia repack etc

Anyhow, alhamdulillah direzekikan buat umrah. Sangat happy dengan visa ni. So lepas ni insyaAllah akan travel dengan saudia selalu dan ambil longer transit time untuk buat umrah masa layover. Moga direzekikan lagi next time insyaAllah.

Semoga bermanfaat utk those yg nk buat umrah time layover kalau naik saudia.

Edit :

  1. masa di imigresen arrival, signboard evisa adalah kanan. Tapi pegawai tu suruh saya ke kiri sebab saya reply cakap nak buat umrah. So, saya tak join group evisa masa passport control.
  2. Dah smpai di istanbul. Now ada layover 5 jam di istanbul before ambil next flight (turkish airlines) ke final destination. Agent saudia di KLIA bantu untuk tag luggage direct ke final destination walaupun separate ticket. Sangat membantu.
Jika Penerbangan Transit Jeddah, Jangan Lepaskan Peluang Tunai Umrah. Mudahnya! 4
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: Pinterest

Sumber: Facebook Abu Zar Abu Bakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *