fbpx

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba!

Ahmad Suhael

Pakistan jika nak dibandingkan dengan Kasmir di India yang pasti ramai orang sudah kenal dengan keindahan dan kecantikannya. Pakistan pula antara destinasi yang belum popular dikalangan rakyat Malaysia. Mungkin disebabkan berita-berita keganasan Taliban membuatkan ramai orang takut untuk ke sana.

Tetapi setelah berakhirnya penguasaan Taliban pada tahun 2018, Pakistan mula dikenali dan didatangi pelancong. Pada kami, Pakistan mempunyai lebih banyak tempat menarik di Pakistan untuk dikunjungi terutamanya kepada anda yang sukakan nature.

Jadi kali ini kami ingin kongsikan kepada anda sedikit informasi yang boleh anda gunakan semasa merangka perjalanan anda di Pakistan. Pasti itinerari ke Pakistan anda akan lebih adventure!

Perlu Visa Atau Tidak?

Untuk ke Pakistan, anda memerlukan visa. Visa boleh dimohon secara online di laman sesawang visa Pakistan. Untuk rakyat Malaysia, Pakistan menawarkan dua jenis visa iaitu Tourist Visa or Visa on Arrival. Seelokknya anda pilih Tourist Via untuk mengelakkan masa anda terbuang masa yang lama untuk mendapatkan e-visa ketika tiba di lapangan terbang Pakistan.

Selain itu, anda perlukan Letter of Invitation (LOI) yang boleh di dapati daripada hos atau tourist guide anda di Pakistan. Dokumen daripada hos anda diperlukan untuk kelulusan visa. Kemudian anda perlu hadir bagi sesi temuduga di kedutaan Pakistan. Visa Pakistan berharga RM30 ~ 36 dan hanya sah dan seeloknya dimohon selewat-lewatnya 14 hari sebelum penerbangan.

Cara Masuk Ke Pakistan

Kepada anda yang ingin ke Pakistan, untuk memasuki negara ini ada beberapa laluan sama ada melalui jalan darat atau udara. Di bawah ini kami ringkaskan laluan untuk ke Pakistan.

  1. Melalui jalan darat negara India iaitu Attari-Wagah Border
  2. Melalui jalan darat negara China iaitu Khunjerab Pass
  3. Melalui jalan udara terus ke Lahore atau Islamabad

Pengangkutan Di Pakistan

Kebanyakan jalan di Pakistan terutamanya di Karakoram Highway adalah berbatu bukan tamar seperti di kawasan bandar. Jadi untuk memudahkan pergerakan anda di sana, gunakan hos atau tour guide yang disertakan dengan pengangkutan. Kebanyakan mereka akan menyediakan jeep untuk anda.

Hitchhiking atau pengangkutan awam seperti bas juga boleh jika anda seorang yang kental dan tidak mengejar masa. JIka anda seorang yang bebas dan tidak terikat dengan itinerari sangat sesuai kembara dengan cara ini untuk lebih banyak bersosial dengan penduduk tempatan.

Pertukaran Wang

Anda dicadangkan untuk tukar duit USD di Malaysia dan tukar Pakistan Rupee di sana disebabkan kadar pertukaran di sana lebih murah.

Tempat Wajib Singgah Di Pakistan

1 – Lahore

Lahore adalah ibu kota Punjab di Pakistan. Lahore adalah bandar kedua terpenting dan terbesar di negara itu selepas Karachi. Lahore adalah salah satu bandaraya terkaya di Pakistan. Jika anda seorang yang suka mendalami budaya negara orang, inilah tempatnya. Di Lahore juga anda boleh meneroka seni bina yang menakjubkan yang dibina semasa zaman kolonial. Antara yang popular ialah The Wazir Khan Mosque, Lahore Fort dan The Badshahi Mosque.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 1
The Badshahi Mosque. Foto via Esetge

2 – Islamabad

Islamabad adalah ibu kota Pakistan menggantikan Karachi sebagai ibu negara Pakistan. Islamabad adalah ibu kota yang terancang (kalau di Malaysia adalah Putrajaya). Bandar yang tersusun tanpa mengabaikan kehijauan bandarnya. Salah satu tempat menarik di Islamabad ialah Faisal Mosque. Sangat cantik terutamanya ketika matahari terbenam.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 2
Faisal Mosque. Foto via Pinterest

3 – Fairy Meadows & Nanga Prabat Base Camp

Fairy Meadows merupakan satu kawasan berketinggian 3,300 meter (10,800 kaki) di atas paras laut yang terletak di Daerah Diamer, Gilgit-Baltistan, Pakistan. Pada tahun 1995, Kerajaan Pakistan mengisytiharkan Fairy Meadows sebuah Taman Negara disebabkan keindahan dan kecantikan alam semula jadinya.

Fairy Meadows merupakan tapak permulaan jika anda berhajat untuk mendaki Nanga Parbat Base Camp. Untuk ke Fairy Meadows sahaja sudah agak mencabar kerana anda perlu melalui jalan offroad menggunakan jeep dan perlu menunggang kuda untuk sampai ke Fairy Meadows.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 3
Fairy Meadows. Foto via Apricot Tours

4 – Gilgit & Rakaposhi Base Camp

Gilgit adalah ibu kota Gilgit-Baltistan iaitu sebuah wilayah di utara Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan (Kashmir terbahagi kepada 2 wilayah yang ditadbir Pakistan dan India). Bandar ini terletak di lembah yang luas berhampiran pertemuan Sungai Gilgit dan Sungai Hunza. Gilgit juga kaya dengan keindahan gunung ganang dan tasik. Antara lokasi yang cantik ialah Naltar Valley.

Jika anda seorang yang sukakan aktiviti yang lagi ekstrem, anda boleh cuba untuk mendaki Rakaposhi Base Camp trail yang bermula ni Minapin. Pendakian mungkin mengambil masa 2 hari 1 malam untuk sampai ke Minapin semula.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 4
Rakaposhi Base Camp. Foto via Accoss Asia Travels

5 – Karimabad, Hunza Valley

Karimabad adalah ibu kota Daerah Hunza, di wilayah Gilgit-Baltistan Pakistan. Dahulunya Karimabad dikenali sebagai Baltit. Sebab itu kadang kala ada orang mengenali Karimabad sebagai Baltit atapun Hunza.

Tempat yang wajib anda singgah ialah Attabad Lake. Tasik yang sangat biru dan anda boleh menyewa boat untuk rasai sendiri menyusuri tasik ini. Selain itu jangan lupa untuk ke Baltit Fort untuk meihat Karimabad dari tempat tinggi. Dari sini juga anda boleh mendaki ke Ultar Base Camp.

Anda boleh bermalam di Duikar atau Gulmit sebelum bergerak ke Khunjerab Pass. Dan jangan lupa untuk singgah ke Hussaini Suspension Bridge. Jambatan tua dan terpanjang merentasi Hunza river dan masih lagi digunakan sehingga sekarang.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 5
Attabad Lake. Foto via Pakiholic

6 – Passu

Passu adalah sebuah kampung kecil yang terletak di wilayah utara Hunza, Gilgit Baltistan. Terletak di sepanjang Lebuhraya Karakoram, Passu adalah destinasi pelancongan yang terkenal kerana pemandangan dan permandangan gunung Passu Sar yang berketinggian 7,478m berserta Glaciernya.

Di sini juga anda boleh lihat Passu Cones atau dikenali Tupopdan yang berketinggian 6,106 metres. Ramai orang akan berhenti untuk bergambar berlatarbelakangkan gunung-gunung ini.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 6
Passu Cones. Foto via The Adventure of Margo Polo

7 – Sost & Khunjerab Pass

Sost adalah wilayah terakhir di sepanjang jalan lebuhraya Karakoram sebelum Pakistan bertemu dengan wilayah China ataupun dipanggil Khunjerab Pass. Khunjerab Pass adalah laluan border antara sempadan Pakistan dan China tertinggi di Pergunungan Karakoram.

Laluan lebuhraya Karakoram di sini adalah antara paling bahaya di dunia. Di Khunjerab Pass juga terdapat ATM tertinggi di dunia yang disediakan oleh kerajaan Pakistan.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 7
Khunjerab Pass. Foto via World Wide News

8 – Skardu

Skardu adalah sebuah bandar di wilayah Gilgit-Baltistan di Pakistan yang terletak di persimpangan Sungai Indus dan Shigar pada ketinggian hampir 2,500 meter. Skardu lebih kepada populasi orang TIbet Buddha. Skardu juga mempunyai ciptaan alam semula jadi yang cantik antaranya Shangrila Lake, Satpara Lake dan Manthokha Waterfall.

Jika anda nak merasai berdiri di atas batu seperti di dalam filem Lion King ataupun di Troltunga, Norway boleh ke Hussainabad dan cari Masrur Rock. Selain itu, di Skardu terdapat masjid iaitu Tamburiq Mosque yang diiktiraf World Heritage oleh UNESCO. Selain itu ada juga masjid yang mempunyai senibina seakan di Lahore iaitu Jamia Imamia Mosque.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 8
Masrur Rock. Foto via Twitter

9 – Ghizer

Daerah Ghizer adalah bahagian barat dari wilayah Gilgit-Baltistan di Pakistan. Hundarap Lake, Khalti Valley, Phander Valley dan Yasin Valley adalah antara tempat tumpuan jika ke sini. Tasik-tasik kebiruan dan kehijuan floranya memang memukau mata memandang. Daerah Ghizer sangat sesuai jika anda seorang yang suka bergaul dengan warga tempatan dan mengenali budaya mereka. Selain itu, aktiviti yang anda boleh buat di sini ialah memancing, mendaki dan ronda-ronda perkampungan di sini.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 9
Phandar Valley. Foto via Steemit

10 – Swat

Swat adalah daerah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di Pakistan. Swat Valley terdahulu pernah di kuasai oleh Taliban yang banyak menhancurkan patung-patung buddha, Keganasan Taliban juga membuatkan aktiviti pelancongan sangat terbantut. Ianya berakhir pada tahun 2018 dan sekarang Swat semakin diterima pelancong.

Swat sangat terkenal dengan kecantikan semulajadi yang luar biasa. Disebabkan itu juga ia dikenali sebagai “mini Switzerland”. Antara lokasi persinggahan di Swat ialah Bahrain, Kalam, Madyan town. Mingora pula adalah kawasan bandar di Swat. Jika anda suka bercamping boleh ke Kandool Lake di Kalam.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 10
Kandool Lake, Kalam. Foto via Sailgarri

11 – Naran

Naran adalah sebuah bandar bersaiz sederhana di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di Pakistan. Ia terletak 119 kilometer dari bandar Mansehra pada ketinggian 2,409 meter. Ia terletak kira-kira 65 kilometer dari Babusar Top. Babusar Top antara tempat wajib singgah dalam perjalanan ke Gilgit.

Naran juga mempunyai kecantikan alam semula jadi yang memukau. Antara lokasi paling popular di Naran ialah Lake Saif-Ul-Malook. Air tasiknya yang kebiruan sambil di sajikan permandangan daripada Malika Parbat – puncak tertinggi Gunung Kaghan. Di tasik ini anda boleh menyewa bot untuk mendayung merasai kecantikan tasik tersebut. Selain tasik ini ada juga tasik lain iaitu Lulusar Lake.

Selain tasik yang cantik. Di Naran juga ada kawasan bukit yang hijau iaitu Siri Paye. Siri Paye menyajikan anda dengan rumput seakan permaidais hijau berlatarbelakangkan pemandangan yang memukau dari pergunungan bersalji. Anda boleh mendaki dan bercamping sambil menikmati keindahan alam di sini.

Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 11
Siri Paye. Foto via Times Travel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tips Memburu Aurora Borealis. Apakah Lokasi Dan Waktu Untuk Dapat Shoot Terbaik?

Ramai orang hanya tahu aurora secara umum iaitu fenomena cahaya semula jadi yang terpancar di langit bumi. Sebenarnya aurora kadang-kadang disebut sebagai polar lights, aurora borealis (northen lights) berlaku di hemisfera atas bumi, atau aurora australis (southern lights) berlaku di hemisfera bawah bumi. Menuruh Earth Sky, aurora in terhasil dari […]
Terokai 11 Lokasi Memukau Di Pakistan. Kembara Adventure Untuk Peminat Nature Cuba! 13