fbpx

Jom Mohon Visa Travel Sambil Kerja DI New Zealand. Bakal Di Buka 23 Januari Nanti

Ahmad Suhael

Ingin mencuba nasib di luar negara? Jom mohon visa travel sambil kerja di New Zealand ini. Ianya bakal dibuka pada 23 Januari 2020 pada jam 10 pagi waktu New Zealand dan 5 pagi waktu Malaysia. Tetapi dengan syarat anda berumur dalam lingkungan 18 ke 30 tahun.

Walaubagaimanapun, pemohon haruslah mempunyai simpanan awal sekurang-kurangnya NZ$2,250 (RM6,100) untuk kehidupan di New Zealand. Ini kerana anda akan perlukan wang untuk mencari tempat tinggal, pengangkutan dan lain-lain lagi.

Selain itu, anda juga perlu bekerja selama 6 bulan dan ke atas tetapi tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap di sana. Mungkin syarat ini dikenakan untuk mengelak anda terus tinggal secara haram di sana.

Jom Mohon Visa Travel Sambil Kerja DI New Zealand. Bakal Di Buka 23 Januari Nanti 1
Foto via New Zealand Immigration

Manakala untuk yang sudah berkeluarga, anda perlu membuat permohonan visa secara berasingan. Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran NZ$208 (~RM860) menggunakan kad kredit atau kad debit.

JIka anda berminat, anda boleh memohon di laman sesawang imigresen New Zealand. Permohonan visa ini khas untuk rakyat Malaysia dan imigresen New Zealand akan mengeluarkan 1,150 visa untuk yang terawal sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Fakta Kenapa Tingkap Pesawat Perlu Dinaikkan, Mod Pesawat Perlu Di Aktifkan Ketika Penerbangan

Pernah anda ditegur oleh kru kabin untuk menaikkan tingkap ketika pesawat ingin mendarat? Dan pernah tak anda terfikir kenapa tingkap pesawat perlu dinaikkan ketika mendarat? Melalui satu perkongsian di antara pakar penerbangan John Walton dan Lonely Planet, beliau berkongsi rahsia sebenar disebalik arahan ini. Kenapa Tingkap Pesawat Perlu Dinaikkan Ketika […]
Jom Mohon Visa Travel Sambil Kerja DI New Zealand. Bakal Di Buka 23 Januari Nanti 3