fbpx

Elak Jadi Mangsa Scam Di Mekah dan Madinah. Ketahui 6 Cara Mereka ‘Buat Kerja’

Ahmad Suhael

Kota Mekah dan Madinah tidak lain tidak bukan adalah tempat suci bagi umat Islam seluruh dunia. Bagi penganut Islam, tempat tersebut adalah tempat yang penuh berkat dan penuh bersejarah. Malah, ianya dijadikan tempat-tempat tumpuan terutamanya kepada umat Islam untuk menunaikan umrah, haji dan lain-lain ibadat. Semestinya ramai orang juga akan bersedekah di sana.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak suka mengambil kesempatan disebalik niat baik orang yang hadir ke tanah suci ini. Walaupun di tanah suci kota Mekah, masih ada juga manusia yang berani melakukan scam di Mekah dan Madinah dalam meminta duit. Mereka ini sama seperti skammer lain di luar sana mengambil kesempatan kepada pelancong luar yang hadir di sesuatu tempat baru.

Menerusi perkongsian di Facebook Pages Rahsia Wajah Cantik, aktiviti skammer di tanah suci berlaku kepada banyak mangsa terutamanya mereka dari negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Mungkin disebabkan oleh lembut hati untuk bersedekah di sana. Jadi lebih mudah untuk mereka mengambil kesempatan.

Taktik Kotor Scam di Mekah dan Madinah

Menurut perkongsian terbabit, terdapat beberapa cara mereka ini melakukan kerja mereka ini. Ianya boleh dibahagikan secara kasar dan halus.

  1. Sudah pastinya bag kita di seloknya atau di torehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf atau Saie. Cara mereka lakukan pekerjaan memang professional sehinggakan kita tidak sedar duit telah di curi. (Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama)
  2. Skammer jadi pengiring (kononnya escort kita) untuk cium Hajarul Aswad. Ini dibuat oleh orang Indonesia di mana dia akan himpit kita dan bertanya “pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mau, dia mintak siap-siap 400 Saudi Riyal, kadang-kadang 1000 Riyal pun ada. kita cakap tak ada atau tak mau, dia akan pergi. Tapi kalau kita cakap mau, dia akan bawa kita separuh jalan, kemudian separuh jalan lagi dia pun hilang. Ada juga kes yang ikut kita sampai ke hotel untuk tuntut duit.
  3. Hati-hati bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. saya pernah tengok depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal sahaja. Kemudian, mak cik tu tanya “saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, mak cik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal. Makcik tu pun terkiyal-kiyal dengan mamat tu. Hakikatnya saya tengok sendiri mak cik tu bagi dia 100 riyal. Hati-hati dengan penjual yang duduk atas food-truck di Jabal Rahmah.
  4. Mak-mak arab yang berjubah hitam yang menjual dan meminta sedekah di sekitar Masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya skammer, mereka boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak pelakon sampingan lagi. Jadi, awas jangan cepat melatah dan bermurah hati sangat. Sekali kita bagi, anda akan dikerumun oleh “mereka”.
  5. Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport Jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat-buat pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat-buat cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan… (padahal itulah game plan dia) kalau nak secure baik amek GRAB/UBER terus.
  6. Akan didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik kita ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yang dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yang sedang baring) untuk memberikan kita yakin dengan ceritanya, dia mintak 500 Riyal untuk kos perubatan mak dia dan makan.

Ambil Langkah Berhati-hati

Berikutan daripada perkongsian ini, beberapa langkah berhati-hati yang boleh anda ambil ketika berada di sana. Antara:

  1. Jika ingin bersedekah, bersedekah kepada pekerja atau tukang cuci dan sapu sampah di kawasan luar atau dalam masjid.
  2. Bawa duit kecil jika keluar hotel untuk ke masjid. Mudah untuk bersedekah dan membeli. Selain itu, untuk mengelakkan kerugian besar jika dirompak atau duit hilang.
  3. Untuk bergerak digalakkan menggunakan applikasi e-hailling UBER ataupun Grab. Harga lebih terkawal dan tidak mudah ditipu oleh teksi
  4. Bergerak bersama kumpulan supaya tidak menjadi tumpan oleh scammer ini.
  5. Seeloknya tunai umrah melalu agensi bertauliah dan berdaftar untuk kali pertama supaya anda lebih dipimpin untuk menunaikan umrah atau haji dengan lebih selamat.

Netizen Berkongsi Pengalaman Di Scam Di Mekah dan Madinah

Netizen juga turut berkongsi pengalaman terkena scam ketika menunaikan ibadat di sana. Boleh baca perkongsian di bawah.

Elak Jadi Mangsa Scam Di Mekah dan Madinah. Ketahui 6 Cara Mereka 'Buat Kerja' 1
Elak Jadi Mangsa Scam Di Mekah dan Madinah. Ketahui 6 Cara Mereka 'Buat Kerja' 2
Elak Jadi Mangsa Scam Di Mekah dan Madinah. Ketahui 6 Cara Mereka 'Buat Kerja' 3
Elak Jadi Mangsa Scam Di Mekah dan Madinah. Ketahui 6 Cara Mereka 'Buat Kerja' 4
Elak Jadi Mangsa Scam Di Mekah dan Madinah. Ketahui 6 Cara Mereka 'Buat Kerja' 5

Sumber: Facebook Pages Rahsia Wajah Cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lokasi Kek Lapis Sarawak Terbaik Untuk Dibawa Pulang Jika Melancong Ke Sarawak

Apabila anda melawat ke destinasi-destinasi menari di Sarawak, antara memori atau kenangan yang boleh di bawa pulang selain gambar kenangan adalah kek lapis Sarawak. Bak kata sesetengah orang, kalau tak beli kek lapis Sarawak seperti tidak lengkap percutian ke sana. Kek lapis Sarawak sememangnya popular disebabkan oleh keunikan warna-warni dan […]
Elak Jadi Mangsa Scam Di Mekah dan Madinah. Ketahui 6 Cara Mereka 'Buat Kerja' 7