Ringkas Tapi Berguna Tips Mendaki Gunung Kinabalu Yang Dikongsikan Wanita Ini
Ringkas Tapi Berguna Tips Mendaki Gunung Kinabalu Yang Dikongsikan Wanita Ini 1

Ringkas Tapi Berguna Tips Mendaki Gunung Kinabalu Yang Dikongsikan Wanita Ini

Mendaki Gunung Kinabalu bukan sesuatu perkara yang boleh dianggap mudah. Ini kerana keadaan cuaca dan suhu di sepanjang pendakian adalah tidak seperti gunung-gunung di semenanjung. Suhu yang sejuk dan kadang kala boleh menjadi terlampau sejuk memerlukan ketahanan diri yang kuat.

Jadi, untuk sesiapa yang bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu, persiapan yang cukup mestilah dibuat dari segi fizikal dan juga mental. Berikut merupakan beberapa tips mendaki Gunung Kinabalu yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Zalina Zainal yang boleh anda amalkan untuk ke sana:

Ringkas Tapi Berguna Tips Mendaki Gunung Kinabalu Yang Dikongsikan Wanita Ini 2
Foto via Facebook Zalina Zainal

1. Permit/Lesen dari Travel Agensi harga antara RM350- RM390. (Boleh survey sebab ada banyak harga) Pakej termasuk Tour Guide, Permit, Tiket masuk Kinabalu Park,Insurans, Penginapan, Sajian (2 x Sajian), sajian ini disediakan oleh pihak hotel di Laban Rata.

2. Sepanjang mendaki setiap 1 KM ada pondok untuk berehat, siap dengan toilet yang bersih dan ada sumber air.

3. Line telefon juga ada di sepanjang laluan sehingga ke puncak.

4. Pernah dengar trek bertangga? Bukan semua ya kawan-kawan. Tengok gambar yang saya beri tu. Meleset sangkaan saya pada awal nya. Haha!

5. Biasanya akan sampai di Laban Rata pada jam 3 petang. Kalian boleh rehat, mandi, solat di dorm yang disediakan. Satu dorm 14 orang. Saya masak air untuk mandi, sebab terlalu sejuk. Dah selesai semua boleh la makan di café yang disediakan.

6. Jam 2 pagi dah perlu bersiap-siap dan sarapan di Café. Wajib makan untuk tenaga. Selesai taklimat dan bacaan doa tepat jam 2.30 kumpulan pertama akan dilepaskan.

7. Mesti mendaki slow-slow dan jangan gopoh itu petuanya. Ingat situasinya, udara sangat sejuk, jalan licin, gelap hanya dengan bantuan headlamp, dan hanya terdapat beberapa tali sahaja di sepanjang pendakian.

Ringkas Tapi Berguna Tips Mendaki Gunung Kinabalu Yang Dikongsikan Wanita Ini 3
Foto via Facebook Zalina Zainal

8. Untuk mudahkan pendakian. Ini senarai peralatan yang saya bawa.

Beg Pack (Saiz Sederhana) – Kalis Air ( Jika ada, kalau tiada beli plastik dan cover bahagian luar beg kita). Jimat.

Baju Sejuk Waterproof (tebal), jangan guna sweater dan jangan terlalu tebal nanti susah bergerak. Untuk jimat space. Ikat baju sejuk di pinggang semasa mendaki.

Glove Waterproof –Glove waterproof sangat membantu untuk make sure tangan tak basah dan jari mengecut. Banyak guna tenaga tangan semasa nak mendaki. Tali yang digunakan untuk mendaki biasanya basah sebab cuaca yang selalu hujan dan lembap.

Baju Hujan – Beli yang nipis pun cukup. RM2 di supersave.

Head Lamp –Digunakan semasa mendaki ke puncak dari tapak Laban Rata. Perjalanan mendaki pada jam 2.30 pagi.

Tongkat khas mendaki – Membantu semasa mendaki dan menuruni gunung. (Sewa RM 10.00)

Mask/Snow Cap – Bagi melindungi telinga dan hidung semasa mendaki. Suasana yang terlalu sejuk akan buat kita tak selesa.

Kasut Hiking – Seeloknya yang bertapak kasar dan grip ( Saya pakai kasut sukan je, jangan terlalu besar dan terlalu kecil. Wajib pilih yang selesa. Kasut bata pun ok).

Berus Gigi – Travel Pack ( Bawak tau sebab walaupun sangat sejuk beku kat atas tu kita tetap akan mandi dan nak kena bersihkan diri untuk solat)

Tisu Basah – Bawa lah yang packet kecil sebab kat atas tu sejuk so kalau nak lap-lap tangan senang sikit.

Ubat sapu/ Spray Otot – Persediaan jika krem kaki dan disapu sebelum meneruskan pendakian pada jam 2.30 pagi esok nya.

Super Food – Saya bawa 1 botol 100plus kecil, 1 botol mineral, coklat yang banyak.
Sebab tak selera nak makan nasi sepanjang perjalanan. Kita makan heavy meal semasa sampai kat hotel je, sangat berbaloi.

Ringkas Tapi Berguna Tips Mendaki Gunung Kinabalu Yang Dikongsikan Wanita Ini 4
Foto via Facebook Zalina Zainal

# Ada juga pakej yang sediakan sekali dengan tiket flight. Boleh survey k.

Jika kalian perlukan kemudahan pengangkutan dari Bandar Kota Kinabalu ke Pintu Timpohon Gate (Pintu masuk pendakian Gunung Kinabalu) kalian boleh maklum pada TA dan mereka akan sediakan kenderaan. Kalian perlu mula mendaki sebelum jam 10 pagi. Jika lambat pintu akan ditutup.

# Bonus Tips – Buat Oksigen Training 2 minggu sebelum mendaki bagi mengelakkan berlakunya Kekurangan Oksigen @ AMS semasa sedang mendaki. Banyakkan training panjat bukit atau tangga yang tinggi. Semasa mendaki ambil nafas dalam-dalam sekerap mungkin untuk kurangkan risiko AMS.

# Sebelum naik mesti set minda untuk sentiasa positif dan ada sikap untuk cabar diri. Jangan give up dan mendaki slow-slow. Jangan risau Malim Gunung akan sentiasa berada dekat dengan kumpulan pendaki.

# Enjoy Your Trip dan Jangan Malas Ambil Gambar kita mungkin tak ada peluang dah untuk naik lepas ni.

Last sekali, Doa Usaha dan Tawakal, Berdoalah agar trip kalian nanti dipermudahkan dan dilindungi. Amin.

Sekian! Senang je. So dah boleh plan dengan kawan-kawan. Yang penting enjoy the view dan jaga keselamatan.

Ringkas Tapi Berguna Tips Mendaki Gunung Kinabalu Yang Dikongsikan Wanita Ini 5
Foto via Facebook Zalina Zainal

Sumber: Facebook Zalina Zainal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *