Harga Berpatutan, 9 Benda Best Dalam Koc ETS2 Kelas Bisnes. Berbaloi!

Harga Berpatutan, 9 Benda Best Dalam Koc ETS2 Kelas Bisnes. Berbaloi! 1

Pada Oktober yang lepas, perkhidmatan Tren Elektrik 2 (ETS2) yang baru telah diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTMB) dan mendapat sambutan hangat oleh netizen.

Kemudahan seperti wifi, paparan atau skrin hiburan, slot USB, soket kuasa tiga pin, lampu membaca sehinggalah kerusi boleh laras membuatkan koc kelas pertama ini seakan seperti mendapat layanan di dalam penerbangan kelas pertama.

Untuk pengetahuan umum, hanya satu daripada enam gerabak ETS2 ini dikhaskan untuk koc kelas pertama. Koc kelas pertama ini hanya memuatkan 36 penumpang sahaja demi memberi ruang yang lebih luas dan keselesaan kepada penumpang.

Malah terdapat perkhidmatan pelayan khas seperti pramugara atau pramugari disediakan bagi mengedarkan makanan dan minuman yang ditempat oleh penumpang. Paling menarik, mereka ini mendapat latihan daripada Malaysia Airlines Berhad sendiri.

Harga Berpatutan, 9 Benda Best Dalam Koc ETS2 Kelas Bisnes. Berbaloi! 2
Foto via Facebook Redzuan Abd Manaf
Harga Berpatutan, 9 Benda Best Dalam Koc ETS2 Kelas Bisnes. Berbaloi! 3
Foto via Facebook Redzuan Abd Manaf
Harga Berpatutan, 9 Benda Best Dalam Koc ETS2 Kelas Bisnes. Berbaloi! 4
Foto via Facebook Redzuan Abd Manaf

Sejak diperkenalkan, tiket promosi pada 15 September yang lepas untuk perjalanan sehingga 30 Oktober 2019 telah habis dijual hanya dalam tempoh seminggu. Namun, harga tiket akan dijual mengikut konsep syarikat penerbangan iaitu mengikut musim.

Seorang kakitangan ETS2 bernama Redzuan Abd Manaf berkongsi di Facebook mengenai pengalaman beliau dan gambaran kemudahan yang diberikan oleh perkhidmatan ini ketika menjalanakan tugas di koc kelas pertama ETS2.

Menurut staf terbabit, antara fasiliti yang disediakan untuk koc kelas pertama adalah seperti di bawah:

  1. Seat single, selesa dan ruang yang lebih luas.
  2. Seat boleh pusing/laras mengikut arah perjalanan bebas.
  3. Punya TV LCD di setiap kerusi (boleh tengok movie, maklumat berkenaaan ets, mendengar lagu dan boleh order makanan dengan lebih pantas.
  4. Power soket ada di setiap seat.
  5. Hanya punya untuk 36 seat dan boleh muatkan 36 passengers.
  6. Welcome drink/meal percuma disajikan..
  7. Wifi percuma.
  8. Onboard System.
  9. Amenity Kit.
Harga Berpatutan, 9 Benda Best Dalam Koc ETS2 Kelas Bisnes. Berbaloi! 5
Foto via Facebook Redzuan Abd Manaf
Harga Berpatutan, 9 Benda Best Dalam Koc ETS2 Kelas Bisnes. Berbaloi! 6
Foto via Facebook Redzuan Abd Manaf
Harga Berpatutan, 9 Benda Best Dalam Koc ETS2 Kelas Bisnes. Berbaloi! 7
Foto via Facebook Redzuan Abd Manaf

Sumber: Facebook Redzuan Abd Manaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *