Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda!

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 1

Tempat menarik di Kashmir sememangnya banyak. Tapi pengembaraan anda ke Kashmir belum lengkap jika anda tidak ke lokasi di bawah ini.

1 – Dal Lake, Srinagar

Di Dal Lake, kami cadangkan anda bermalam di houseboat yang disediakan di sini. Apa yang best jika anda tinggal di houseboat ini ialah anda boleh menikmati makanan tempatan yang dimasak oleh keluarga yang tinggal di bot yang dipilih. Barulah dapat merasai budaya mereka. Sambil makan sambil itu bolehlah bercerita berkongsi pengalaman pengembaraan anda. Nak sewa kayak untuk bersiar di tasik pun boleh!

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 2
Sumber gambar: Get My Boat

2 – Nishat Bagh Mughal Garden, Srinagar

Taman Nishat Bagh Mughal dibina seperti juga taman-taman lain yang penuh dengan lanskap cantik, rumput hijau dan bunga-bunga. Ianya terletak di tepi Tasik Dal dan berdekatan dengan gunung-ganang. Permandangan memang cantik di sini. Anda boleh bersiar-siar dikala petang sambil menikmati matahari terbenam.

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 3
Sumber gambar: Famous Place In India

3 – Thajiwas Glacier, Sonamarg

Thajiwas Glacier yang terletak Sonamarg adalah sebuah kawasan yang paling dekat untuk anda mengakses dan melihat glasier di Pergunungan Kashmir. Ia merupakan salah satu tempat terbaik untuk menikmati keindahan flora di Kashmir apatah lagi kepada anda yang sangat suka trekking. Ada beberapa laluan trekking boleh anda cuba untuk ke permulaan glasier dengan melalui laluan pokok Pine. Untuk trekking anda memerlukan penunjuk arah tempatan untuk memudahkan aktiviti trekking. Ataupun boleh juga menaiki kenderaan pacuan empat roda jika tidak mahu trekking.

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 4
Sumber gambar: Wikipedia

4 – Aru Valley & Baisaran, Pahalgam

Jika tidak berkesempatan untuk ke Switzerland, anda mesti singgah di Baisaran atau di Aru Valley bila di Kashmir. Kenapa? Ini kerana Baisaran dan Aru Valley dipanggil ‘mini Switzerland’ oleh sesetengah pelancong. Permandangan yang disajikan memang memukau mata anda seperti Gunung Ganang Glasier, pokok-pokok Pine yang tinggi, rumput luas yang hijau ditambah pula dengan cuaca yang nyaman. Sememangnya rasa seperti ingin tinggal di sana terus!

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 5
Sumber gambar: Simply Kashmir

5 – Saffron Fields, Pahalgam

Saffron memang mahal jika dibeli negara kita. Tapi dah alang-alang ke Pahalgam ni, jangan lupa singgah di Ladang Saffron. Dekat sini harganya lebih murah berbanding diluar kerana di sini memang tempat penghasilan bunga Saffron. Nak tengok mekarnya bunga Saffron ni datanglah pada musim bunga. Anda akan dapat tengok keunguan warna dan baunya boleh dihidu dari jauh lagi!

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 6
Sumber gambar: Holidays Clouders

6 – Lidder River, Pahalgam

Selain menikmati permandangan indah gunung-ganang di Pahalgam, anda boleh melakukan beberapa aktiviti seperti berkayak ataupun water rafting di Lidder River. Aktvitit ini lebih sesuai dilakukan pada musim panas kerana arus tidak terlalu deras. Untuk water rafting, ade beberapa pakej yang boleh anda pilih mengikut kepada kejauhan. Jangan lupa untuk pastikan anda mengutamakan keselamatan seperti memakai helmet dan life jacket.

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 7
Sumber gambar: Holidify

7 – Tulian Lake, Pahalgam

Tulian Lake antara salah satu tarikan di Kashmir terutamanya untuk pendaki. Laluan trek denai untuk ke Tulian Lake agak mencabar di mana banyak batu perlu diredah dan beberapa ketinggian yang sukar perlu dilepasi. Jika anda bercadang untuk ke sini, pastikan anda menempah penunjuk arah warga tempatan untuk memudahkan pendakian anda nanti.

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 8
Sumber gambar: India Hikes

8 – Gulmarg

Gulmarg ialah salah satu tempat tanah tinggi yang paling popular untuk dikunjungi. Di sini adanya kemudahan gondola untuk ke atas view point. Gondola di sini merupakan yang tertinggi di dunia yang hampir 4,500 meter tingginya. Dari atas anda akan disajikan dengan pemandangan yang cantik dari Himalaya di Timur ke pergunungan Pakistan di Barat. Kalau anda nak cuba untuk bermain ski ais, Gulmarg adalah tempat yang sesuai.

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 9
Sumber gambar: Vargiskhan

9 – Kashmir Great Lake

Anda peminat aktivit hiking yang tegar? Ini aktiviti wajib anda. Sebelum itu pastikan anda luangkan lebih masa di Kashmir jika anda bercadang untuk mela 5 ke 6 hari untuk aktiviti ini sahaja.

Kashmir Great Lake sememangnya trekking denai yang sangat popular dikalangan pendaki kerana permandangan yang disajikan sepanjang perjalanan memang menakjubkan.

Anda akan melepasi beberapa tasik yang sangat cantik antaranya ialah Gadsar Lake, Satsar Lake dan Gangabal Lake. Selain itu laluan denai juga akan melepasi kawasan pokok Pine, kawasan rumput luas menghijau dan permandangan gunung ganang glasier.

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 10
Sumber gambar: Kashmir Cube

10 – Ladakh

Ladakh ini mungkin terpringgir sedikit daripada tempat-tempat di atas. Tetapi ianya masih di dalam wilayah kashmir. Untuk ke Ladakh ada boleh lakukan roadtrip. Dan dalam perjalanan ke Ladakh anda boleh bermalam di Leh. Jangan lupa untuk singgah di Khardung La (the highest motorable road in the world). Puncak tertinggi kenderaan boleh lalu!

Tempat yang paling popular di Ladakh ialah Pangong Lake disebabkan oleh cerita 3 idiots lakonan Amir Khan. Selain itu boleh juga singgah ke Magnetic Hill untuk mencuba keajaiban teras magnet yang ada di situ.

Untuk ke tempat-tempat di Ladakh kebanyakannya memerlukan permit yang hanya dikeluarkan oleh travel ejen. Jadi pastikan anda lakukan kajian yang lebih terperinci sebelum bercadang untuk melakukan roadtrip ke sini.

Memandang Ladakh merupakan tempat beraltitud tinggi iaitu 3500 meter dari paras laut, pastikan anda bukanlah seorang yang ada penyakit altitude sickness. Jangan ambil mudah tentang perkara ini kerana kemudahan-kemudahan kesihatan di ladakh bukanlah mudah untuk didapati.

Tak Ke Tempat-Tempat Ini Bila Ke Kashmir Belum Lengkap Pengembaraan Anda! 11
Sumber gambar: The Land of Snows

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *