Itinerari Roadtrip Ketika Melancong ke Eropah ke Kawasan Perkampungan. Menarik!

Mengembara dan melancong ke Eropah pastinya menjadi impian ramai orang. Sebabnya? Sudah pastilah disebabkan oleh kecantikan dan keindahan alam di kawasan negara-negara eropah itu sendiri. Memang menakjubkan!

Itu belum lagi jika melancong dan mengembara dengan memandu sendiri atau roadtrip. Memang sangat mengujakan. Memandu sendiri ketika melancong dan mengembara bukan sahaja mengujakan disebabkan dapat memandu sendiri, selain itu dengan memandu sendiri anda dapat melihat kecantikan alam dengan lebih dekat.

Tapi jangan ingat memandu sendiri di luar negara adalah semudah di dalam Malaysia. Anda perlu patuhi undang-undang jalan raya di sana untuk mengelakkan di saman. Bukan itu sahaja, memandu di Eropah memerlukan kajian selok belok jalan yang perlu dilalui untuk menuju ke destinasi anda.

Jika sebelum ini kami ada kongsikan kepada anda seorang pengembara membuat roadtrip di Kanada. Kali ini kami nak kongsikan kepada anda itinerari roadtrip di Eropah pula yang dirangka oleh pemilik Facebook bernama Mohd Fauzi Zakaria.

Tempat-tempat yang beliau lalui sepanjang pengembaran beliau memang cantik dan jarang-jarang untuk pelancong biasa sampai. Antara negara yang termasuk dalam perjalanan beliau ialah Austria, Slovenia, Croatia, Itali, Hungary dan Slovakia. Jom baca perkongsian itinerari beliau di bawah.

Sumber foto: Facebook Mohd Fauzi Zakaria

DAY 1

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna. Bergantung pada waktu ketibaan. Sebaiknya cari flight yang tiba awal pagi, boleh terus ambik kereta sewa di level -1. Dapat kunci boleh teruskan perjalanan ke Salzburg melalui sebahagian jalan kampung yang dipanggil The Romantic Road.

Dari Vienna, ambik lebuhraya A1 sebelum exit ke jalan kampung 42, sebelum ke pekan Styers di laluan 122.

View kiri dan kanan memang cantik jika cuaca baik. Teruskan perjalanan sehingga ke Hallstat.

Di Hallstat, korang boleh naik ke Top of Hallstat dan terus ke The Salt Mine dengan bayaran 34 euro termasuk cable car.

Kalau ada banyak masa, boleh juga hiking. Ada trail. Then, dah puas ambil gambar dekat atas, boleh pula sambung bergambar di area rumah tepi tasik tu. View memang cantik.

Solat jamak zuhur dan asar dekat area parking tu. Tak ada masjid dan surau dekat sini. Jangan buang masa mencari dan cari alasan tak solat pulak. Islam tu mudah.

Kedai makan pun tak ada, yang ada tanda halal kat sini. So, on the way ke sini, kalau jumpa pasar mini Billa atau seangkatan dengannya, beli lah apa-apa yang patut.

Dah selesai, drive semula ke Salzburg dan bermalam di sana.

Malam 1 : Salzburg.

Sumber foto: Facebook Mohd Fauzi Zakaria
Sumber foto: Facebook Mohd Fauzi Zakaria

DAY 2

Awal pagi, bergerak ke St Wolfgang Lake. Dekat sini ada panorama train, tapi sehari sekali je. Start pukul 11.50 pagi dan turun 12.45 tengah hari.

Harga tak cek pulak sebab tak naik. Sambil tu boleh jalan-jalan sekitar tasik di St Wolfgang ni.

Dalam pukul 2, patah balik ke Salzburg. Boleh ronda dekat oldtown Salzburg. Dekat sini paling famous ialah Mozart’s House.

Then, ada few attraction macam Salzurg Castle dan lain-lain.

Dah habis, terus balik semula ke hostel.

Malam 2 : Salzburg.

DAY 3

Check out awal pagi. Destinasi utama hari ini ialah ke Kitzsteinhorn yang terletak di Kaprun.

Ia adalah pusat sukan ski yang famous dan merupakan puncak tertinggi di Salzburg.

Untuk sampai ke atas, kena ambik cable car dengan 3 kali tukar. Tiket return berharga 44 euro.

Half day dekat sini.

Jika berkesempatan, boleh cuba laluan scenic road Austria yang dikenali sebagai Grossglockner High Alpine Road yang menghubungkan Bruck di bahagian utara hingga Heiligenblut sejauh 130 km.

(laluan ini cuma dibuka pada musim panas je. Cek website dulu dan ada tol dikenakan)

Dan selesai 2 perkara ini, boleh check-in di pekan Kaprun.

Malam 3 : Kaprun

Sumber foto: Facebook Mohd Fauzi Zakaria
Sumber foto: Facebook Mohd Fauzi Zakaria

DAY 4

Selepas sarapan, akan bergerak menuju ke negara baru hari ini iaitu Slovenia. Untuk hari ini ada 2 destinasi yang akan dikunjungi iaitu Vintgar Gorge yang menjadi sebahagian dari Triglav National Park.

Bayaran masuk adalah 9 euro.

Kurang 15 minit pemanduan, anda boleh ke Lake Bled iaitu satu lagi Unesco Site di Slovenia

Malam 4 : Bled

DAY 5

Hari ini, sebenarnya agak santai. Anda ada beberapa pilihan.

Yang pertama menuju ke Lake Bohinj sebelum ke ibu kota Slovenia di Ljubjana.

Pilihan kedua lebih menarik iaitu memandu ke satu pekan kecil Slovenia yang menghadap Lautan Adriatik yang bernama Piran.

Selepas itu, mungkin boleh menjejakkan kaki ke sebahagian negara Itali di pekan yang bernama Triste.

Selesai bersantai di 2 kota ini, boleh menyambung semula perjalanan ke Ljubjana.

Related Post

Dan boleh bersiar-siar di malam hari di pekan di oldtown Ljubjana ini.

Malam 5 : Ljubjana

Sumber foto: Facebook Mohd Fauzi Zakaria
Sumber foto: Facebook Mohd Fauzi Zakaria

DAY 6

Hari ini pemanduan agak jauh iaitu dari Ljubjana ke Plitvice National Park di negara Croatia. Perjalanan sejauh 200 km mengambil masa lebih kurang 4 jam selepas beberapa stop breakfast dan toilet.

Jika bertolak jam 5 pagi, dijangka tiba jam 9 pagi. Tiket berharga 100 kuna. Sebaiknya, habiskan lebih kurang 4 atau 5 jam di dalam National Park ini.

Selesai di sini, sambung perjalanan ke ibu kota Croatia di Zagreb. Perjalanan sejauh 130 km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Dalam perjalanan ke Zagreb, boleh singgah bergambar di kampung cantik bernama Rastoke.

Malam 6 : Zagreb

DAY 7

Setengah hari di sini bersiar-siar di sekitar ibukota Zagreb. Ada banyak restoran halal di sini. Jangan lupa ke Upper Town untuk saksikan panorama bandar Zagreb.

Jam 2 petang selepas solat Zuhur menyambung perjalanan ke kota Budapest di negara Hungary.

Perjalanan sejauh 345 km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam kerana kesesakan di pintu sempadan.

Sebaik tiba, check-in dan terus rehat.

Malam 7 : Budapest

Sumber foto: Facebook Mohd Fauzi Zakaria

DAY 8

Hari ini seharian explore bandar Budapest. Kereta cuma park di hotel dan bergerak menaiki pengangkutan awam seperti Tram, bas dan metro. Day Pass berharga 4.5 euro dan sah selama 24 jam.

Jika ada bajet lebih, boleh naik cruise melihat suasana matahari terbenam di Dunabe River dengan kos 20 euro.

Malam 8 : Budapest

DAY 9

Trip sudah hampir ke garisan penamat. Hari ini memandu semula ke Vienna. Tapi dalam perjalanan singgah di kota Bratislava yang terletak di dalam negara Slovakia.

Berhenti rehat sambil melawat oldtown dan Bratilava Castle sambil makan tengah hari di sini.

Perjalanan bersambung ke kota Vienna. Selesai menghantar kereta di airport, masing-masing bergerak ke ibu kota Vienna. Dari airport ke Vienna, ada 2 pilihan iaitu fast train dan slow train. Fast train dikenali sebagai CAT dengan tiket one way berharga 12 euro.

Pilihan kedua lebih jimat iaitu 24 hours tiket dari airport ke airport berharga cuma 11.60 euro. Pastikan anda naik train S7 atau mana-mana Regional train yang berhenti di Wien Mitte.

Dari Wien Mitte, anda boleh ke Central Station menaiki metro.

Malam 9 : Vienna

Sumber foto: Facebook Mohd Fauzi Zakaria
Sumber foto: Facebook Mohd Fauzi Zakaria

Day 10

Hari terakhir trip. Bersiar- siar di kota Vienna. Tak payah risau sesat sebab ada day pass. Kalau malas nak jalan kaki, duduk je dalam tram dan saksikan keindahan kota Vienna dari atas tram.

Jam 5 petang bertolak ke airport untuk flight lewat malam ke Kuala Lumpur.

Semoga membantu. Kalau rasa bermanfaat, dipersilakan copy. Tak payah minta izin. Jangan tanya berapa bajet sebab bab bajet ni subjektif.

Tapi for basic info :

Untuk penginapan, kalau hostel start dari 15 euro. Kalau hotel twin room, start dari 45 euro.

If kawasan bandar macam Zagreb dan Budapest, ambik yang jauh sikit dari bandar. Hotel murah dan kalau nak pusing town just guna day pass public transport atau uber.

Jimat masa sebab bandar besar jalan jamm dan parking pun mahal.

Untuk makan, letak je dalam 10 euro sehari.

Sewa kereta pulak, depends besar mana, manual atau auto.

Yang penting, jangan skip insurans full coverage. Memang nampak mahal, tapi demi ketenangan waktu travel.

Bukan ke kita diberitahu malang tak berbau?

Harga minyak pula 1.2 euro seliter. Jangan isi dekat Itali. Harga 1.5 euro.

Masuk highway ada yang tol berpalang dan ada yang beli kupon macam kupon parking ikut berapa hari kita kat sana.

Ada soalan? boleh hubungi terus dengan Fauzi di Facebook beliau.

Once dah jawab, silalah ucap terima kasih. Kita kan rakyat Malaysia, diajar sopan dan berbudi bahasa.

Sumber: Facebook Mohd Fauzi Zakaria

This website uses cookies.