Travel Secara Roadtrip Memang Sangat Berbaloi. Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Memandu Di Eropah

Percutian secara roadtrip sememangnya menjadi idaman ramai orang. Kenapa tidak nya, dengan roadtrip kita dapat merasai sendiri memandu di tempat orang sambil disajikan suasana dan permandangan yang berbeza.

Tetapi sebelum bercadang untuk memandu di luar negara, perlulah kita untuk ketahui persediaan memandu dan undang-undang jalanraya di negara yang kita ingin memandu. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan menyusahkan kita sendiri di kemudian hari.

Sebagai contoh, jalanraya dan cara pemanduan di eropah sangat berbeza. Tempat duduk pemandu di sebelah kiri. Selain itu, jalan raya di sana agak licin terutamanya ketika musim sejuk dan bersalji. Belum lagi dikira dengan cara pemanduan orang tempatan di sana.

Wanita bernama Wan Juliana Wan Mat ini berkongsi pengalaman beliau memandu di Eropah terutamanya di Itali. Beliau juga sertakan itinerari dan laluan perjalanan beliau ketika di sana. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

Memandu solo di Eropah. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat

Assalam.

Nak share solo Italy trip secara memandu. Lajak sikit ke Austria, Germany & Swiss. Keseluruhan trip sangat best… Macam yang dirancang kecuali dua tempat tak dapat jelajah sebab masih salji tebal iaitu di Dolomites dan Davos. Kesalahan saya kat sini sebab tak tanya owner hotel tentang musim dan cuaca. Walaubagaimanapun Allah ganti dengan pemandangan lain yang tak kalah indahnya.

Saya sewa kereta dengan Locauto. Pick up dan pulangkan kat Milan Malpensa Airport. Sewa RM900++ selama 11 hari. Jumlah perjalanan 3584km.

Saya bukan rigid backpacker. Hotel saya ambil berdekatan dengan attraction places dan agak mahal dalam anggaran RM200 – 300. Paling seronok di Dolomites. Saya tinggal di kabin.

Free parking di Riomaggiore (Cinquere Terre) dan €6 di Manarola. Parking di Milan saya booked online. Cost me €37 untuk 4 jam. Di Florence parking seharian sebelah hotel berjumlah €26. Di Milan sepatutnya €27 tapi kebetulan dapat free parking. Jadinya save kat situ. Venice parking sehari €26. Lain-lain tempat saya letak kereta di parking berdekatan ikut jam.

Manarola. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat
Positano. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat

Memandu di Milan & Florence agak kalut sebab pemandu Itali tak reti menyabar. Dah lah first time akak drive sebelah kiri. Dia kerja nak hi beam sahaja. Gasak lah kau. Di Positano jalan berliku-liku tajam. Lebih kurang sama di Cinquere Terre. Selain dari tu jalan biasa-biasa sahaja. Pemanduan paling lama ialah 15 jam dengan tiga toilet break dari Positano kemudian singgah satu jam di Alberobello dan seterusnya ke Venice. Konon nak kejar water bus di Venice tapi saya terlambat sejam. Makanya terpaksa naik water taxi dengan kos €35 setelah menawar macam hape je.

Sebagai solo traveller, saya rasa selamat memandu di Italy dan tempat-tempat sekitar yang saya pergi. Kena sentiasa berhati-hati.

Saya transit di Abu Dhabi sehari. Saya ambik city tour package dengan kos aed273.

Itinerary:

Hari 1

Flight Etihad dari KLIA ke Abu Dhabi. Transit Abu Dhabi 4 jam.

Sampai Milan Malpensa Airport. Pick up kereta sewa di Locauto. Renault Twingo. Rental car semua di level Arrival bahagian parking. Locauto murah dalam RM300 daripada lain2 provider.

Drive terus ke Milan. Parked kereta di Garage Sammartini. Ambil tren ke area Duomo. Sight seeing Milan 4 jam. Tak semua tempat saya sempat pegi.

Terus ke Riomaggiore (Cinque Terre). Perjalanan lebih kurang 3 jam. Sewa Hotel Locanda Ca’ Da Iride semalam. Restoran semua seafood basis. Ada bakeri untuk breakfast juga. Spot bergambar yang famous tu tidak jauh dari hotel. Cuma kena expect mendaki sikit bila nak balik ke hotel.

Milan. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat
Pisa. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat

Hari 2

Keesokannya ke Pisa. Parked kereta depan Pisa Tower. Tak jauh pun. Habiskan masa 2 jam kemudian off to Florence.

Di Florence stayed dekat St Giorgio and Olympic satu malam. Semua attraction Florence within walking distance je.

Hari 3

Esoknya pukul 8 am, check out dan terus ke Saturnia Hotsprings. Tempatnya antara Florence dan Rome. Saya tergoda dengan gambar Google yang macam lawa. Tapi in reality tak sebegitu. Skip saja tempat ni.

Seterusnya ke Rome. Stayed Hotel Cosmopolita. Hotel dekat dengan ruins dan Colleseum. Saya berjalan semua attractions di Rome. Masuk ke Vatican City juga. Rasanya steps masa tu 32k juga. Entah berapa kilometer. Tapi layan saja sebab semua tempat lawa.

Hari 4

Check out Rome.. Off to Pompeii. Beli ticket dekat kaunter harga €22. Terlampau besar Pompeii ni. Terpulang nak spend berapa lama.

Related Post

Terus ke Amalfi Coast – Positano. Stayed Hotel Villa Verde. Nampak jauh dari main town tapi sebenarnya ada secret path pegi ke bawah. Jangan risau, balik ke hotel boleh naik bas dengan tambang €1.60. Bas berhenti depan hotel.

Vatican City. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat
Rome. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat

Hari 5

Ke Alberobello, UNESCO HERITAGE. Free entrance. Singgah satu jam sahaja. Rumah dekat sini dipengaruhi senibina Turki. Dibina seawal tahun 1450.

Drive out ke Venice. Kalau ada masa sila singgah San Marino. Saya skip. Ke Venice yang drive paling lama 13 jam dari Alberbello. Parking di garage. Naik water taxi ke San Marco Hotel. Hotel dekat saja dengan Basilica. Hati-hati dekat sini, mudah sesat dekat lorong-lorong. Stayed 2 days here.

Hari 7

Naik water bus dan bergerak ke Dolomites. Saya waze ke Passo Pordoi. Sini ada very beautiful high peak park sepatutnya. Malangnya masih bersalji. Cuma mampu sampai ke town je. Dekat sini ada tempat ski. Patah balik dan hala ke 3 Peaks. Malang lagi salji makin tebal. I was alone on the road. Dengan suasana semua memutih. Masa tu doa semoga perjalanan saya dipermudahkan. Alhamdulillah semua okay. Slowly turun ke Cortina. Lalu Lago di Dobbiaco. Lawa sangat tasik ni. Check in Fallenholf Hotel lebih kepada kabin. Malam snowing lebat. Bangun pagi semua tertutup salji tebal.

Venice. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat
Innsbruck. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat

Hari 8

Nasib baik tak stranded. Kereta masih boleh gerak asal jalan tak icy. Terus ke Innsbruck. Beli vignette dekat petrol station. Harga €9.20. Ada jual juga dekat tol keluar dari Italy. Pemandangan menakjubkan. Jalan berkeadaan baik. Habiskan masa 2 jam setengah. Kalau nak beli swarovski.. Beli dekat sini. Murah dan banyak pilihan. Ada 2 kedai, cari yang besar dekat tengah bandar. Sebenarnya kedai berdekatan je.

Ke Hohenschwangau.. Area Bavaria, Germany. Tak ada vignette. Check in Hotel Und Gasthof Hanselewirt. Dari tingkap dah nampak Disney Castle. Dekat sini kelakar. Receptionist hotel recommend pergi Thermal Hotsprings. Lawanya nampak dekat brochure. Bayar siap-siap dekat hotel. Jalan 10 minit dah sampai. Rupa-rupanya ada unisex nudist pool. Haha, Okay sebab dia kata lain-lain pool akak redah masuk dengan muslimah swim suit bagai. Dapat jugalah berendam satu jam setengah. Memang pengalaman yang best. Suhu 5C air kolam 38C. Pool mengadap Disney Castle yang sungguh owesome. By the time akak masuk tukar baju, semua nudist turun join kolam sama. Keluar je bathroom habis tercemar kesucian akak dengan segala pemandangan bogelan. Juling mata tak tahu nak pandang mana. Ada 1 Indian restoran kalau nak makan. Annapurna Restoran dekat Fussen. Boleh sight seeing Fussen. Lawa.

Hari 9

Naik cable car kat Tegelber…6 min drive dari hotel. Sini ramai buat paragliding. Yang menariknya yang buat tu senior citizen 60-70. Fantastic. Pemandangan lawa juga dekat sini.

Ke Disney Castle. Parked situ, naik shuttle bus. Ticket beli dekat hotel siap-siap masa sampai semalam tu. Tour dalam Castle 40 minit. Kat sini ada air terjun yang agak lawa tapi saya skip.

Ke Davos, Swiss. Passes through Liechtenstein. Boleh singgah di iconic Red House atau Vaduz Castle. Saya skip. Stayed kat Sonnenhalde Hotel.

Tegelberg. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat
Lugano. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat

Hari 10

Davos masih bersalji tebal. Makanya skip Davos sigh seeing. Terus ke Morcote. Sejam kat Morcote. Singgah makan seafood. Sedap.

Kemudian ke Lugano. Sini spent masa lama sebab lawa. Nampak dah bunga sana sini.

Singgah Lake Como. Boleh naik feri sekali ngan kereta masuk feri terus ke Bellagio. Sini dah short cut 3-4 km jalan menghala ke Milan.

Bermalam di Milan. Jalan ke Milan dari Lake Como agak berselekoh. Hati-hati. Stayed Bottega Hotel. Jarak 7 km ke Milan Airport.

Hari 11

Flight ke Abu Dhabi pukul 10.40 pagi.

Sampai Abu Dhabi stayed Blu Radison. 40km dari Abu Dhabi Airport. Malam dekat sini happening. Kedai makan banyak dekat Abu Dhabi downtown. Teksi merata tak perlu risau.

Hari 12

Abu Dhabi City tour ambil dengan Hotel. Kosnya AED273. Ada trip padang pasir juga kalau mahu. Trip dekat website pun banyak. Flight balik Malaysia tanahairku pukul 10.40 malam.

Abu Dhabi. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat
Abu Dhabi. Foto via Facebook Wan Juliana Wan Mat

Sumber: Facebook Wan Juliana Wan Mat

This website uses cookies.