Langkah Mudah Cara Mohon Visa Kanada
Langkah Mudah Cara Mohon Visa Kanada 1

Langkah Mudah Cara Mohon Visa Kanada

Siapa yang terpegun bila dapat lihat gambar di bawah ini? Gambar di bawah merupakan sebuah tasik dipanggil Moraine Lake yang terletak di Banff National Park, Canada.

Langkah Mudah Cara Mohon Visa Kanada 2
Sumber foto: Daily Hive

Ini baru dalam gambar, belum lagi dapat menghadap secara berdepan pasti akan membuat anda rasa tidak ingin pulang.

Sebelum ini kami ada kongsikan beberapa tips untuk anda menikmati pengembaraan di Banff National Park. Kami juga ada kongsikan pengalaman seorang pengembara membuat roadtrip di Kanada. Memang sangat berbaloi!

Tapi adalah tidak lengkap jika kami tak kongsikan apa keperluan untuk ke Kanada. Kali ini kami nak kongsikan kepada anda bagaimana untuk memohon visa untuk ke sana. Sebenarnya cara permohonannya mudah cuma ianya memakan beberapa hari untuk lulus sepenuhnya.

Menurut pemilik Facebook bernama Arin Ya’akob, kalau nak dibandingkan pengalaman buat Visa US dan Visa Canada , Visa US lebih mudah prosesnya dan juga laman sesawangnya lebih mesra pengguna. Dalam masa 3-4 hari ,segala urusan Visa US selesai berbanding Visa Canada.

Baca langkah mudah cara mohon visa Kanada di bawah ini.

LANGKAH 1

Buka akaun di dalam laman sesawang Imigresen Canada. Anda perlu menjawab beberapa soalan dan perlu memuat naik dokumen yang diperlukan oleh laman terbabit. Antara dokumen yang diperlukan ialah

  1. Rekod Travel – Di sini anda perlu mengisi info seperti rekod travel anda yang lepas. Anda boleh muat naik bukti cop pada passport anda dengan mengibas halaman yang diperlukan.
  2. Rekod Kewangan – Di sini anda boleh memuat naik 3 bulan penyata bank anda sebagai bukti kewangan anda kukuh untuk anda travel.
  3. Rekod Pengajian -Di sini anda perlu memberi keterangan tentang pengajian anda iaitu tempat dan tahun.

Untuk info, segala bentuk borang yang disediakan di laman sesawang memohon visa untuk anda isi adalah dalam bentuk Adobe 10 . Jadi pastikan Adobe Reader pada komputer anda pada versi yang terkini supaya memudahkan anda untuk memuat turun borang.

LANGKAH 2

Setelah semua dokumen yang diperlukan sudah dimuat naik ke laman sesawang terbabit. Anda perlu membuat bayaran.

  1. $100(CAN) untuk visa
  2. $85(CAN) untuk Biometrik

Setelah bayaran dibuat, status permohonan anda akan disiarkan di laman sesawang. Setiap notis pemberitahuan dan status terkini terhadap permohonan anda juga akan di emel ke emel anda.

LANGKAH 3

Dalam masa 24 jam, anda akan dapat Letter of Biometric notis di laman sesawang permohonan visa. Untuk buat Biometric, anda perlu membuat temu janji melalui laman sesawang VFS ini.

Anda sekali lagi perlu membuka akaun ID untuk log masuk ke laman sesawang VFS ini. Selesai membuat temu janji, anda akan dapat surat melalui emel oleh pihak VFS mengenai temu janji anda.

LANGKAH 4

Untuk menghadiri sesi Biometric, anda perlu membawa surat dari pihak Canada Imigresen ( Letter of Biometric ), surat daripada VFS dan bawa dokumen yang diperlukan seperti tercatat di dalam surat ke Canada Visa Application Centre , Suite 19-03, Floor 19, Wisma MCA, Jalan Ampang , KL. Selesai biometric ,anda perlu pulang dulu dan tunggu keputusan di web Canada Immigresen.

LANGKAH 5

Jika lulus, permohonan anda akan dikemas kini di laman sesawang Imigresen Canada dan tertara status “your application has been approved“. Anda akan dapat surat untuk penghantaran Passport ke Canada Visa Application Centre , Wisma MCA.

LANGKAH 6

Anda perlu tunggu selama 5 ke 10 hari bekerja sebelum anda dapat ambil semula passport di Canada Visa Application Centre, Wisma MCA . Ini kerana passport anda di hantar ke Canada Imigresen di Singapore untuk urusan stamping. Maka ,masa yang di ambil agak panjang juga.

TIPS

Visa Canada ini bergantung kepada tarik luput passport anda. Jadi, mana yang bercadang hendak keluar masuk ke Canada dalam tempoh 5 tahun, silalah baharui passport anda sebelum apply visa Canada . Jadi tarikh visa anda akan lebih lama.

Sumber: Arin Ya’acob

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *