[VIDEO] Taufan Hagibis Membawa Angin Berkelajuan 220 km/h Melumpuhkan Jepun

[VIDEO] Taufan Hagibis Membawa Angin Berkelajuan 220 km/h Melumpuhkan Jepun 1

RIbut Taufan Hagibis yang melanda Jepun telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 7 orang dilaporkan mautt manakala 15 yang lain tidak dapat dikesan. Lebih 100 orang cedera akibat daripada kemusnahan yang terjadi.

Menurut laporan NHK, kelajuan angin 225km/j (140mph) taufan Hagibis paling kuat pernah terjadi di negara Jepun sehingga menyebabkan banjirr dan lebih setengah juta buah rumah hilang punca kuasa.

[VIDEO] Taufan Hagibis Membawa Angin Berkelajuan 220 km/h Melumpuhkan Jepun 2
Banjir akibat daripada Taufan Hagibis. Sumber foto.
[VIDEO] Taufan Hagibis Membawa Angin Berkelajuan 220 km/h Melumpuhkan Jepun 3
Kerosakan harta benda akibat daripada Taufan Hagibis. Sumber foto.

Berikutan itu, penduduk Jepun yang dilanda taufan ini diseru untuk bersiap sedia dengan arahan pemindahan yang bakal dikeluarkan di seluruh 17 wilayah, lapor agensi Bomba dan Pengurusan Bencana.

Taufan Hagibis didapati telahpun meninggalkan kawasan-kawasan pulau utama Jepun kira-kira  pukul 8.45am waktu tempatan (7.45am waktu Malaysia) dan dilaporkan sedang berada di pantai Sanriku, lapor Agensi Meteorologi.

Batal Perlawanan Rugbi Piala Dunia

Penganjur Piala Dunia Ragbi terpaksa membatalkan perlawanan yang dijadualkan pada ahad di antara Namibia dan Kanada di Kamaishi atas dasar keselamatan berikutan daripada cuaca buruk.

Namun, Perlawanan di antara Amerika Syarikat dan Tonga, Wales dan Uruguay akan berlangsung seperti biasa dengan mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.

Malah, Formula Satu Grand Prix Jepun juga berlangsung pada hari Ahad.

Perkhidmatan Pengangkutan Terhenti

Banyak perkhidmatan kereta api peluru dihentikan, dan beberapa laluan di metro Tokyo ditutup pada kebanyakan hari Sabtu.

“Hujan lebat yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah dilihat di bandar-bandar, bandar-bandar dan kampung-kampung di mana amaran kecemasan dikeluarkan,”

Peramal Agensi Meteorologi Jepun (JMA) Yasushi Kajiwara memberitahu taklimat media.

Semua penerbangan menghala masuk dan keluar ke lapangan terbang Haneda Tokyo dan lapangan terbang Narita di Chiba telah dibatalkan.

[VIDEO] Taufan Hagibis Membawa Angin Berkelajuan 220 km/h Melumpuhkan Jepun 4
Kereta api peluru ditenggelami air. Sumber foto: Heraldnet (Yohei Kanasashi/Kyodo News via AP)

Tokyo Bagaikan Ditinggalkan

Akibat daripada taufan ini, kebanyakan rakyat Jepun hanya tinggal dalam rumah dan ada juga yang dipindahkan ditempat yang lebih selamat.

Ribut yang melanda ini telah mengakibatkan bekalan eletrik juga terputus, perkhidmatan awam dihentikan operasi dan kedai juga banyak yang ditutup.

Melalui perkongsian beberapa netizen di Twitter, bandar Tokyo yang kebiasaannya sibuk dan sesak dengan orang kini sunyi sepi.

Persediaan Menghadapi Taufan

Lebih daripada tujuh juta orang diminta untuk meninggalkan rumah mereka ketika taufan besar ini menghampiri, tetapi hanya 50,000 yang tinggal di tempat perlindungan.

Penduduk majoritinya telah bersiap siaga dengan kelengkapan harian dan makanan meninggalkan pasar raya dengan rak kosong sebelum ketibaan taufan.

[VIDEO] Taufan Hagibis Membawa Angin Berkelajuan 220 km/h Melumpuhkan Jepun 5
Kerja menyelamat dan memindahkan mangsa taufan Hagibis. Sumber foto.

Sumber:

  1. BBC
  2. The Straights Times
  3. Sora News 24


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *