Hampir Lari Akidah Kerana Hanbok Percuma Di Korea. 6 Sahabat Tertipu

Siapa yang tak sukakan benda yang percuma bukan? Tapi ada sesetengah pihak suka mengambil kesempatan ke atas benda yang percuma ini. Ini berlaku kepada 6 orang sahabat dari Malaysia semasa percutian mereka di Korea.

6 Sahabat ini berkongsi kisah seram mereka di tawarkan ‘hanbok‘ percuma di Korea ketika bercuti di sana. Salah seorang daripada mereka bernama Khairin berkongsi kisah mereka kepada laman mStar.

Menurut beliau, ketika menuju ke subway mereka didatangi oleh dua warga tempatan yang menawarkan kepada mereka untuk merasai budaya tempatan di sebuah universiti.

Warga Korea yang menghampiri mereka ketika di Subway. Foto via mStar

Khairin dan rakannya menolak pada awalnya tapi disebabkan ditawarkan ‘Hanbok’ percuma membuatkan mereka bersetuju.

“Mula-mulanya kami macam tak nak sebab kami sudah ada plan sendiri nak pergi sewa Hanbok tengah hari tu. Lepas tu orang Koera tu cakap boleh pakai Hanbok free. Dengar je perkataan free and embrace Korean Culture kami pun on dan ikut mereka”

Khairin

Walaupun terasa pelik dan curiga kerana warga Korea terbabit cuba mengelak dan sorokkan muka ketika beliau cuba untuk mengambil gambar, Khairin dan rakannya masih mengikuti mereka ke destinasi yang dikhabarkan sebelum ini.

Ternyata univesiti yang dikhabarkan bukanlah sebuah universiti tetapi sebuah pusat komuniti. Selain mereka, ada juga pelancong lain berada disitu, mungkin juga tertarik dengan tawaran seperti Khairin dan rakannya.

Destinasi yang dibawa adalah pusat komuniti bukanlah universiti. Foto via mStar

Sejurus tiba di lokasi, Khairin dan rakannya diarah untuk menulis nana di atas kertas sebelum di ajar cara untuk sujud dan tunduk hormat. Mereka walaubagaimanapun menulis nama tapi bukan nama sebenar.

“Dia suruh kami tulis nama dekat atas kertas. Kami tulis nama tipu-tipu dekat situ. Lepas tu tinggal beg di hall dan masuk ke dalam bilik”

Khairin

Ketika di dalam bilik, ada seorang sami melakukan demo sembahyang seperti tunduk laju-laju ke depan dan kiri banyak kali. Usai demo daripada sami terbabi mereka diminta untuk tiru gaya yang dilakukan.

Related Post

Namun, Khairin dan rakannya beranikan diri untuk menjelaskan kepada mereka yang orang Islam tidak dibenarkan melakukan perbuatan sedemikian.

“Member semua dah takut lari akidah. Time tu semua hari selawat dan saya beranikan diri cakap dengan mereka, kami tak boleh sebab kami muslim”

Khairin

Selesai upacara sembahyang tadi, Khairin dan rakannya di ajak pula untuk makan buah sembahyang tu namun ditolak dengan baik.

Hanbok percuma yang digunakan untuk upacara sembahyang. Foto via mStar

Warga Korea terbabit kemudia menceritakan yang mereka ini adalah komuniti orang susah di hospital dan ingin memohon derma.

Khairin dan rakannya hanya menghulurkan 1000won kepada mereka malah mereka meminta lebih daripada itu.

Khairin dan rakannya kemudian mengambil beg dan menuju ke stesen kereta api bagi meneruskan percutian mereka di Korea. Mereka bersyukur dilepaskan tanpa diapa-apakan.

“harap dikisahkan supaya dijadikan iktibar kepada semua dan peringatan supaya tidak kena seperti kami. Jika kami lakukan apa yang disuruh, lari akidah kami sebagai muslim”

Khairin

Perkongsian di Twitter beliau ini juga mendapat respon daripada netizen yang pernah mengalami situasi dan kisah yang sama ditipu dengan ditawarkan hanbok percuma di korea ketika bercuti di sana.

Perkongsian netizen mengalami kisah yang sama. Foto via mStar

Sumber: mStar

This website uses cookies.