Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya

Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 1

Pengembaraan trip Eropah sememangnya menjadi banyak idaman ramai orang yang suka melancong. Memandangkan Eropah mempunyai lebih daripada 40 negara di bawahnya, terlalu banyak tempat menarik dan cantik untuk dijejaki dalam setiap negara.

Ianya terpulang kepada anda apakah yang anda mahukan ketika pengembaraan anda. Anda suka sejarah, boleh pergi ke tempat bersejarah yang banyak monumen-monumen kuno dan jika anda sukakan keindahan alam semulajadi, anda boleh cari lokasi-lokasi yang jauh dari bandar untuk dapatkan permandangan alam semulajadi dengan membuat roadtrip.

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan seorang wanita mengembara solo ke 13 negara di Eropah selama sebulan. Kali ini, seorang pemegang akaun Facebook bernama Farah Suhaili pula berkongsi itinerari beliau dan rakannya bercuti ke 14 negara eropah juga selama sebulan. Yang pastinya perjalanan ke negara yang mereka lalui adalah lain.

Kallau dilihat, sebulan memang tidak cukup untuk menjelajah ke seluruh negara Eropah tetapi trip-trip yang kami kongsikan ini boleh menjadikan rujukan kepada anda sekiranya anda bercadang untuk membuat pengembaraan ke Eropah. Jadi, jemput baca itinerari yang dikongsi oleh Farah Suhaili di bawah ini.

Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 2
Foto via Facebook Farah Suhaili

KOS KASAR

  • Ticket flight oman air: RM 2300 (return)
  • Kul-Zurich : Istanbul-Kul
  • Total budget (termasuk shopping dan makan) : RM12k
  • Axa insurance: RM 100
  • Sim card 12gb for 30 days : RM140 (beli di hello1010.my)
  • 3 days swiss pass: 192chf ( happyrail.com)

Dan saya mostly pakai big pay card je sbb penat asyik kena tukar currency je nanti. Dah la rate bagus, tak ada charge pula tu.

14 NEGARA TERLIBAT

  1. Switzerland
  2. Austria
  3. Czech Republic
  4. Slovakia
  5. Hungary
  6. Slovenia
  7. Croatia
  8. Bosnia
  9. Montenegro
  10. Macedonia
  11. Bulgaria
  12. Greece
  13. Turkey
  14. Oman

LALUAN PERJALANAN

Zurich – Interlaken – Bern – Zurich —> Salzburg – Prague – Vienna – Bratislava – Budapest – ljubljana – Zagreb – Plitvice Lake – Split – Mostar – Dubrovnik – Kotor – Skopje – Bulgaria – Athens – Santorini – Athens – Istanbul – Oman

PENGANGKUTAN YANG DIGUNAKAN

  • Swiss – Salzburg – Prague – Vienna : Train
  • Tempat lain : Bus ( mostly flixbus, promet makashka, croatian bus)
  • Athens – Santorini : return flight (ryan air)
  • Dalam Santorini : kereta sewa (35euro sehari) – boleh juga naik bus/sewa motor
  • Boleh download apps
    1. Flixbus
    2. Goeuro (Dekat sini macam skyscanner tapi versi train, bus dan flight) jadi dia akan tunjukkan mode of transportation yang paling murah.

BAGAIMAN BERBELANJA DI SANA

Saya bawa euro dan card bigpay sahaja. Kalau negara yang pergi 2 hari dan lebih baru saya tukar ke duit local. Contohnya Prague, Budapest, Croatia, Montenegro dan Turkey. Di Swiss saya pakai kad sahaja, sebab mostly shopping di kedai.

TEMPAT TINGGAL

Ada yang duduk di hostel, tapi mostly di negara Balkan saya duduk di hotel sebab murah dan lebih selesa.

ITINERARI

Day 1-3 : Switzerland

  • 3 day Swiss pass: 192 chf
  • Lauterbrunnen is basically paradise on earth, korang ingat cerita Dilwale (zaman dulu tu, bukan yang baru ni) lawa sangat kawasan ni!
  • Hostel: Happy Inn Lodge( Interlaken)
  • Lauterbrunnen, Murren, Birg (Sky Walk), Schilltorn (007 piz gloria), Trummelbachfalle, Bern- bear park, city walk
Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 3
Foto via Facebook Farah Suhaili
Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 4
Foto via Facebook Farah Suhaili

Day 4: Salzburg

  • please rasa pretzel dekat uncle yang jual near the funicular to Hohensalzburg Castle

Day 5 – 6: Prague, Czech Republic

  • Korang boleh tengok honest guide youtube (sangat sangat beneficial)
  • Some interesting place:
    1. Lift yang tak ada pintu dekat city hall
    2. Clock tower untuk tengok whole old city

Day 7-8 : Vienna , Austria

This is the city of mozart guys! What else, tengoklah classic music concert, bawa pakaian bersesuaian atau kalau korang suka opera tapi still nak jimat duit? Beli standing ticket berharga 4 euro je.

Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 5
Foto via Facebook Farah Suhaili
Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 6
Foto via Facebook Farah Suhaili

Day 9 : Bratislava , Slovakia

Ni macam bandar yang baru membangun, wifi everywhere, luggage storage free! Sesuai untuk day trip. Makanan halal? Pergi kedai Shawarma King, kedai dia just opposite old town hall.

Day 10-11 : Budapest, Hungary

Buda and pest is separated by the chain bridge. Korang boleh tengok beza buda and pest area, harga pun berbeza sangat. Silalah pergi fisherman bastion waktu malam, Ya Allah view dia amazing!

Day 12: ljubljana , Slovenia

City of dragon, visit the most famous dragon bridge. Such a small city to explore, you just need to walk,walk and walk!

Day 13 : Zagreb , Croatia

Ouh tempat paling menarik, Museum of Broken Heart, kena pergi okay! Merchandise dia awesome.

Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 7
Foto via Facebook Farah Suhaili
Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 8
Foto via Facebook Farah Suhaili

Day 14: Plitvice National Park , Croatia

Nature lover tolonglah datang sini, cantiknya tu MasyaAllah. Korang boleh pilih route sama ada dekat atau jauh. Ada jarak 2km – 20km. Kami pilih 10 km je, itupun penatnya kemain, asyik tanya diri sendiri bila nak sampai ni. Tapi lagi cantik kalau pergi musim bunga sebenarnya.

Day 15: Split, Croatia

Ni pun tempat penggambaran game of throne. Apa yang paling menarik? Korang kena naik bell tower dia! Gayatnya bukan boleh main-main, bayangkan naik tangga yang tepi dia kosong boleh nampak bawah tu! Tapi view dia amazing! Tolonglah naik.

Tempat gambar lawa? Riva Promenade, bolehlah korang ootd.

Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 9
Foto via Facebook Farah Suhaili
Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 10
Foto via Facebook Farah Suhaili

Day 16: Mostar , Bosnia

Ni datang semata-mata for Stari Most (bridge yang dibina pada tahun 1956, tapi roboh sebab war, dibina semula pada tahun 2004). Kat sini korg boleh tengok bangunan yang masih ada kesan peluru.

Day 17: Dubrovnik, Croatia

I can hear you scream GOT fans! Datang sini of course kena pergi city wall dia – tempat king’s landing dalam game of throne. Memang lawa sangat view kat atas ni. Mahal tu mahal jugaklah 150kuna (20 euro) tapi view dia sangat best!

Day 18 – 19: Kotor, Montenegro

Kotor, city of cat, kucing comel merata-rata oi! Naik kotor fortress untuk tengok view of whole city! Kena bayar 8 euro. Tak nak bayar? Naik sebelum 8 pagi!

Korang boelh pergi Budva, 8 euro je return ticket. Atau buat macam kami naik private boat buat tour pergi Perast and Lady of The Rock.

Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 11
Foto via Facebook Farah Suhaili
Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 12
Foto via Facebook Farah Suhaili

Day 20: Skopje , Macedonia

City of Alexander the great! Korang boleh tengok statue dia everywhere kat sini! Nak makan makanan halal murah? Pergi Kosmos, Kofte dia terbaik! Ouh by the way ,shopping pun murah juga, kat sini ramai muslim from Turkey dan Albania. Nak shopping baju perempuan murah juga lah!

Day 21: Sofia , Bulgaria

Kami datang sini semata-mata sebab cerita Dilwale (haa,ni Dilwale yang baru). Siap pasang lagu janam-janam untuk mengimbas memori giteww.

Day 23 dan 27: Athens, Greece

Pergi Pathenon, Acropolis. Ouh jangan lupa view sunset amazing dari Filoppapau Hill, boleh nampak seluruh Athens and Pathenon jugak!

Day 24 – 26: Santorini , Greece

Jangan lupa bawa favourite dress korang okay! Pastikan colour dia contrast dengan warna putih, ya Allah sangat cantik santorini ni. Gambar kat setiap postcard tu diambil dari Oia taw! Haa jangan lupa tgk sunset dekat Oia Castle!

Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 13
Foto via Facebook Farah Suhaili
Trip Eropah Idaman Ramai Orang, Tawan 14 Negara. Wanita Ini Kongsikan Itinerarinya 14
Foto via Facebook Farah Suhaili

Day 28 – 30: Istanbul , Turkey

Kami datang sini memang untuk shopping semata-mata sebab pernah datang dulu. Nak beli baklava? Beli di Saniora (turun di Tram Findikzade) ni kedai syrian, baklava dia sangat sedap!

Ouh by the way, kalau nak shopping,better pergi Spice Bazaar (Tram Eminonu) daripada Grand bazaar. Kalau korang pergi Bursa wajib makan di Bursa Kebapcisi! Dekat dengan masjid and Hoza Han, lagi sedap berbanding Iskander Kebapcisi (yang terkenal tu).

Pembaca Geng Travel boleh ikuti instagram @yolotravelr untuk bertanyakan tentang trip ini atau info travel lain yang menarik.

Sumber: Facebook Farah Suhaili

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *