Cawan Berperisa Vanilla Yang Boleh Di Makan Diperkenalkan Oleh Air New Zealand
Idea memperkenalkan cawan berperisa vanilla yang boleh di makan oleh Syarikat penerbangan Air New Zealand sangatlah berpatutan untuk mendorong mengurangkan sisa buangan terutamanya dalam penerbangan. Walaubagaimanapun, idea ini masih dalam proses diuji keberkesanannya.
Selain boleh di makan, cawan terbabit boleh memegang minuman panas tanpa hancur. Idea ini dihasilkan dengan kerjasama syarikat inovatif dari New Zealand iaitu Twiice dalam mencapai objectif ke arah menjadikan 8 juta cawan kopi di dalam penerbangan lebih mesra alam.
“Kami telah bekerjasama dengan syarikat inovatif New Zealand untuk meneroka masa depan cawan kopi yang boleh dimakan, yang berperisa vanila dan bocor,”
kata pengurus kanan Air New Zealand, Niki Chave.
Menurut pengasas bersama Twiice, Jamie Cashmore, kerjasama telah menghasilkan inovatif yang kecil tetapi dapat memberi impak yang positif kepada alam sekitar selain dapat memberikan pengalaman yang hebat kepada pelanggan menjadikan cawan sebagai pencuci mulut.”
Projek cawan ini mungkin akan diteruskan kepada produk-produk lain seperti piring, sudu dan garfu jika idea ini berjaya dan mendapat sokongan dari pelanggan. Walaubagaimanapun, antara halangan yang dihadapi adalah perisa vanilla mungkin tidak sesuai untuk dijadikan sebagai piring, sudu dan garfu disebabkan rasa manisnya yang mungkin tidak sesuai dengan hidangan yang disediakan.
Buat masa sekarang, cawan ini hanya diperkenalkan di dalam beberapa penerbangan antara New Zealand dan Australia sahaja. Jadi jika anda nak merasa cawan yang boleh dimakan ni boleh lah ke Australia.



Sumber: Independent, Business Traveller