fbpx

Musim Sejuk Di Thailand Seakan Berada Di Eropah

Ahmad Suhael

7 darjah Celcius merupakan suhu paling rendah bakal dialami ketika musim sejuk di Thailand yang bakal melanda negara terbabit bermula 17 Oktober. Suhu yang rendah ini pasti dirasakan seperti di Eropah walaupun masih di Asia.

Menurut Jabatan Meteorologi Thailand, suhu terendah itu dikatakan bakal direkodkan di Chiang Rai. Manakala kawasan Chiang Mai pula boleh merasai kesejukan serendah 11 darjah Celcius.

Musim Sejuk Di Thailand Seakan Berada Di Eropah 1
Sumber foto: Rileklah

Bandar lain seperti Bangkok pula boleh mencapai suhu serendah antara 15 darjah hingga 17 darjah Celcius pada Disember dan Januari nanti.

“Bangkok pula dijangka merekodkan suhu lebih rendah tahun ini, iaitu sekitar 15 hingga 17 darjah Celcius,”

ketua pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Phuwiang Prakhammin

Menurut jabatan itu lagi, cuaca yang lebih sejuk ini berpunca daripada corak cuaca di China yang membawa angin kuat ke wilayah utara negara terbabit.

Menurut Thai News Agency (TNA), tahun ini dijangka akan lebih sejuk dari sebelum ini terutamanya ketika penghujung Disember. Walau bagaimanapun, cuaca yang sejuk ini menjadi tarikan untuk pelancong datang ke Chiang Mai dan Chiang Rai.

Musim Sejuk Di Thailand Seakan Berada Di Eropah 2
Sumber foto: Rileklah

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Itinerari Roadtrip Ketika Melancong ke Eropah ke Kawasan Perkampungan. Menarik!

Mengembara dan melancong ke Eropah pastinya menjadi impian ramai orang. Sebabnya? Sudah pastilah disebabkan oleh kecantikan dan keindahan alam di kawasan negara-negara eropah itu sendiri. Memang menakjubkan! Itu belum lagi jika melancong dan mengembara dengan memandu sendiri atau roadtrip. Memang sangat mengujakan. Memandu sendiri ketika melancong dan mengembara bukan sahaja […]
Musim Sejuk Di Thailand Seakan Berada Di Eropah 4