fbpx

Lokasi Kek Lapis Sarawak Terbaik Untuk Dibawa Pulang Jika Melancong Ke Sarawak

Ahmad Suhael

Apabila anda melawat ke destinasi-destinasi menari di Sarawak, antara memori atau kenangan yang boleh di bawa pulang selain gambar kenangan adalah kek lapis Sarawak. Bak kata sesetengah orang, kalau tak beli kek lapis Sarawak seperti tidak lengkap percutian ke sana.

Kek lapis Sarawak sememangnya popular disebabkan oleh keunikan warna-warni dan coraknya dan juga rasa yang pelbagai. Adunan untuk membuat kek lapis ini menggunakan sama ada mentega atau minyak sayuran, susu dan telur. la juga memerlukan si pembuatnya mempunyai lengan yang kuat atau pengadun elektrik untuk dihasilkan dengan baik.

Lokasi Kek Lapis Sarawak Terbaik Untuk Dibawa Pulang Jika Melancong Ke Sarawak 1
Foto via Idayu Sofni

Kek lapis Sarawak kebiasaannya di bakar untuk mendapatkan tekstur yang teguh dan setiap lapisan diletak jem atau bahan manis yang sebagai pelekat. Kek lapis yang lebih terperinci selalu memerlukan acuan khas bagi mengekalkan ketebalan lapisan yang sempurna.

Untuk pengetahuan anda, kek lapis merupakan antara makanan yang biasanya akan disajikan di negeri Sarawak sewaktu majlis-majlis khas. Kek ini juga dipanggil sebagai Kek Lapis Moden Sarawak dan Kek Lapis. Selain itu, kek lapis Sarawak juga disajikan terutamanya ketika hari perayaan agama atau kebudayaan seperti Aidilfitri, Krismas, Deepavali, hari jadi dan majlis perkahwinan.

Kebiasannya, setiap kedai yang menjual kek lapis Sarawak akan menawarkan sehingga 30 variasi Kek Lapis. Antara yang popular adalah Masam Manis, Hati Pari. Bagi yang bercadang untuk ke Sarawak boleh cuba lawati beberapa senarai lokasi kek lapis Sarawak di bawah ini. Boleh bungkus untuk di bawa balik kek lapis untuk kenalan bila pulang nanti.

1. Liza Kek Lapis

Lokasi Kek Lapis Sarawak Terbaik Untuk Dibawa Pulang Jika Melancong Ke Sarawak 2
Foto via Facebook

Alamat: 1, Bishopgate Rd, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi : 9.30 am – 9.30 pm

No. Telefon : 012-880 4471

2. Mira Cake House

Lokasi Kek Lapis Sarawak Terbaik Untuk Dibawa Pulang Jika Melancong Ke Sarawak 3
Foto via Facebook

Website: www.miracakehouse.com

Alamat : 9, Jalan Enggang, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor (cawangan semenanjung)

Waktu Operasi : 7.30 am11.00 pm

No. Telefon : 012-854 1004

3. Kek Lapis Dayang Salhah

Lokasi Kek Lapis Sarawak Terbaik Untuk Dibawa Pulang Jika Melancong Ke Sarawak 4
Foto via Azaleania Blog

Website: www.dayangsalhahkeklapis.com

Alamat : Petra Jaya, 40, Jalan Gersik, Kampung Gersik, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi : 9.00 am – 11.00 pm

No. Telefon : 082-445 040

4. Asma Cake House

Lokasi Kek Lapis Sarawak Terbaik Untuk Dibawa Pulang Jika Melancong Ke Sarawak 5
Foto via Foursquare

Website: www.asmacakehouse.weebly.com

Alamat : Lorong Desa Ilmu 22, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Waktu Operasi : 9.00 am – 9.00 pm

No. Telefon : 013-806 6879

5. Maria Kek Lapis

Lokasi Kek Lapis Sarawak Terbaik Untuk Dibawa Pulang Jika Melancong Ke Sarawak 6
Foto via Facebook

Alamat : 37, Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi : 9.00 am – 9.00 pm

No. Telefon : 012-886 3337

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Cawan Berperisa Vanilla Yang Boleh Di Makan Diperkenalkan Oleh Air New Zealand

Idea memperkenalkan cawan berperisa vanilla yang boleh di makan oleh Syarikat penerbangan Air New Zealand sangatlah berpatutan untuk mendorong mengurangkan sisa buangan terutamanya dalam penerbangan. Walaubagaimanapun, idea ini masih dalam proses diuji keberkesanannya. Selain boleh di makan, cawan terbabit boleh memegang minuman panas tanpa hancur. Idea ini dihasilkan dengan kerjasama […]
Lokasi Kek Lapis Sarawak Terbaik Untuk Dibawa Pulang Jika Melancong Ke Sarawak 8