7 darjah Celcius merupakan suhu paling rendah bakal dialami ketika musim sejuk di Thailand yang bakal melanda negara terbabit bermula 17 Oktober. Suhu yang rendah ini pasti dirasakan seperti di Eropah walaupun masih di Asia.
Menurut Jabatan Meteorologi Thailand, suhu terendah itu dikatakan bakal direkodkan di Chiang Rai. Manakala kawasan Chiang Mai pula boleh merasai kesejukan serendah 11 darjah Celcius.
Bandar lain seperti Bangkok pula boleh mencapai suhu serendah antara 15 darjah hingga 17 darjah Celcius pada Disember dan Januari nanti.
ketua pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Phuwiang Prakhammin“Bangkok pula dijangka merekodkan suhu lebih rendah tahun ini, iaitu sekitar 15 hingga 17 darjah Celcius,”
Menurut jabatan itu lagi, cuaca yang lebih sejuk ini berpunca daripada corak cuaca di China yang membawa angin kuat ke wilayah utara negara terbabit.
Menurut Thai News Agency (TNA), tahun ini dijangka akan lebih sejuk dari sebelum ini terutamanya ketika penghujung Disember. Walau bagaimanapun, cuaca yang sejuk ini menjadi tarikan untuk pelancong datang ke Chiang Mai dan Chiang Rai.
Sumber: Harian Metro