Trip ke Maldives Hanya Bermodal RM1100. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya. Berbaloi!

Trip ke Maldives Hanya Bermodal RM1100. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya. Berbaloi! 1

Anda rasa trip ke Maldives memerlukan kos yang tinggi? Ramai orang beranggapan melancong memerlukan persediaan wang yang banyak. Sebenarnya ada caranya untuk anda berjimat ketika melancong. Antaranya faktor terbesar yang boleh menyumbang kepada penggunaan wang yang banyak ketika melancong adalah tiket kapal terbang dan penginapan.

Tapi jangan disebabkan nak tunjuk hebatnya anda berjimat sehinggakan anda abaikan faktor-faktor keselamatan sehinggakan terpaksa mengikat perut atau tidur dijalanan. Jimat atau tidak itu sangat subjektif kerana ianya bergantung kepada bagaimana anda inginkan percutian anda, sama ada mewah atau bersederhana asalkan dapat menikmati percutian dengan gembira.

Sebagai contoh ramai beranggapan untuk bercuti ke Maldives memerlukan wang yang banyak. Tapi jika anda bijak mencari peluang terutamanya ketika promosi, anda akan dapat tiket penerbangan yang murah. Pemilik akaun Facebook bernama Aidili Fashilin ini berkongsi kos tiket penerbangan beliau hanya berharga RM377 untuk pergi dan balik

Malah dari perkongsian beliau itu, kos untuk penginapan hanya RM333 untuk dua malam dan caj masuk pula berharga RM180. Manakala pengangkutan dan makan hanya RM60 dan RM150 masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan yang dileburkan beliau hanya RM1100. Jom ikuti perkongsian itinerari beliau di bawah ini.

Trip ke Maldives Hanya Bermodal RM1100. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya. Berbaloi! 2
Foto via Facebook Adili Fashilin

Maldives on Backpackers Budget

Salam. Sharing sedikit sebanyak solo trip saya ke Maldives April lepas. Trip bajet dlm RM 1100 all in untuk 4 hari 3 malam.

Maldives ni memang dah lama ada dlm bucketlist saya, tapi sebab cost ke sana mahal, terpaksalah saya postpone the trip a few years until pak Tony (airasia) offered me cheap tix price (RM 377 return). Beli pun last minit, lebih kurang sebulan sebelum trip ni (Final Call Sale). Saya memang jenis travel bila ada tiket murah je, selagi tak dpt murah sanggup skip dulu LOL.

ITINERARI

Day 1 :

  • KL-Male (direct flight)
  • Flight sampai Male airport dlm 8.30pm.
  • Tukar sikit USD to Rufiya dekat money changer airport. Tak perlu tukar banyak sebab most transaction guna USD.
  • Bermalam di airport je. Kat area luar arrival hall tu banyak je kerusi kosong utk menumpang. Airport ni sibuk 24 jam so tak perlu risau.
Trip ke Maldives Hanya Bermodal RM1100. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya. Berbaloi! 3
Foto via Facebook Adili Fashilin

Day 2 :

  • Bertolak ke Male island dengan public ferry (MVR10)
  • Jalan kaki ke Villingili ferry terminal dlm 30-40 minit. Jalan2 santai sambil tengok kehidupan rakyat Maldives.
  • Depart to Maafushi Island by public ferry (MVR50) perjalanan dalam 2 jam.
  • Sampai Maafushi dan checkin Maafushi Inn for 2 nights. Sadly no backpackers hostel here.
  • Petang dan malam lepak sekitar Maafushi.

Day 3 :

  • Half day snorkeling trip (USD25), beli kat hotel belakang Kaani village. Include lunch, sandbank and chase dolphin.
  • Petang jalan-jalan sekitar Maafushi
  • Malam join Night Fishing activity (USD20), beli kat hotel belakang Kaani village jugak.
Trip ke Maldives Hanya Bermodal RM1100. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya. Berbaloi! 4
Foto via Facebook Adili Fashilin
Trip ke Maldives Hanya Bermodal RM1100. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya. Berbaloi! 5
Foto via Facebook Adili Fashilin

Day 4 :

  • Checkout awal for public ferry back to Male Island (kul 7.30am)
  • Arrive Male: sightseeing & cultural tour around Male (sempat melawat Friday Mosque, Islamic centre, Republic Square, Sultan Park, President House, National Museum, artificial beach, Tsunami memorial, Male market)
  • Petang tu naik public ferry (MVR10) back to Hulhule Island (pulau airport)
  • Since awal lagi flight balik, decide utk ke Hulhumale Island pulak by public bus (MVR20)
  • Lepak kat Hulhumale Island white beach until sunset.
  • Kul 10pm flight balik to KL
Trip ke Maldives Hanya Bermodal RM1100. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya. Berbaloi! 6
Foto via Facebook Adili Fashilin
Trip ke Maldives Hanya Bermodal RM1100. Lelaki Ini Kongsikan Itinerarinya. Berbaloi! 7
Foto via Facebook Adili Fashilin

KOS

KOS KESELURUHAN : RM1100

  • Flight ticket : RM 377 (KL-Male-KL)
  • Accomodation : RM 333 (2 nights book through Agoda)
  • Transportation : RM 60 (bus/ferry)
  • Tour/Entrance fees: RM180
  • Meals/shopping/etc: RM150 (buffet dinner serendah USD10 kat Maafushi)

Sekian. Semoga bermanfaat!

Nak lagi info travel dan inspirasi gambar-gambar travel yang menarik dari beliau silakan ikuti instagram beliau @adlybilly.

Sumber: Facebook Adili Fashilin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *