Tips Memburu Aurora Borealis. Apakah Lokasi Dan Waktu Untuk Dapat Shoot Terbaik?

Ramai orang hanya tahu aurora secara umum iaitu fenomena cahaya semula jadi yang terpancar di langit bumi. Sebenarnya aurora kadang-kadang disebut sebagai polar lights, aurora borealis (northen lights) berlaku di hemisfera atas bumi, atau aurora australis (southern lights) berlaku di hemisfera bawah bumi.

Menuruh Earth Sky, aurora in terhasil dari gangguan dalam atmosfera bumi yang disebabkan pelanggaran caj particle dan atom di bahagian atmosfera atas (altitud 80-150 km). Pelanggaran ini membuatkan atom aktif dan menghasilkan cahaya.

Dan sebagai pengembara, memburu aurora ini sangat mengujakan disebabkan kecantikannya yang luar biasa. Malah untuk mendapatkan pancaran aurora yang baik anda perlu meluangkan masa untuknya.

Sebagai pengembara lebih mudah untuk kita memburu Aurora Borealis disebabkan oleh kedudukannya di bahagian atas hemisfera bumi. Jadi kali ini kami nak kongsikan kepada anda tips memburu Aurora Borealis.

Hemisfera atas bumi. Foto via DocuSign

Persediaan Kamera Untuk Rakam Aurora Borealis

Untuk merakam fenomena Aurora Borealis dengan sempurna, anda perlu memilih kawasan yang gelap yang jauh dari sebarang pencemaran cahaya. Cara yang sama jika anda pemburu ‘star gazing’ dan milky way.

Selain itu kawasan langit yang terbuka tidak diselindung awan adalah penting untuk mengelakkan pemancaran Aurora Borealis yang berlaku tidak terhalang. Pengetahuan geografi di kawasan setempat sangat membantu ketika saat ini.

Untuk merakam fenomena Aurora Borealis ini, penggunaan DSLR sangat berguna. Walaubagaimanapun, anda juga boleh menggunakan telefon bimbit yang mempunyai manual setting. Telefon bimbit yang sangat popular untuk rakaman low light adalah Huawei P30 Pro atau Huawei Mate 30 Pro.

Kamera berkualiti dan tripod sangat penting supaya anda boleh mengawal ISO, aperture dan shutter speed yang sesuai. Selain itu, anda perlukan low light setting untuk melihat Aurora Borealis menunjukkan warnanya sebenar.

Anda juga disarankan untuk memuat turun applikasi berkenaan ramalan aurora dan merujuk laman sesawang berkenaan kemunculan Aurora. Untuk menangkap gambar-gambar Aurora Borealis dengan betul anda perlu pelajari tekniknya. Boleh rujuk di bawah ini.

Antara applikasi untuk dimuat turun:
1 – Norway Lights
2 – Aurora

Antara laman Sesawang untuk rujukan:
1 – Tour Radar
2 – Service Aurora
3 – Soft Serve News

7 Lokasi Dan Waktu Terbaik Untuk Memburu Aurora

Ramai yang salah anggap Aurora Borealis hanya boleh dilihat semasa musim sejuk iaitu Disember ke Februari sahaja. Anggapan ini kurang tepat. Walaubagaimanapun, musim sejuk adalah musim yang selalu menjadi pilihan untuk memburu Aurora Borealis ini disebabkan waktu malam yang panjang.

Sebenarnya untuk memburu Aurora Borealis ini, masanya ialah antara bulan September ke April dan masanya pula bermula lebih kurang pukul 6 malam ke 6 pagi. Bergantung kepada kawasan dan tempat pilihan anda. Berikut kami senaraikan negara mengikut waktu melihat pancaran Aurora Borealis yang sesuai untuk rujukan anda

1 – Iceland

Iceland sering menjadi pilihan untuk melihat keindahan aurora ini. Ini disebabkan anda dapat menikmati Aurora Borealis dengan berlatar belakangkan air terjun dan sambil mandi di kolam air panas. Antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah di Seltjarnarnes (Reykjavik), Vik, Látrabjarg/Westfjords, Eldborgahraun dan Djúpavík. Waktu terbaik adalah di antara September hingga Mac.

Aurora in Iceland. Foto via Travel and Leisure

2 – Norway

Tempat yang selalu menjadi tumpuan untuk memburu Aurora Borealis di Norway ialah Svalbard, Tromso, The Lofoten Islands, Harstad, Bodo, Alta, Andoya, and Lakselv. Anda boleh rujuk website NorwayLights untuk mendapatkan ramalan kemunculan Aurora di kawasan pilihan anda. Waktu yang terbaik adalah di antara Oktober hingga Mac.

Foto via Marat Stepanoff Photography

3 – Sweden

Lokasi utama untuk menunggu ketibaan Aurora Borealis di negara Scandinavia ini ialah di Abisko National Park, Tärendö, Jukkasjärvi, Kiruna dan Farnebofjarden National Park. Waktu terbaik adalah di antara September hingga penghujung Mac.

Foto via Kiruna Aurora Tours

4 – Canada

Walaupun untuk mendapatkan visa ke Canada agak merumitkan prosesnya, namun adalah berbaloi jika dapat mengubat jiwa anda dengan kecantikan Aurora Borealis di Canada. Antara tempat-tempat yang sering dikunjungi untuk tujuan memburu Aurora adalah di Yukon, Yellowknife dan Nothernmost teritories. Masa terbaik adalah pada penghujung Ogos hingga pertengahan April.

Foto via Get Your Guide

5 – Finland

Di Finland paling menarik adalah apabila anda boleh menikmati keindahan pancarang Aurora Borealis daripada atas katil di dalam glass-igloo. Antara lokasi tumpuan adalah di Kakslauttanen dan Rovaniemi di mana ianya menawarkan glass-igloo. Masa terbaik adalaah antara September hingga Mac.

Foto via Aurora Travel Guide

6 – Alaska, USA

Selain Canada, anda juga boleh melihat Aurora Borealis jika anda berkunjung ke Amerika. Lebih spesifik lokasinya ialah di Fairbank, Alaska di Amerika Syarikat. Ini kerana Fairbanks terletak di lingkaran Aurora. Lokasi lain yang turut popular adalah di Portrage. Masa terbaik adalah antara September hingga April.

Foto via Explore Fairbanks

7 – Rusia

Memandang Russia mempunyai kawasan yang luas yang berada di dalam lingkaran Aurora Borealis. Namun begitu destinasi yang utama untuk melihat Aurora Borealis ini ialah di Murmansk berbanding tempat lain kerana ianya lebih mudah diakses. Waktu terbaik adalah di antara September hingga April. Namun masa paling optimal adalah pada Disember & Januari.

Foto via Visit Murmansk

Sumber Rujukan:

  1. Pure Odyssey
  2. Kaki Travel
  3. Earth Sky

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *