Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam!

Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam! 1

Apa tempat menarik di China ya?Kebanyakan dari kita bila sebut melancong ke negara China pasti teringat akan barangan murah yang dijual di sana. Pasti anda akan terfikir melancong untuk membeli belah bukan? atau pun anda hanya tahu tentang Tembok Besar China?

Sebenarnya selain daripada membeli belah di China atau Tembok Besar China, ada juga tempat lain yang anda boleh lawati. Memandangkan China adalah satu negara yang besar dan luas, selain daripada banyak bandar dan wilayah yang penuh bersejarah, tempat menarik di China yang menyajikan kecantikan alam semula jadi ialah Lijiang.

Lijiang merupakan wilayah selatan China iaitu Yunnan. Lijiang sememangnya kawasan sangat sangat kaya dengan keindahan alam semulajadi. Kawasannya dianggap sebagai tanah air yang diberkati dengan udara segar, sungai yang jelas, gunung-gunung salji yang menakjubkan dan landskap yang tidak terganggu yang didiami oleh orang-orang yang ramah.

Di Lijiang, ada satu bandar lama yang dipelihara dengan sangat baik. Disebabkan itu, ianya tersenarai antara World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 1997. Bandar lama terbabit terus mengekalkan gaya asli dan seni bina tempatan yang menjadi warisan budaya penduduk di situ. Ia dipenuhi dengan bangunan kuno yang dipelihara dan Budaya Naxi. Sangat Cantik!

Jika anda bercadang untuk ke Lijiang, kami sertakan itinerari ringkas yang dikongsikan oleh Hamifi Huzin di Facebook beliau ketika percutian beliau ke sana. Sangat membantu untuk anda yang sukakan sesuatu yang lain dari yang lain.

Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam! 2
Foto via Facebook Hafimi Huzin

ITINERARI KE KUNMING DAN LIJIANG

7 MARCH – 13 MARCH 2019

DAY 1 & 2 – FLY KUL-KUNMING-LIJIANG, OLD TOWN, BLACK DRAGON POOL

10.00 PM – Fight to Kunming (4 hours)

2.00 AM – Sampai di Kunming Airport. Waiting for next flight to Lijiang. Boleh naik train juga ke Lijiang dari kunming tapi ambil masa 8 jam. Ada fast speed train juga dalam 3 jam perjalanan tapi harganya lebih mahal. Harga train dengan flight pula tak beza banyak sangat.

6.00AM – Fly to Lijiang via Sichuan Air. RM170 sahaja one way.

7.30AM – Sampai Lijiang, terus cari bas untuk ke Lijiang old town.

8.10AM – Jalan kaki ke hostel. Boleh juga guna App DIDI apabila berada di Lijiang atau kunming. Murah.

First day, masa banyak dihabiskan dengan berjalan jalan di Lijiang Old Town dan Black Dragon Pool. Entrance fee Black Dragon Pool 50YUAN seorang. Sampai black dragon pool dalam pukul 7 malam. tutup pukul 8.00 malam.

Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam! 3
Foto via Facebook Hafimi Huzin
Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam! 4
Foto via Facebook Hafimi Huzin

DAY 3 – JADE DRAGON MOUNTAIN, BLUE MOON VALLEY, BAISHUI RIVER

Ambil pakej dari hostel terus walaupun ada option lebih murah. Pakej dengan INTERNATIONAL YOUTH HOSTEL dalam 250 YUAN seorang tanpa cabel car ke JADE DRAGON. Tapi deal dengan driver, dia berusaha dapatkan juga ticket ke Jade Dragon. So kira rezeki la juga walaupun kena tambah lagi 100 Yuan. Kuota untuk kabel car biasanya penuh, jadi kalau nak merasa Jade Dragon, kena deal dengan hotel awal-awal.

Dari 7.30 pagi, pukul 4 petang baru settle melawat semua. bawa la biskut atau snek sebab sini tak ada jual makanan.

5.00PM – Masih di Lijiang tapi saja ambil hotel lain pula, nak merasa stay hotel mahal sikit dekat LIJIANG. Nama hotel Xilu Xiaxie Inn.

6.00PM – Naik Didi untuk ke station bas Kunming untuk beli tiket bas ke TIGER LEAPING GEORGE esok paginya.

Malam hanya berjalan di sekitar old town.

DAY 4 – TIGER LEAPING GEOGRE (TLG)

9.00 AM – Naik didi ke bas station.

9.30AM – Bergerak ke Tiger Leaping George.

10.40AM – Sampai Tina Guest House. kami pilih stay dekat Halfway Guest House. Kononnya nak mendaki ke Halfway Guest House dari Tina Guest House, tapi sebab kepenatan, ambil driver saja ke Halfway Guest House, kos hunya 150yuan untuk perjalanan dlm 20-30 minit.

Sampai Halfway Guest House, makan-makan dan ambil gambar. Tak ada aktiviti pun sebab tak rasa nak hike ke atas sebab esok paginya plan nak hike down to Tina Guest House.

Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam! 5
Foto via Facebook Hafimi Huzin
Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam! 6
Foto via Facebook Hafimi Huzin

DAY 5 – HIKING DOWN TO TINA GUEST HOUSE

Pemandangan yang menakjubkan sepanjang mendaki ke bawah. Lebih kurang 2 jam juga perjalanan tapi tak terasa sebab sepanjang pendakian, dihamparkan dengan view yang amazing.

Sampai je Tina Guest House, terus ambil trek Middle George Town, hiking down melihat sungai jeram yang deras. Boleh ambil kuda juga utk naik balik ke Tina dengan kos dalam 100 yuan.

3.30 PM – Naik Bas dari Tina ke Lijiang Old Town. Sampai Lijiang Old Town, makan dan jalan-jalan sikit sampai malam.

9.30PM – Ambil train untuk ke Kunming. Boleh beli online. Saya book dari trip.com saja. Hard sleeper bed dalam RM90/pax.

6.30AM- Sampai Kunming. Stay dekat Upland Youth Hostel. Semua hotel dekat Lijiang and Kunming Alhamdulillah boleh check in awal and staff were very attentive. Staff hotel dekat Kunming ni memang speak fluent English.

DAY 6

2 hari dekat kunming, tak banyak sangat yang menarik since kami pun hanya berjalan-jalan sekitar bandar. Tak rasa nak pergi Stone Forest dan tempat lawatan yang lain. Hanya pergi taman yang ada burung banyak tu. Bagi makan dekat burung-burung putih.

DAY 7 – FLY KUNMING – KUL

Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam! 7
Foto via Facebook Hafimi Huzin
Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam! 8
Foto via Facebook Hafimi Huzin

TIPS & REVIEW

  • Bawa biskut, coklat bar atau maggie sebab ada tempat yang susah dapat makanan Halal.
  • Tawarlah harga serendah yang boleh masa beli souvenir. Insyaallah dapat je. Antara souvenir yang banyak dijual adalah shawl, windchime, batu jare, gelang tangan, cucuk sanggul.
  • Sewa portable wifi dari Roaming Man. Walk in saja kat KLIA2
  • Hostel atau GuestHouse di Tiger Leaping George kebanyakannya walk in saja. Tak perlu book pun tak apa. Halfway GuestHouse kami ambil dorm saja sebab keselesaannya sama je macam bilik double bed. Tak ramai orang sangat yang menginap di sini waktu kami datang. Jadi dalam dorm yang ada 8 katil, hanya kami berdua saja.
  • Dekat Kunming ada restaurant halal yang selesa sikit dari restoran halal yang biasa dijumpai dekat Lijiang.
  • Visa RM100 sahaja. Flight ke Kunming return RM400. Boleh dapat lagi murah dari ni time promo.
  • Orang-orang di sini sangat ramah dan suka membantu walaupun ada masalah komunikasi.
  • Kawan dompetnya hilang pun, masih berpeluang dapat semula walaupun selepas sejam hilang. Bergantung pada rezeki juga.
  • Pekerja restoran, customer service, airport semua murah dengan senyuman. Tak ada pula jenis yang suka cakap kasar.
  • Makanan sedap cuma hari-hari makan mee dan nasi goreng, muak juga.
  • Walaupun tak jadi beli atau kita menolak untuk guna apaapa servis, mereka tak akan tunjuk muka marah. masih boleh senyum.
  • Bandar lijiang dan Kunming yang sangat bersih
  • Lijiang pada saya sangat sejuk. Cecah 1 degree.
  • Lijiang tak susah tapi tak juga senang utk cari restoran halal. Kunming boleh dikatakan senang.
  • Toilet di airport Kunming sentiasa penuh.
  • Budaya meludah di mana mana.
  • Sesetengah tempat makan tak begitu bersih.
Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam! 9
Foto via Facebook Hafimi Huzin
Permandangan Cantik Dijanjikan Di Wilayah Selatan China Ini. Pasti Berbaloi Untuk Pencinta Alam! 10
Foto via Facebook Hafimi Huzin

Sumber: China Highlights, Facebook Hafimi Huzin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *