15 Tempat Menarik Di Jeju Yang Semestinya Buat Anda Jatuh Cinta dengannya

Bagi yang sudah biasa ke Korea Selatan, pasti anda akan menuju ke tempat yang popular di sana seperti Seoul. Sebenarnya selain Seoul, ada tempat lain di Korea Selatan yang perlu anda kunjungi bila anda ke sana iaitu Jeju. Walaubagaimanapun, untuk ke sini dari Seoul anda perlu menaiki penerbangan domestik.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin terus ke Jeju dari Kuala Lumpur, AirAsia telah pun membuka laluan terus ke sana berikutan daripada kecantikan Jeju yang sering dikongsi di media sosial oleh Sakinah Omar, pengasas Jeju Muslim Travel.

Untuk pengetahun anda, Jeju adalah merupakan pulau yang terbesar di Korea Selatan dengan keluasan 1,848km persegi. Bagi peminat alam semulajadi, Jeju sememangnya tempat yang sesuai untuk anda disebabkan keindahan alam semula jadinya. Malah, tempat menarik di Jeju juga sangat sesuai untuk dilawati bersama rakan dan keluarga.

Jadi jika anda merancang untuk ke Korea Selatan, sangat berbaloi untuk terokai Seoul dan Jeju terus seperti yang dilakukan oleh lelaki bernama Zairul Najmi. Bagi anda yang tidak tahu nak ke mana di Jeju, kami kongsikan beberapa tempat menarik di jeju di bawah untuk anda masukkan ke dalam senarai.

1 – Hallasan Mountain

Gunung Hallasan gunung tertinggi di Korea Selatan yang terbentuk daripada letusan volcano di Pulau Jeju. Meskipun Gunung Hallasan yang setinggi 1950m adalah yang tertinggi di Korea Selatan, ia adalah gunung yang mudah untuk didaki. Sangat cantik terutamanya bila tiba musim sejuk dan bunga.

Foto via Instagram

2 – Yongmeori Coast

Yongmeori Coast merupakan tebing tinggi terhasil daripada hakisan angin sejak ribuan tahun hingga membentuk tebing yang curam dan berjalur di sepanjang laluan tepi laut. Keunikan reka bentuk yang terhasil ini menjadikan kawasan ini lokasi yang digemari oleh pencinta alam semula jadi.

Foto via Taking Flights

3 – Seopjkoji

Seopjkoji ini sangat terutamanya ketika musim bunga. Dan disebabkan itulah ianya antara lokasi penggambaran drama dan filem Korea antaranya drama popular Korea ‘All-in’. Berbeza dengan kawasan teluk lain di Pulau Jeju, Seopjikoji terbentuk daripada debu gunung berapi berwarna merah yang dipanggil ‘songyi’.

Foto via Trazy

4 – Seongsan Ilchulbong

Juga dikenali sebagai Seongsan Sunrise Peak merupakan satu bukit yang terbentuk kawah yang besar di atasnya. Kawah tersebut beluasan 600m lebar dan 90m tinggi. Lokasi ini telah diiktiraf sebagai World Heritage oleh UNESCO di Korea Selatan bersama dengan Manjanggul Lava Tunnel.

Foto via Twitter

5 – Sangumburi Crater

Sangumburi adalah satu lagi kawah yang terbentuk dari letusan volcano. Tidak seperti Hallasan dan Songsan Ilchulbong, Sangumburi meletus dengan pantas tetapi tidak mengeluarkan lava dan debu yang banyak. Pembentukan kon juga adalah kurang di sekelilingnya. Kawasan sekelilingnya sangat cantik terutamanya ketika musim luruh atau sejuk.

Foto via KKday

6 – Jusangjeolli Columnar Daepo

Jusangjeolli Cliffs adalah kawasan tebing yang berbentuk heksagon. Dikatakan ianya terbentuk hasil daripada cecair lava yang mengalir dan menyentuh permukaan air yang sejuk, ia menjadi keras dan membeku. Bentuk heksagon di Giant’s Causeway di Utara Ireland juga tidak sesempurna bentuk heksagon yang terdapat di sini.

Foto via Natashathenomad

7 – Cheonjeyeon Waterfall

Tak jauh daripada Jusangjeolli Cliff terdapat air terjun yang terkenal di Pulau Jeju iaitu Cheonjeyeon Waterfall. Merupakan air terjun 3 tingkat yang terletak di Jungmun, tingkat pertama daripada air terjun ini mengalir daripada bumbung gua. Meskipun kelihatan cetek, kedalaman air di sini adalah 22 meter.

Foto via pinterest

8 – Manjanggul Cave

Manjanggul Cave merupakan terowong yang terbentuk daripada lava yang paling panjang di dunia iaitu sepanjang 14,422m. Terdapat satu gua di sini yang mana di dalamnya terdapat seketul batu berbentuk penyu (Turtle Stone) yang berbentuk seperti Pulau Jeju.

Foto via Get Your Guide

9 – Woljeong Beach

Pantai Woljeong merupakan salah satu daripada pantai yang berpasir putih bersih serta lautan yang biru memukau di Pulau Jeju. Dari pantai ini anda akan dapat melihat kincir angin dan pemandangan kawasan luar bandar yang menarik. Terdapat banyak café di sepanjang jalan pesisir pantai untuk anda yang berkunjung ke sana.

Foto via pinterest

10 – Udo Island

Pulau Udo boleh dikunjungi dengan menaiki feri selama 15 minit dari Seongsan Port ke pulau ini. Aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini adalah mendaki Udobong Peak, menunggang basikal, ATV atau anda juga boleh mengambil tour 1 hari dengan bas. Tempat ini sangat cantik terutamanya ketika musim bunga dan sejuk.

Foto via Visit Korea

11 – Jeju National University

Kawasan persekitaran di Jeju National University (JNU) ditanam dengan pokok sakura sepanjang 500 meter menjadikan pemandangan di sini sangat menarik apabila bunga-bunga sakura mula berkembang di musim bunga. (akhir Mach hingga awal April).

Foto via Nam Ho Travel

12 – Songeup Folk Village

Seongeup Folk Village yang terletak di Mr Halla adalah pekan kecil yang memaparkan budaya dan reka bentuk rumah tempatan di pulau ini. Batu hitam dari gunung berapi disusun dan diletakkan juga di rumah penduduk tempatan.

Foto via Living Nomad

13 – Mysterious Road

Jalan paling misteri di Dokkaebi Road terletak di kaki gunung. Jalan ini sangat misteri kerana kenderaan seperti kereta dan bas boleh bergerak ke arah bukit meskipun enjin telah dimatikan dan gear diletak pada mod Neutral. Hakikatnya jalan tersebut sebenarnya menurun sebanyak 3 darjah tetapi nampak menaik disebabkan oleh ilusi optikal.

Foto via Korea Tour

14 – Orange Farms

Ladang buah oren adalah satu lagi perkara yang sangat sinonim dengan Pulau Jeju. Penanaman buah oren dijalankan di serata Pulau Jeju. Ada beberapa jenis buah oren tetapi yang paling terkenal di sini adalah Halabong. Ada boleh rasai pengalaman memetik sendiri buah oren di beberapa buah ladang antaranya ialah Baengnokdam Farm dan Odeung Gamgyul Farm.

Foto via Cuti.my

15 – Jeongbang Waterfall

Air terjun Jeongbang adalah satu-satunya air terjun di Asia yang terus terjun ke laut yang berketinggian 23m tinggi. Kelebarannya boleh mencecah 8m terutamanya ketika hujan. Air terjun ini terletak di bandar Seogwipo, bayaran masuk ke kawasan air terjun ini adalah 2000won.

Foto via Trazy

Apa yang menariknya di Jeju ialah adalah empat musim iaitu sejuk, luruh, bunga, dan panas. Setiap musim ada kelebihan dan kecantikannya tersendiri. Adalah sangat berbaloi untuk merasai kesemua musim di sini. Bagi yang nak tips untuk ke Jeju, boleh baca perkongsian tips melancong ke Jeju sesuai untuk pelancong muslim dari Sakinah Omar di sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *