Kantoi! Kucing Ikut Tuannya Pergi Bercuti Secara Senyap-Senyap

Kantoi! Kucing Ikut Tuannya Pergi Bercuti Secara Senyap-Senyap 1

Pernah tak anda berada di dalam situasi cemas di tahan di kaunter sekuriti dan di bawa ke bilik pemeriksaan bagasi? Mungkin ada sesuatu yang mencurigakan diletakkan di dalam beg anda tanpa sengaja atau tanpa pengetahuan anda. Ini berlaku kepada pasangan dari Isle of Man ini.

Pasangan Nick dan Voirrey Coole terkejut apabila mendapati kucing kesayangan berada di dalam bagasi ketika melalui kaunter sekuriti di lapangan terbang.

Pasangan itu dalam perjalanan ke New York sempena sambutan hari jadi ke 40. Walaubagaimanapun, mereka di arah untuk ke bilik pemeriksaan apabila bagasi mereka disyaki membawa benda asing.

“Pihak sekuriti lapangan terbang sangat terkejut dan berulang kali bertanya sama ada beg itu adalah milik kami selepas ia melalui pengimbas.”

Nick dari Isle of Man

Situasi itu kemudiannya bertukar lucu kerana ianya bukan disengajakan. Kucing tersebut secara senyap-senyap telah menyelinap masuk ke dalam bag ketika mereka senang mengemas pakaian untuk di bawa ke New York.

Kantoi! Kucing Ikut Tuannya Pergi Bercuti Secara Senyap-Senyap 2
Foto via Mirror

Menurut Nick ketika ditemu ramah Manchester Evening News, kucingnya bernama Candy itu selalu suka mencari ruang sempit untuk bersembunyi. Antaranya ialah bag, kotak dan tempat sempit.

Si Candy, kemudiannya diambil oleh kawan Nick dan Voirrey untuk dibawa pulang. Walaupun ditahan di sekuriti, Nick dan Voirrey tidak tertinggal penerbangan mereka ke New York pada waktunya.

Kantoi! Kucing Ikut Tuannya Pergi Bercuti Secara Senyap-Senyap 3
Foto via Mirror

Sumber: Mirror

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *