Tempat menarik di Hua Hin. Instagrammable Spot!
Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini 1

Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini

Bila bercuti ataupun melancong, perkara yang mesti di buat setiap kali ke sesuatu tempat adalah bergambar. Sebabnya, gambarlah yang akan menjadi kenang-kenangan selepas kita pulang nanti. Tak kiralah gambar selfie atau permandangan, setiap gambar itu boleh menjadi bermacam cerita untuk dikongsi bersama anak cucu di masa tua.

Jika anda seorang yang suka memuat naik dan berkongsi gambar di Instagram, anda perlu tahu beberapa posing bergambar yang lebih ‘natural’ dan ala model supaya gambarr anda boleh dapat like yang tinggi. Dan yang paling penting ialah anda belajar teknik asas fotografi ini untuk mencantikkan lagi gambar anda.

Selain daripada itu, sekiranya anda mahukan gambar anda lebih bertambah cantik, lokasi ataupun latarbelakang mestilah yang menarik atau erti kata lain ‘Instagrammable Spot’. Pemilik akaun Facebook Nyna Bananyna ini berkongsi itinerari dan tempat menarik di Hua Hin, Thailand beserta gambar-gambar yang sangat menarik. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini 2
Hua Hin Railway Station. Foto via Facebook Nyna Bananyna

PASSPORT TO HUA HIN
19-22 Jun 2019
5 pax

DAY 1 (19 June)

  • Depart KUL – HHQ
  • Check in Ansu Hotel
    Plearnwan Market (10AM – 8PM)
  • Market yang cantik untuk tangkap gambar. Marketnya tidak terlalu besar. Barang yang dijual disini mostly barang2 craft dan antik. Masa pergi sini around pukul 5PM macam tu. Lighting lawa sebab nak dekat sunset. Worth to take for every photos. Hehehe.
    Chatsila Night Market (5PM – Midnight)
  • Syurga shopping! Barang-barang yang dijual pun agak murah. Kalau pandai nego, dapat lagi murah. Marketnya quite big lah. Market paling dekat dengan hotel kami. Just few minutes walk dah sampai.
Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini 3
Plearnwan Market. Foto via Facebook Nyna Bananyna
Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini 4
Plearnwan Market. Foto via Facebook Nyna Bananyna

DAY 2 (20 June)

  • Hua Hin railway station
    Tempat wajib singgah kalau sampai Hua Hin ni. Exterior railway station ni agak cantik. Kalau dapat shoot masa train lalu lagi lawa. Cuma hari tu panas sangat so tak larat nak tunggu train sampai.
  • The Venezia (180 Baht)
    Berdekatan dengan airport. If korang nak fefeeling pergi Venice tapi kekurangan bajet, boleh lah singgah sini. Dapat lah tangkap gambar ala-ala di Venice. Hihihi. Kami ambil pakej 180 Baht je sebab pergi time tengahari. So panas lit-lit, tak rasa nak naik boat semua tu. So bayar untuk tangkap gambar je.
  • Camel Republic (150 Baht)
    My favorite place sebab bangunannya so colorful and ada zoo! Moroccan inspired amusement park. Tapi tempatnya nampak macam tak terurus sangat. Kasihan tengok haiwan-haiwan dalam tu. You can feed the animal and touch them dengan jarak yang dekat. Senang nak ambil gambar.
Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini 5
Hua Hin Railway Station. Foto via Facebook Nyna Bananyna
Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini 6
The Venezia, Cha-Am. Foto via Facebook Nyna Bananyna
Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini 7
The Venezia, Cha-Am. Foto via Facebook Nyna Bananyna
Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini 8
Camel Republic. Foto via Facebook Nyna Bananyna

DAY 3 (21 June)

  • Santorini Park (150 Baht) (Friday – Sunday)
    Okay ni pun tempat favorite! Cantik tempatnya and worth it. Memang dapat ala-ala ke Santorini gitu. Hehehe. Banyak spot nak OOTD. Haaa ni memang tempat gugirl lah yang suka. Hihihi. Dengan harga ticket tu boleh pilih salah satu game listed. Panas terik time ni so kitorang masuk rumah hantu dia. Weh seram gila lah. Tahu je lah kan seram hantu Thailand macam mana. Terkeluar anak tekak kami jerit.
  • Off to Bangkok
    Ini memang last minute gila plan. Plan itinerary nak cover Hua Hin je. Tapi semua decide nak gerak Bangkok. Nak pergi gedung jual kamera dengan Chatuchak Market punya pasal. 4 hours driving to Bangkok. Jam 2AM baru gerak balik ke Hua Hin.

DAY 4 (22 June)

  • Check out hotel
  • Fly back HHQ – KUL
Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini 9
Santorini Park Hua Hin. Foto via Facebook Nyna Bananyna
Wanita Ini Kongsikan Instagrammable Spot di Hua Hin. Tempat Wajib Bergambar Bila Ke Wilayah Thailand Ini 10
Santorini Park Hua Hin. Foto via Facebook Nyna Bananyna

LOCATION YANG TAK SEMPAT COVER:

  • 1000 Sook Food & FarmSeen SpaceSwiss Sheep Farm
  • Mrigadayavan Palace
  • Rajabhakti Park
  • Cicada Night Market

Semua ni tak sempat nak cover sebab last minute tukar plan ke Bangkok. Boleh refer gambar last untuk itinerary yang telah dirancang.

PECAHAN KOS

  • AirAsia KUL-HHQ-KUL RM150
  • AXA Insurance RM13
  • Sim card 240 Baht
  • Ansu Hotel 650 Baht / pax (4D3N)
  • Car rental 400 Baht / pax (2 days)
  • Fuel 290 Baht / pax (2 days Hua Hin – Bangkok – Hua Hin)
  • Duit belanja RM500

TOTAL PERBELANJAAN : RM880

Contact for car rental:
+66 86 166 2724
TN Car Rental Hua Hin หัวหินรถเช่าถูก

All photos credit to:
Noor Kamal Kamarolzaman

Nak lihat lagi gambar-gambar menarik dan cantik dari beliau? Ikuti akaun Instagram bananyna di bawah ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Take me back to Iceland 🇮🇸🥺💕

A post shared by Nyna (@bananyna) on

Sumber: Facebook Nyna Bananyna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *