Fakta Kenapa Tingkap Pesawat Perlu Dinaikkan, Mod Pesawat Perlu Di Aktifkan Ketika Penerbangan
Pernah anda ditegur oleh kru kabin untuk menaikkan tingkap ketika pesawat ingin mendarat? Dan pernah tak anda terfikir kenapa tingkap pesawat perlu dinaikkan ketika mendarat?
Melalui satu perkongsian di antara pakar penerbangan John Walton dan Lonely Planet, beliau berkongsi rahsia sebenar disebalik arahan ini.
Kenapa Tingkap Pesawat Perlu Dinaikkan Ketika Mendarat?
Selain memberi penumpang dengan pandangan yang lebih baik, ianya juga akan memberikan masa kepada mata anda untuk menyesuaikan diri dengan tahap cahaya di luar. Jadi tidaklah membuatkan anda sakit mata apabila menghadap cahaya apabila keluar dari pesawat.
Jika anda perasan, lampu cabin juga akan dimalapkan sebelum mendarat pada waktu malam. Ini juga akan membuatkan mata anda dapat melihat dengan lebih baik apabila dalam keadaan cahaya rendah.
Selain itu, dengan menaikkan tingkap pesawat juga membantu krew kabin untuk melihat keadaan di luar. Jadi sekiranya terdapat beberapa kejadian tidak diingini, ianya sangat membantu untuk kru kabin bertindak lebih pantas.
Ini kerana mereka (kru kabin) dilatih untuk mengeluarkan penumpang daripada pesawat dalam masa sembilan puluh saat sahaja jika diperlukan. Jadinya, kru perlu menilai keselamatan keadaan di luar pesawat sebelum mengarahkan penumpang keluar dari pesawat.
Tambahan lagi, cahaya yang cukup membantu sekiranya berlaku sesuatu yang menyebabkan asap di dalam kabin. Kru dan penumpang dapat melihat dengan lebih mudah dan akhirnya proses keluar daripada pesawat dapat dilakukan dengan lebih pantas dan selamat.
Terdapat juga beberapa sebab lain antaranya ialah memudahkan kru kabin atau kapten pesawat memeriksa sayap pesawat jika ada apa-apa yang aneh berada di sayap pesawat yang tidak boleh dillihat dari luar pesawat.

Apa Akan Berlaku Jika Tidak Meletakkan Telefon Pada Mod Pesawat Semasa Penerbangan?
Sebab utama ialah disebabkan telefon, tablet dan alat elektronik yang lain boleh memberi gangguan elektromagnet pada peranti elektonik pesawat.
Jika anda perasan, kru cabin juga ada menggunakan alat peranti elektronik ketika penerbangan. Walaubagaimanapun, semua alatan tersebut telah diuji untuk tidak memberi gangguan kepada pesawat.
Sebenarnya setiap peranti elektronik perlulah di letakkan pada mod penerbangan atau ditutup termasuklah peranti yang anda letakkan di dalam check in luggage. Perkara ini selalu diabaikan oleh penumpang.
Walaupun kebarangkalian kes pesawat terhempas disebabkan perkara ini adalah sangat rendah, namun perkara ini tidaklah boleh dipandang remeh. Ini kerana sekiranya ianya berlaku, ianya bakal meragut nyawa semua orang di dalam pesawat.
Sumber: Lonely Planet