fbpx
Taman Tema Air Splash Out Langkawi, Satu Lagi Tarikan Terbaru Yang Anda Kena Cuba! 1

Taman Tema Air Splash Out Langkawi, Satu Lagi Tarikan Terbaru Yang Anda Kena Cuba!

Langkawi sememangnya popular dengan kecantikan pantai dan alam semula jadinya terutamanya di kalangan rakyat Malaysia. Selepas di naik taraf sebagai zon bebas cukai dan bakal membina Premium Outlet, baru-baru ini taman tema air Splash Out Langkawi telah di buka untuk orang ramai.

Taman tema yang pertama di Langkawi tersebut telah dibina dengan kos sebanyak RM60 juta dengan berkonsepkan magis dan fantasi dengan rekaan seni bina pantai klasik. Ianya menawarkan 12 permainan menarik khas untuk orang dewasa dan kanak-kanak pastinya bakal menjadi tumpuan terutamanya ketika musim cuti.

Taman Tema Air Splash Out Langkawi, Satu Lagi Tarikan Terbaru Yang Anda Kena Cuba! 2
Foto via Facebook Splash Out Langkawi

Taman tema seluas 4.8 hektar tersebut terletak kira terletak kira-kira 3km dari Jeti Langkawi merupakan milik syarikat tempatan, Halim Mazmin Group. Menurut pengawai eksekutifnya, Tan Sri Halim Mohammad berkata taman tema air terbabit dikendalikan oleh 120 kaki tangan yang terdiri daripada anak jadi Langkawi sendiri.

Tidak hanya menawarkan permainan, fasiliti yang ditawarkan di tempat ini berserta lifeguard yang pastinya meningkatkan lagi tahap keselamatan pengunjung yang datang ke sini. Selain daripada itu, terdapat juga gerai makanan dan kedai cenderamata untuk pengunjung membawa pulang tanda kenang-kenangan.

“”Taman tema ini dikendalikan oleh 120 kakitangan yang rata-ratanya anak tempatan yang telah terlatih dengan aktiviti di air. Kesemua mereka telah menjalani latihan kemahiran selama enam bulan untuk memastikan perkhidmatan terbaik apat diberikan kerana operasi kita menetapkan utamakan keselamatan,”

Tan Sri Halim Mohammad
Taman Tema Air Splash Out Langkawi, Satu Lagi Tarikan Terbaru Yang Anda Kena Cuba! 3
Foto via Facebook Splash Out Langkawi

Menurut Tan Sri Halim lagi, beliau bercadang untuk menjemput Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyempurnakan pembukaan secara rasmi taman tema air itu Mac 2020.

Bagi yang ingin berkunjung ke taman tema air Splash Out ini, harga tiket kemasukan ditawarkan pada harga RM75 bagi dewasa, RM55 bagi kanak-kanak dan RM40 buat warga emas. 50% diskaun diberikan kepada warga tempatan Langkawi.

Selain itu, anda boleh menginap di Bella Vista Waterfront yang terletak bersebelahan Splash Out Langkawi dengan mendapatkan pakej dua hari dan satu malam bernilai RM649 beserta pakej kemasukan ke Splash Out Langkawi buat dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *