Undang-Undang Penggunaan Car Seat Tahun 2020. Apakah Spesifikasi Dan Had Umur Minimum?

Car Seat 2020. Pada tahun lepas 2019, kerajaan bercadang untuk mewajibkan penggunaan car seat tahun 2020 kepada setiap kanak-kanak di dalam kereta. Sekarang sudah pun memasuki tahun 2020, adakah anda cakna dengan peraturan ini sebelum memulakan roadtrip anda?

Bagi memastikan penggunaan car seat 2020 mengikut piawaian yang ditetapkan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menyediakan maklumat bagaimana anda dapat mengenal pasti dan memasang car seat atau bahasa teknikalnya ialah child restraint system (CRS) yang betul.

Apakah Jenis Car Seat Yang Patut Anda Beli?

Penggunaan car seat ataupun CRS adalah penting demi keselamatan anak anda. Jadi jenis car seat dibeli mestilah mematuhi peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) No. 44 (ECE R44 / 04) dan Peraturan No. 129 (ECE R129) kerana inilah satu-satunya jenis yang telah mendapat kelulusan untuk digunakan di Malaysia.

Car seat yang diluluskan juga akan dilabelkan dengan kod QR. Hanya dengan mengimbas kod QR itu, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai cara memasangnya car seat dengan betul mengikut usia, berat dan ketinggian disyorkan untuk anak anda. Selain itu, kod QR ini juga akan membawa anda kepada laman web mengenai perakuan PBB R44 atau R129.

Cara Memilih Car Seat Kanak-Kanak

Car seat ataupun CRS perlu dipilih mengikut berat dan ketinggian kanak-kanak. Walaubagaimanapun, had umur tidak menjadi faktor utama dalam memilih car seat kerana ianya bergantung kepada dua perkara di atas. Garis panduan MIROS membahagikan kepada empat kumpulan (berdasarkan garis panduan PBB).

Sebagai peraturan, kanak-kanak yang di bawah umur satu tahun harus menggunakan tempat duduk belakang. Apabila anak semakin membesar, gunakan car seat yang mempunyai lima poin tali pinggang keledar, dan kemudiannya kerusi booster tetap yang menggunakan sistem tali pinggang keledar kenderaan sendiri.

Ibu bapa diingatkan supaya tidak memasang car seat atau CRS belakang di kerusi penumpang hadapan jika kenderaan mempunyai sistem beg udara.

Booster Car Seat. Foto via Mothers First Choice
5 point harness. Foto via Kids Room

Cara Membeli Car Seat Kanak-Kanak

Bagi memastikan anda boleh merasai dan menyemak sendiri kualiti car seat yang dibeli, adalah digalakkan untuk anda datang ke kedai fizikal dulu sebelum membeli sama ada atas talian atau terus dari kedai. Selain itu anda dapat memastikan car seat yang ingin dibeli mematuhi peraturan PBB.

Harga untuk seunit car seat atau CRS bergantung kepada jenama, kualiti, reka bentuk dan fungsinya. Ada sesetengah car seat atau CRS yang berkualiti dijual pada harga RM1,000 seunit. Terdapat juga car seat atau CRS yang mematuhi piawaian dan ujian keselamatan tetapi harga serendah RM150 hingga RM300.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai undang-undang keselamatan car seat atau CRS ini boleh ke laman sesawang MIROS.

Sumber: imoney

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *