Pelancong Disarankan Berwaspada Dengan Wabak Misteri Yang Melanda China

Wabak misteri yang berlaku di China telah menimbulkan kerisauan dikalangan rakyat China menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

Kerajaan China menyarankan orang awam untuk memakai penutup mulut atau topeng muka bagi mengelakkan berlaku jangkitan dan perkara yang tidak diingini.

Sebanyak 44 kes direkodkan buat masa ini menyebabkan negara-negara Asia kini menjalankan pemantauan yang lebih kepada pelancong yang keluar dan masuk dari China. Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan lebih ketat dilakukan di balai ketibaan untuk penerbangan dari Wuhan, China di mana virus ini mula dikesan.

Setakat ini, kerajaan China mengesahkan 11 pesakit kekal dalam keadaan kritikal dengan pesakit mengalami simptom demam serta kesukaran untuk bernafas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *